Skip to main content

Paris Short Trip 2014: Bunga2 Berkembang Di Kota Paris

Sebelum entri penutup Cuti2 Mengejut kami ke Paris
ni ada entri selingan

Sapa sini suka bunga?
Aku bukan peminat bunga sangat
kat umah aku pun nak jumpa sekuntum bunga pun payah
usahkan bunga hidup, bunga plastik pun takde
yang ada bunga tulip kayu kenangan masa gi Amsterdam dulu-dulu

Tapi bila tengok bunga berkembang aku cukup suka
rasa hati aku berkembang macam kembangnya bunga tu
meh layan gambar bunga2 berkembang yang sempat aku snap semasa di sana  

depan apartment yang kami duduk 


bunga dalam taman di Disneyland











kembangnya bunga tu sama kembang ngan mak bunga depan tu, haha
jangan ditanya nama bunga2 tu ye, aku tak tahu

tiba2 rasa macam nak tanam bunga macam dulu2
tapi masa pindah tu ari, aku dah sedekah semua pasu bunga pada jiran2 lama
kalau nak start balik hobi lama, jenuh ler nak kena cari pasu balik
macam tak rajin je
macam malas je

jaga bunga ni boleh tahan leceh
kena rajin siram, kena bagi cahaya matahari yang cukup
asik berjalan je konfem mati lah bunga aku nanti
tak pasal-pasal berlaku kezaliman kepada alam sekitar
# alasan boleh terima tak? 

(^_^)


Comments

Unknown said…
Boleh2...haha..tapi cantikla bunga2 tu..
Tie HT said…
bestnya dapat tengok bunga-bungaan di kota Paris
tumpang syukur alhamdulillah :)
Norma NML said…
subhanallah..cantik..:-)
Subahanallah.. memang sungguh. cantik irfa .. akak memang suka sgt dgn bunga2 berkembang ni :D
nazayiena said…
cantiknya bunga di sana.
Zaitun said…
Cantiknya.bunga2 tu. Kalaulah boleh buat laman rumah macam itu.
paridah said…
cantik2 bunga2nya..paris kota minyak wangi mestila perlu banyak bunga kan..
Orga said…
tudia...deme dah ke paris doh, jeles meh~...mesti sonok, tambah-tambah masuk disneyland...
mrs said…
teringin nak ada taman dan tanam bunga-bunga cantik camni
tapi tangan kiter ni panas...tanam ape semua tak menjadi
Cikgu Ma said…
subhanallah..cantik sgt2 bunga2 ni...bestnya dapat travel tgk tempat org...
sarah said…
amboiii alasan ...cam bagus jer..heee

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...