Skip to main content

16 Tahun Yang Ada Macam2 Rasa


Hari ni 18 NOV 2016
November antara bulan istimewa aku selain dari bulan
FEB tarikh lahir aku
JAN tarikh lahir abam dan kakcik
MAC tarikh lahir EnAbe
AUG tarikh lahir kakak
DEC tarikh lahir cikebom
haha

senang citer semua 12 bulan dari January hinga December ada keistimewaannya
ada kisah yang manis untuk di kenang
* ada pahit tu kita campak jauh2*

bila dah semakin berumur, lebih sabar dan tenang
kalau dulu, soulmate lupa wish anniversary, muncung 8 depa
sekarang kalau dia lambat wish, kita wish dulu
pedehal kan

Renung seketika kata-kata ini


Okey, dah baca?
Tenang kan rasa bila baca ni

Seperti doa2 aku sejak mula kami diijab kabul pada tarikh 18 Nov 2000
Doa aku tak pernah berubah
malah makin panjang doa nya, hehe

semoga kami bahagia hingga ke syurga
dan semoga tanah dan cangkul sahaja memisahkan kami
sob sob sob

Kepada En Abe
walaupun size badan kita berubah mengikut peredaran zaman
percayalah, cinta ku padamu tetap tak berubah
masih sama seperti dulu tak berganjak walaupun seinci

cia cia cia

*muntah jauh sikit ye*

meh trobek sikit, gambar zaman dinosour dulu-dulu


ini gambar bulan pertama kami sebagai somi isteri
dedua slim macam tiang bendera gitu
kahkahkah



ni gambar last week sebelum cik abang fly

Alhamdulillah untuk semuanya
TQ untuk yang wish dan doa baik2 untuk kami ye
cayang korang, mmuahhhhhhhhh



Comments

Selamat ulangtahun wani. Kiss utk romaje dan cikeboom
Anonymous said…
Tengok budak kurus tu teringat dulu ada budak selalu datang kaunter dengan rambut ekor kuda dia..kalau datang panjang je panggilan dia aakkaaaakkkk..ada la yang tak kena tu..rindu kenangan manis tu kan
Barakallahu Lakuma Fii Khair Irfa..
Semoga kekal hingga ke jannah yr irfa..
Lama sudah tu..
16 tahun melayari.
paridah said…
HAPPY ANNIVERSARY IRMA MOGA BHGIA SELAMANYA
ewanthology said…
semoga terus bahagia dunia dan akhirat
Mazni Azmi said…
Semoga Allah kurniakan keberkatan dan nikmat dalam baki usia kita.
.
Amin
Nick Nashram said…
biasanya yang baru kahwin 2,3 tahun lambat wish anniversary dah merajuk..hehe
SIQAHIQA said…
Alhamdulilah. Happy anniversary akak :)
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat :)

Both akak dan suami nampak muda lah. Hii 😍

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...