Skip to main content

Malu Pada 'Dia'

Salam Hari Jumaat buat semua.Terima kasih kerana masih sudi singgah disini.Pagi ni murah rezki,ramai pulak yang belanja makan.ada yang potluck dari rumah bawak ke opis untuk berkongsi makan dengan kengkawan.Katanya 'minggu depan dah posa.hari ni kita makan dulu'.moga makin murah rezki diorang.

aku nak kongsi satu blog yang aku baru baca.dari semalam aku ngadap blog ni dan tengah dalam proses mengkhatam.nak tahu siapa dia?aku tak kenal dia pun cuma baru2 ni ada baca kat entri kakciknurseroja tentang dia tapi aku baca sekali lalu je so tak tahu apa kisah sebenar.tapi hari ni aku baca sekali lagi bila ada seorang pengomen dalam blog bro mazidul mintak siarkan cerita dia kat blog Bro Mazidul.kali ni aku free,so aku baca dari mula dia tulis blog tahun 2010 hingga sekarang.kenapa aku malu?

aku malu sebab:

-dia diuji dengan sakit yang masih belum jumpa penawar.tapi dia sangat tabah.aku ni diuji sakit pingang dulu tu (sekarang alhamdulillah dengan izin Allah dah baik sikit lepas fisio beberapa kali cuma kena hari-hati je) dan baru-baru ni sakit gigi pun nak kecoh citer kat blog.makan itu ini semua nak citer kat blog.beli barang tak mahal mana pun sibuk ambik gambar letak kat blog.*malu*

Dia siapa?

dia ibu muda yang dulunya seorang isteri tetapi kini jadi ibu tunggal.ada 3 anak yang masih kecil tapi tak mampu nak jaga anak sendiri sebab selalu ulang alik ke spital yang di ibaratkan rumah ke2nya.cuma anaknya yang paling kecik jadi peneman di wad.sedih bila baca anak kecil yang tak tahu apa-apa duduk di wad temankan si ibu.aku baca sambil terkenang anak sendiri.sebagai ibu aku rasa sedih sangat bila baca kisah tentang anak-anak.

dia diuji dengan 'kehilangan kasih suami' dalam 2 perkahwinan tapi dia tabah sebab tahu Allah ada disisinya.kasih sayang itu milikNya..hari ini sayang,esok benci kita tak tahu.hanya mampu berdoa moga kasih seorang suami itu milik aku hingga akhir hayat.*serius malu nak tulis ayat ni tapi itulah perasaan aku yang sebenar2nya.harap tak salah faham*

sebenarnya banyak aku nak citer tapi rasanya tak sesuai kot.kalau rajin korang pegilah melawat dia kat sini Alia Haryanie.hari ni hari dia,hari kita belum tahu lagi macam mana..

Jangan mengeluh bila kita susah,ingatlah mungkin ada yang lebih susah dari kita.Jangan berbangga dan mendabik dada bila kita senang,kerana masih ada yang susah di luar sana.Dalam rezki kita yang terlebih itu ada juga rezki orang lain di dalamnya..

satu lagi nak share..sorang blogger yang aku kenal dan juga penah jumpa telah kehilangan ibunya petang semalam kerana kanser juga.dia sms aku dan aku call dia balik tapi sebak xleh nak cakap apa.semoga arwah ibunya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.CikJa..semoga kamu dan keluarga tabah.


happy working untuk semua ;)

Comments

Selamat menyambut ramadhan irfa...maaf ye kalau ada silap dan salah disrpanjang petkenalan kita..

Kakain pun ada kunjung blog alia..mmg rasa sedih bila terasa insaf membacanya..
Kakain pun malu jugak ni..blog kakain tu pun letak gambar makanan..hari pun kisah mkn jugak...
Deqna said…
saya pun mengikuti blog yanie jugak, sangat simpati dengan nasib dia.... semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujianNya ini
Unknown said…
tu la irfa..sama dengan aku..aku pun teralit baca kejap aritu..tak sempat baca banyak..tapi sedih la..insaf sangat..doakan semoga dia semakin kuat dan tabah..
mummY daniSha said…
bila kita susah,ingat org yg lebih susahkan..insyaallah akan timbuk rasa syukur ..selamat berpuasa irfa =)
KLMari said…
Sedih sangat...
-Sara- said…
sara ada baca kesah dia..sedeh..harap dia kuat dn tabah dn dpt temui penawar penyakitnya tuu..sama2 doakan utk beliau..
NenetPenne (NP) said…
yelah nasib tak sama kan...
i pun ada satu kawan yang sakit kaki terseliuh, pegi terapi pun heboh kat blog..kat facebook semua bagai.. and i know dia tak suka i dok sibuk citer kat blog pasal i bercerai tu alih2 bila dia sakit, dia pun sama gak dok update citer dia tu kat blog.. well?? lain kali jangan mengata orang kan..

yup i tahu, i pun kadang terlupa diri, sibuk pasal bercerai, pasal makan, pasal baju, pasal itu dan ini... semua nak tulis...

apa2pun sama2lah kita doakan yang terbaik untuk kakcikseroja..
salam ramadan....saya ada baca blog dia..mmg sedih...dia mmg seorang yg sangat kuat...sama2 kita doakan semoga dia dan anak2 dia sentiasa didlm lindungan Allah...

Al fatihah utk Cik Ja juga...
mama aryan said…
akak dah baca juga blog tu..sedih sungguh,moga dia terus tabah.
salam ramadhan maaf andai ada tersalah kata dr akak ye
Kakzakie Purvit said…
Lama dah kakak mengikuti kisah dia. Memang kalau mahu membandingkan apa yg dirasainya kita amaaaaat besyukur. Betul ujian kita terlalu kecil berbanding dia. Moga ada sinar di penghujungnya kerana kalau ikut katanya dia semakin tak berdaya sekarang sedih:(

Selamat berpuasa dan maaf dari kakak ye.
paridah said…
skrip hidup kita brbeza kan irfa... Allah penentu takdirnya...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...