Skip to main content

Yang Untung, Yang Rentung

Salam Rabu
muka ada senyum datang keje hari ni
tahu pasal apa?
yelah, esok Selangor cuti, hehe

tadi baca blog sorang blogger ni
bagi aku dia dah cukup segala2nya
dia cantik dan comel
dapat pulak pasangan yang hensem
family pulak sporting
dah kawen pulak dapat mertua yang baik
ada anak pun comel (kombinasi mak ayah yang sama2 comel)
aku baca blog dia mesti sengih sorang2
setiap kali baca blog dia, mesti aku rasa hidup dia sempurna sangat

eh! korang penah tak rasa macam tu?
korang baca blog blogger feveret korang dan rasa macam
'bestnya hidup dia'
sikit pun tak jeles @ cemburu
bila baca terus terdetik dalam hati
'dik, moga bahagia milikmu'
padahal bukan kenal pun, jumpa pun tak pernah

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

kisah lain

tak tahulah kalau orang lain
tapi aku suka baca blog kisah manusia lain

ada blog yang kita baca, kita suka dan tumpang bahagia
ada blog yang kita baca, rasa macam 'emmm, okey'

ada blog yang nampak ikhlas dalam penulisan
ada blog yang boleh rasa macam 'kebahagian yang dipaksa'
hehe, suka hati je kan?

apapun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada
tetiba teringat kata2 hikmat kakakku Mak3Hero

ITU UNTUNG YANG KO NAMPAK
YANG RENTUNG KO TAK TAHU

sampai sekarang kalau teringat kata2 tu
mesti aku senyum sensorang

emm, apa agaknya yang korang rasa bila baca blog aku ni ye

# tutup kotak komen boleh tak? haha



Comments

Unknown said…
rasa untung.. aku selalu gelak besar baca blog ko.. hahaha
Acik Erna said…
aduk ai..he he..tula kan...kita asek cakap orang tu untung je..yang rentung dia sendiri je tanggung
mamabeauty said…
betul tu..
setiap blog yang saya singgah pun bulih jadikan pengajaran utk kita dari pengalaman orang..
Aziela said…
Trueee...sangat betul. Tapi kadang2 rasa takut nak share untung...takut dikata riak. Takut juga nak share rentung sebab takut orang 'padan'kan muka kita. Sudahnya...nasiblah siapa nak kata apa. janji kita ikhlas menulis dan berkongsi. For me, it reflects to the individual. Kalau dah semua blog direntungkan, ha, lu pikirlah sendiri siapa yang rentung sebenarnya kan...?

Akak? Akak setiap kali baca blog ni...rasa macam korang untungg jer. Weeii...paris dah bergantung2 dalam beg tau...kui..kui..kui....
shida said…
kak... betul, kita akan baca apa yang kita suka.. klu meluat kita dah tak baca. hihiih.
Nieda Ramly said…
betul2... tak semua diceritakan.
saya rasa kamu sangat beruntung...
Rumah Kuning said…
takut nak cerita bab untung.
Irfa said…
RAI..
ko memang, aku citer sedih pun ko rasa lawak kan?
Irfa said…
KAK ERNA..
smpi bila2 pun sy akan igt kata2 akak tu, hehe
Irfa said…
MAMABEAUTY..
kdg2 kita rasa macam dekat sgt dgn kisah2 yg ditulis
maklumlah ada yg saya baca dr xde anak smpi dah beranak pinak
bertahun2 follow ;)
Irfa said…
SIS AZIELA..
mmg dah tapis banyak nak update blog
kalau baca balik zaman memula berblog tahun 2006 dulu
macam nak gelak je tgk posting saya, tah hape2 je

Nastyna said…
Baca blog u.. i can feel the keihklasan... dan kekawanan kita as kawan2. hahahaa I happy jer baca blog u sebab takder nak ngata2 orang.. just fun fun. Eh u suka tak baca blog kita? nak jugak...
Rose kakrose said…
tidak semua boleh di ceritakan di blog.untung ke rentungke..terpulanglah pada pembaca tu sendiri. kalau fikir rentung rentunglah dia. yang menulis tetap meneruskan tulisan mereka. sememangnya kadangkala kita terasa sesuatu pada tulisan mereka..tapi tak semestinya di tujukan pada kita..cuma kebetulan saja. bak pepatah kata..tetiba terasa kepedasannya..hehe
KY rasa ok je baca blog Irfa..baca dgn rasa ceria :)
paridah said…
laman org sentiasa nmpak indah irfa...
..nOWa.. said…
baca blog dan tulis blog sebab nak baca/share benda yang 'jujur' dan juga sebab suka menulis..kadang2, bila baca kejayaan/kebahagiaan orang lain, jadi inspirasi kpd diri sendiri juga.. :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...