Skip to main content

Bahaya Dunia Facebook

psttttttttt:
aku sebenarnya tak berapa suka sangat entri copy paste.rasa macam ambik hasil dari usaha orang lain je tapi emel yang aku dapat ni rasanya tak boleh nak simpan.nak share jugak kot la ada antara kita yang tak tahu @ tahu tapi saja buat-buat tak tahu.

majoriti kita ada akaun MukaBuku tu kan?kalau takde pun rasanya bagus juga.baik dan buruknya semua ada disitu.aku ada 2 akaun FB (1 utk orang yang aku kenal) dan (1 lagi hanya untuk kawan blog tapi itu hanya insan terpilih sahaja).cuma sekarang takde apdet status macam dulu-dulu lagi.ingat masa mula-mula ada akaun tu..serba serbi nak share.makan apa,buat apa,beli apa semua nak cerita..macamlah ada sapa kisah.kalau di ingat balik,malu pun ada.sekarang aku hanya PM je dengan orang yang aku dah bercerita.tapi sesekali ada gak share sesuatu @ minta pendapat.

free sila baca.

---------------------------------------------------------------------------


~Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online~

Dear Beloved Family,

These points are exactly what I was trying to impress on my own family last week after I myself attended an in-house briefing conducted by one of the Directors of an IT Security Awareness company who actually works with our own PDRM, CSI and major corporations here and overseas... So guys please read and do the necessary like removing personal info n pix ....


Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.Ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dgn kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete sahaja!

~Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi~

--------------------------------------------------------------------------
so fikir-fikirkan..ops ada satu drama korea yang baru(drama korea lagi.hehe) tajuknya Ghost kalau tak silap aku..cerita mengenai bahaya dunia internet.aku tak leh citer banyak sebab aku pun tak follow.tengok gitu-gitu je..

fikir-fikirkan.semoga kita dijauhkan dari orang-orang yang berniat jahat.sayang kamu semua..tata

Comments

cheqna said…
betul..setuju sangat
moga dijauhkan dari segala perkara yang tak baik
ct rahani said…
macam2 skrgkan.. bila fikir2 memang takut.. jenayah ader di mana2.. ermm..
Acik Erna said…
dik..sungguh menakutkan..camana nak buat dik..tutup terus ke
Unknown said…
Info berguna untuk kita semua. Thanks sharing IRfa.
mama aryan said…
moga kita dijauhkan dari sumer tu..insyaAllah,
berkongsi sikit2 dah la dlm muka buku,ni check in sumer ada kat fb tu skang nih,org bole tau kita kat mana
aNIe said…
Salam Irfa... memang takut dgn macam2 perkara yang boleh timbul tanpa kita sedari dari laman2 sosial... akak memang hadkan org2 yang boleh melihat updates atau gambar2 tertentu...
Zareda Norman said…
Kak zar pun baru je pergi persidangan kaunseling krisis dan trauma penderaan wanita last week.. Memang nowadays, kekejaman rogol, bunuh terhadap wanita dibuat oleh org yg kita kenal. Sekarang serangan di parking mall plak.. Kes ragut dan rompak pulak dia libas pisau kat muka..

Sebab tu dalam fb biarlah friendlist kita seciput aje asalkan kita jaga security...dan safety.. Tak semua org hatinya macam hati kita
Rohani Hashim said…
owhh tq share post ni, hany lupa nk set bali yg tag tu, hany tak tukar setting, yg lain so far mmg dh tukar dah.hanys krg pun mmg dah kurangkan gmbr2 sendiri, info2 semua tu lah sbb
1, husband tak suka
2, risau fikirkan hal2 mcm ni lah
kekdg ada org akn ckp suka hati aku lah fb aku nk share apepun, pdhal org yg nasihat tu bukan dengki pun, cuma nk igtkan aje...
HeNRieTTa JoSe said…
Btll..sgt bahaya....thanks for the share...
Nieda said…
bahaya.....berhati2
Munn Jaafar said…
salam irfa...mmg sangat2 btul terutamanya bab location n phone number tu...bahaya
Aisyah said…
bagus info ni...timer kasih irfa..
Irfa said…
KAK AISYAH..
lama x datang?bz yer?
mekasih kak.ilmu utk di kongsi bersama ;)
Irfa said…
SALAM MUNNA..
saya dapat emel ni terus belek semula setting fb.
mmg ada sepanjang masa duk bgtau dia buat apa..bajet artis kot sume org nak tau pasal dia.selera masing ;)
Irfa said…
NIEDA..
moga dijauhkan dr org yg berniat jahat
Irfa said…
RIETTA..
sama2 ;)
Irfa said…
SALAM ROHANI..
mula2 dulu saya pun camtu.semua benda nak share
lama2 jd bosan dan tanya pd diri sendiri 'aku buat ni utk apa?'
terus delete je dulu2 punya posting

harap jgn ada salah paham niat saya share emel ni ;)
Irfa said…
KAK ZAR..
itulah yang paling menakutkan
musuh dalam selimut.dalam senyum itu ada niat yg tak baik
sy kadang2 takut baca paper..sbb boleh bawak dalam mimpi

fb saya x ramai.tak sampai 150 org pun
Irfa said…
KAK ANIE..
kira saya yang terpilih la kan?hehe
sy sgt risau bila tgk remaja2 yang sgt open dalam fb.
nanti nyesal kendian hari
Irfa said…
MAMA ARYAN..
sama2 la kita doa dan jugak berusaha
yg tak perlu tu elok di elakkan
Irfa said…
KAK YUS..
sama :)
copy paste je pun
cuma edit sikit2.hehe
Irfa said…
KAK ERNA..
ish..takkan sampai nak tutup?
insya Allah..dalam fb akak tu org baik-baik je ;)
Irfa said…
CT RAHANI..
dimana2..diluar rumah,dalam rumah juga
mintak jauh dr kita semua
Irfa said…
CHEQNA..
takut kan?
sapa sangka dalam baik ada jugak buruknya
moga kita tak tersalah guna
Unknown said…
uh scary!..aku kalau bukan kawan yg aku kenal rapat susah gak aku nak approve..dan mmg aku jarang add yg tetiba add tak tentu pasal.. ngeri wehh...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...