Skip to main content

Car Boot Sale Mercato Enstek, Macam-Macam Ada

Aku ingat lepas ni nak mintak komisyen dengan penganjur Car Boot Sale Mercato lah
Asyik promote diorang je, haha
Mana tau dapat lot tapak niaga free
* jangan berangan le nak free, air hujan je yang free setakat ni*

Gurau jelah, aku share sebab aku suka
Suka kalau dapat share benda bagus dengan orang
Mana tahu dengan perkongsian tak seberapa ni membantu orang lain
ye dak...



Kan dah cite kat entri lepas, boleh kata tiap minggu datang sini
maknanya duit aku boleh tahan masuk poket peniaga kat sini, haha
eh! diorang tak paksa ko beli pun
ko yang mudah tergoda, lagi nak salahkan orang ye

meh tengok apa aku beli minggu lepas

Baby Walker dan Playpen

Condition 8.5/10 bintang gitu


Baby walker ni ada 2 fungsi

1- jadi baby walker untuk baby menjelajah satu rumah


2- jadi kerusi goyang macam yo-yo tuh



dan last, playpen
aku tak tahu berapa lama dia nak main dengan mende nih


nanti kalau dah taknak pakai, baby dah besar
aku jual balik lah
tak dapat balik modal, dapat half pun ok je
haha

*cik abe ada bagi hint, umah dah makin banyak barang, huhu*

selain barang di atas, macam2 dah terbeli kat sini.

Antaranya:
novel terpakai 6 biji/rm10
brooch dan pin comel
barang2 Ikea (personal shopper pun buka booth kat sini)
Roller Blade untuk abam


so apa korang tunggu lagi?
jemput datang setiap malam Sabtu dan Ahad
kalau nak datang, boleh roger aku, boleh kita kenal-kenal
* ko mampu? promote diri kat blog? euwwwwwwwww*

kbai


Comments

SIQAHIQA said…
Bab novel terpakai tu murahnyaaaaa! Seronok kalau borong novel banyak camtu dan murah. Tapi nak pergi, jauhnyaaaaa :(
Rumah Kuning said…
irfa, dekat hotel sti enstek ke?
isme_cv said…
Ye sis..kat area sri enstek tu tp depan sket kt bgunan baeu..mlm2 mggu dh nampak lampu2

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...