Skip to main content

Blog Semakin Membosankan, Nak Tutup Tapi Sayang


Sehari dua ni, setiap malam aku bukak blog. Itupun sebab laptop dah sedia On sebab kakak guna sambil study. Dapat lah aku tumpang konon nya. Niat nak update,tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Semua pun dah bercerita di FB, bila buka Blog dah takde apa nak cerita. Tapi nak tutup terus, sayang pulak. Lagipun rutin harian pun sama je, huhu.

Peliknya, aku dah malas nak baca, dulu walaupun tak update blog sendiri, rajin jugak lompat dari blog ke blog, baca kisah kengkawan. Blog yang aku suka dan wajib baca setiap hari dulu pun, aku dah malas nak baca. Adui, pehal teruk sangat nih.

Waktu Free, aku suka baca buku. Pantang ke kedai buku, mesti terbeli. Eh, bukan novel, buku tentang motivasi dan buku2 ilmu yang lain. Nampak sangat hidup aku sekarang memerlukan motivasi, haha. Apapun, aku tak rasa rugi beli buku, sebab sampai bila2 pun boleh baca kan? Sejak Cikebom pandai buat hal sendiri ni, sempat lah aku ber MeTime baca buku, bagi dia buku kosong dan pensel, pandai2lah dia buat hal sendiri, tapi bila lepa mata aku, kaki tangan semua dia conteng, huhu.

Kesimpulannya sekarang, aku sayang Blog ni tapi untuk aktif macam dulu, rasanya dah takde. Banyak kenangan aku dengan blog, ramai yang aku kenal dari dunia blog (yang kini lebih selesa bertegur sapa di FB). Semoga blog ni tidak berkubur.

Kbai


Comments

Ann Ishak said…
secara tak langsung dah ada entry baru ni :D
paridah said…
MENULIS BLOG BOLEH JUGA MELEGAKAN STRES IRFA..TULISLH APASAJA
Hans Hanis said…
kena ambil mood dulu kut
hehehe
rugi kalau tutup
happyichigo♥ said…
Salam kak..
Saya juga tak blog hopping macam dulu..dan tak blogging lagi..ada kala update juga, sebab ada time rindu nak menulis walaupun yg ntahapa2..rindu zaman blogging dulu kan..!!take care kak

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo  , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca   (sbb tu boleh baca bila free je)  . Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog' . Kalau ada sila abaikan. Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?) . Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kal...