Skip to main content

Tomok Tersingkir,Aku Yang Sebak.Boleh?



semalam layan Masterchef Selebriti Malaysia,sebenarnya nak ngaku aku baru je start tengok akhir-akhir ni.tak follow dari awal pun.ai kan peminat setia drama Korea.hehe

dalam nyampah-nyampah tengok gelagat RA dan AA tapi terpaksa akui mereka berdua itu penyeri rancangan tersebut.dah takde RA tinggal lah si AA dengan ekor bulu-bulunya itu.sapa yang aku suka tengok dalam Masterchef Selebriti Malaysia ni?aku suka tengok Jehan Miskin,Dr Fazley dan Tomok.eh Angah Raja Lawak dan Farouk pun suka jugak.yang lain biasa-biasa je.

Tapi tah nape malam tadi sebak sangat bila Tomok tersingkir.dalam hati dah agak antara mereka bertiga itu (Tomok,Angah dan Farouk) aku dah boleh rasa Tomok yang terkeluar bila chef komen pancake dia agak keras.lagipun nasib Tomok dah cukup baik sebelum ni..tak penah miss sebagai peserta dalam minggu penyingkiran.wajib ada gitu,masa dia tengah sebak nak bercakap tu aku tak pandang tv..pandang kipas siling takut aku nanges .konpius gak..sapa tersingkir ni?aku ke Tomok?hehe

okeylah Tomok,bagi akak..ko dah cukup hebat.lagi hebat dari akak la sebab boleh masak dalam masa yang terhad,masa tu dapat menu masa tu jugak nak fikir bahan dan masa yang sama jugak nak masak.kalau akak konfem nanges..nak masak untuk esok pun akak dah fikir dari petang semalam.tu belum lagi kes salah beli bahan..nak masak lain,terbeli rempah yang lain.hehe

okeylah..selamat berjaya memasak untuk family la Tomok ye..untung bini ko dik,kalau bini dalam pantang bersalin tak payah makan kedai.ko sendiri je masuk dapur ;)

Comments

Kakcik Seroja said…
Kalau boleh, kakcik nak tengok JA yang keluar! :)
mama aryan said…
salam..saya follow gak citer nih,tp semalam tak sempat nak tengok,ini baru tau tomok yg terkeluar, sedih la jugak,sbb suka tengok dia blur bila kena nak buat sesuatu,tp menjadi la pulak tu..hehe dah terover komen nih...
reenapple said…
uhuuu.. aku tak tegok pun citer tu.. ahahah. Entah, aku rancangan masak3 meamang aku tak tgok sgta lebih3 lagi kalau libatkan artis. ehehehe
ibh_sue said…
Alaaa..np tomok yg keluar. Np tak Abg tuttt tu yg kuar. Sayang, terlepas smlm x tengok Masterchef.. Kena tggu ulangannya lah.
Masy said…
ailebiu adek tomokss
Anonymous said…
komen kakcikseroja : ma, JA tu sape???huhuhuhu ke mama nak kata AA??
♥cikmOt♥ said…
adeh tomok...kekasih gelapku...eh tetiba...malam tadi tak nengok, ngantuk snagat uruskan anak anak anank...sedar2 jam 10 malam...arghhh..

suka tomok sebab nampak dia sangat ikhla jek memasak...all da best to tomok...
Unknown said…
kanirfa, akak pun sebak...huhu
pB said…
apasal semua orang EMO bila TOmok tersingkir ??
Mulan said…
betol kan.. sebab tomok tu low profile je...
Irfa said…
KAKCIK..
JA aka Juliza Adlizan
saya tak bagi prhatian sgt kat dia..so tak de komen ;)
Irfa said…
MAMA ARYAN..
saya pun sesekali je layan (sabtu ahad la)
sbb hari senin sampai jumaat layan drama korea je.hehe
tomok mmg nampak blur2 sikit tapi penghujungnya dia dapat buat jugak
tu yg best tengok tu ;)
Irfa said…
REENAPLE..
tengok rancangan jugak kalau yg melibatkan artis ni
ada sesetangah rancangan tu tak hape-hape
buat semak perut je tengok pun
Irfa said…
IBH-SUE..
saya duk target antara angah @ tomok yg kuar malam tadi
tp rezki angah masih ada..
abang tutt tu sapa?hehe..boleh agak la sapa dia
takpe ulangan banyak kali ada
Irfa said…
MASY..
mmg adek la sangat.muda belia gitu ;)
Irfa said…
CHEQNA..
JA aka Juliza Adlizan
AA aka Azwan Ali
hehe
wah!sume pakai singkatan je skrg ni
Irfa said…
CIKMOT..
kekasih gelap ke?tak agak-agak tu :-)
mesti letih sgt tu kul 10 daj lelap
saya melipat baju sebakul besar.kul 12 baru tido
Irfa said…
KAK YUS..
maaf ye sbb terbaca kat blog akak la ni timbul idea nak tulis pasal ni
hehe
Irfa said…
KAKPB..
sbb dalam tu dia paling innocent.hehe
Irfa said…
M.U.L.A.N..
betul betul betul
bangsawan nilai said…
ha ha tomok. ujian penyingkiran yg lebih susah dia boleh lps, bila buat lempeng sangkut pulak...apa pun wa caya lu tomok!
Nieda said…
tak tengok sangat. AA , JA?
HeNRieTTa JoSe said…
xtgk...sbb xde astro...aitu blk kg jew tmnkan mommy tgk....
iena_mieyna ^^ said…
sy pun suka tgk..mmg follow dari awal..suka tgk jihan miskin jgk..tp jihan pun dh terkeluar...huhuhu...
NenetPenne (NP) said…
i pun sedih tau bila tomok keluar... dia good boy laaa...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...