Skip to main content

06May2015 #blogreviveday, Welcome Back

Hai semua, tak pasni nak update pasal apa untuk #blogreviveday ni. Demi Cekna aku layan jugaklah, tak buat kang kata tak sporting pulak, huhu. Rasanya  #blogreviveday sesuai untuk blogger2 yang dah pencen, haha. Aku masih aktif berblog walaupun seminggu dua ni jarang update, tapi blog masih belum berkubur.

2006, tahun aku mula2 berblog. Setiap hari update blog walaupun sekadar update cerita2 merapu, lepas update blog, lompat dari blog ke blog. Paling suka baca blog kak Pnut, beberapa blog lain (yang dah di tutup hanya untuk invite reader). Antara blogger yang aku paling ingat ialah Lubna, Kak Oren, Kak Zareda (IbuIka), Kak Azwa, Nonie Aziz, MummyRizq, Raflesia Merah, Kak Mulan, Kak Sya, Kak Yus, Mamasinga, Kak Izawani, Kak Salwa, Leney, KLM, DeeDee dan beberapa nama lagi (yang tak sebut jangan terasa ye, banyak dah lupa, huhu).

Ramai dah tutup blog dengan alasan anak2 dah besar, dah malu kalau mak citer pasal mereka kat blog (Ops, aku juga mungkin jadi salah seorang dari mereka, kakak dan abam dah pesan jangan masuk blog gambar dan cerita mereka, huhu). Ramai dah berpindah dan aktif di FB sahaja. Silaturrahim masih berkekalan dan bersambung di FB sahaja.

Eh! aku pun tak tahu apa lagi nak tulis, apapun.. aku sangat hargai pada semua yang sudi singgah ke blog ni.

Sambung nanti bila free

Untuk semua blogger lama yang dah update blog, tunggu i singgah hokay... daaaaaaaaaaa

Comments

Cho Zila said…
kita mastu suka fotopages.. tak pandai nak berblog sangat... blog ada tapi kurang update masatu.. sekarangni fotopagespun dah takder... lagi kesiankan.. nasib ada blog..
sweetie said…
Betul Irfa, saya pun terfikir nak tutup blog jugak... akhir2 ni saya mmg malas nak update blog.
Unknown said…
kalau di fikirkan mmg malas kan nk update blog tapi itu lah rasa nya kawan2 blog lebih akrab dari kawan fb so nak tak nak update je
Qaseh Vee said…
saya baru je masuk 3 thn berblog . rasa seronok lak . tak tahulah keseronokan ni sampai bila ...
maklang said…
Salam irfa. Maklang selalu nmpk nama kt fb tp segan nk tegur sbb akk bukan blogger terkenal di dunia blog. Tq sbb singgah blog maklang
Sya said…
Patut ler tersedak sedak rupanya nama disebut
AtieYusof said…
akak lagi lah..tenggelam timbul dalm dunia maya ni..hehe..yg penting semangat nak menulis tu tetap ada...:)
teacher baker said…
singgah meh blog baru aku private.blog lama ada tapi aku suka lepak umah baru, Ameereymannurfateh.blogspot.com
teacher baker said…
private pulak..open to public.

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...