Skip to main content

Paris Short Trip 2014: City A Residence Apartment Hotel, Selesa dan Bersih

Salam Selasa

sori lambat buat sambungan cuti mengejut terkejut ke Paris tu ye
seperti yang dijanjikan
ni ler tempat menginap kami selama 2 malam di Paris

City Residence Marne la Valle-Bry sur Marne
Euro231.80 (2 malam)


untuk kesini boleh naik tren je dari airport
Terminal 1 - Terminal 2 - turun di Chatelet Les Halles
tukar tren line A- pilih tren ke Marne La Valle
turun di stesen Bry-Sur-Marne
* tiket boleh beli je kat kaunter*

kami pilih untuk tinggal kat sini sebab ia ditengah2 antara airport dan Disneyland
untuk ke Disneyland tak perlu tukar tren lagi
naik je tren dari tempat kami tinggal tu, last stesen ialah Disneyland

sedikit info:
check in between 4pm-8pm
check out before 11am

~*~*~*~*~

okey, inilah stesennya
Bry-Sur-Marne
# ejaan tak sama dengan sebutan yang kita fikirkan



jalan kaki sikit tak sempat nak berpeluh pun
taraaaaaaaaaa, dah sampai pun

ini budak merisaukan aku sebelum travel tu ari, tetiba je demam + semput
elok sampai sana, terus sihat, lega hati mak 

model tak berbayar memborong buah stoberi yg fresh dan pisang juga 

borong buah sebelum ke apartment
geram tengok buah fresh, murah pulak tu
lobi pendaftaran

ontheway ke unit yang kami sewa


3 bilik tido kat atas siap dengan 2 bilik air
tingkat bawah ada katil dan tilam standby
boleh muat 2 family
microwave, peti ais, mesin basuh, keetle, hairdryer disediakan 



toilet di asingkan dari bilik mandi
dan pastinya takde getah paip
so pepandai lah bawak air isi dalam botol sebelum tunaikan hajat
apa yang nak dipelikkan bila di Malaysia sendiri pun payah sangat nak jumpa tolet ada getah paip, huhu

setiap bilik ada heater


tuala pun disediakan


dan ini pulak stok makanan kami untuk 2 hari
beli masa nak berlepas dari KLIA
senang nak sediakan, cuma panaskan dalam microwave
sedia untuk di makan


lepas makan terus membongkang kepenatan
charge tenaga untuk Disneyland esok pagi

nantikan entri selanjutnya
# bajet cam orang tertunggu2, hihi

(^_^)


Comments

Nieda Ramly said…
anak beranak gi makaan angin ke Paris
Unknown said…
bestnyaa kak. paling best tgok buah2 segar tu rasa nak ngap je
nazayiena said…
seronoknya jln Paris ngan family.
Zaitun said…
Geramnya kak zai tengok strawberry tu.
sweetie said…
Eh! orait sesangat apartmentnya tu....
Puteri Satu said…
waaah bestnye irfa... nanti jgn lupa tulis siap2 bajet g sana k...jgn buat akak tertanya2 ehehhe.. ntah bilalah boleh bercuti jejauh cam ni....
seronoklah.. sambunglah cepatttt.. memang tunggu nih!
paridah said…
selesanya tinggal di paris ya...
mamabeauty said…
best besar apartment tu
Lynn Huraiza said…
luas apartment tu...strawberry fresh tu mesti best kan...
SalbiahM said…
wah..disneyland Paris..mestilah tertungg-tunggu next entry!cepat sambung kak irfa..
Unknown said…
Wahh...best2... Boleh muat dua family kira okla kan..
Zareda Norman said…
Wah wah senyap senyap dh sampai paris.. x sempat nk kirim lv nih...
Eye_nee said…
And Evening In Paris uuuuu....seronok nyadpt bercuti ke Paris yer sis....tak sabar nak baca next N3..
Nastyna said…
wah best giler kot apartment ni, kalau pergi reramai mmang worth it la kan. eh ada tak yang single room punya, untuk family kecil kami. as I said before, I kan tengah mengushar kota paris sebab niat nak bawak bebudak ke disneyland, tapi... macam worth it ker bawak si jelita ni ke sana sekarnag? macma banyak jer benda dia tak dapat joiin lagi ni.
~adeQ~ said…
Memang tunggu! Cepat sket hapdet! hehehe
Mummy Sher said…
Ehhh bestnya dapat cuti-cuti macam ni..family pun nampak happy je semua..
Zaila Mohamad said…
wooohoaaaa, cepat update entri, tak sabar nak baca
sarah said…
besar nya apartment..pergi tiket MAS free ke?

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...