Skip to main content

Renung Sejenak

Panasnya cuaca kat luar tu
Duk dalam rumah pun rasa berbahang
Kipas dah di angka 5 pun macam malas je bergerak, slow motion je pusing
Nak ber aircond 24 jam pun, rasa nak nanges tengok bil yang datang
Ni baru panas dunia kan? huhu

Hari ni nak bercerita tentang perasaan
Kadang2 bila keseorangan, aku selalu fikir, berapa lagi agaknya baki hidup aku di dunia ni.
Apa yang kita cari dalam hidup?
Selama mana je pun kita hidup didunia ni

Semua orang nak bahagia?
Apa maksud BAHAGIA?
Kebahagian tak sama bagi semua orang.
Ada orang, kita tengok dia nampak susah dari semua segi, tapi mungkin dia lebih tenang hatinya. Tido nya mungkin lebih lena dari orang yang rumah besar, kereta besar dan duit berkepuk walaupun cuma tido beralaskan lengan.

Hidup kita didunia paling lama mungkin 60-70 tahun.
Buat apa nak sakitkan hati memikirkan dosa orang pada kita, memikirkan orang yang menyakiti hati kita sedangkan sebagai umat Islam yang percaya bahawa kita akan bangkit didunia satu lagi untuk dinilai apa yang kita buat dimuka bumi ini. Berbuat baiklah kepada semua manusia. Dosa pahala biarlah DIA yang menilai. Kita tunaikan tanggungjawab kita sebaik2nya. Tanggungjawab pada Allah, pada keluarga dan juga pada masyarakat sekeliling.

Setiap hari sebelum tido, aku tengok muka anak2, aku terfikir samada cukup ke apa yang kami suami isteri bagi pada anak2 yang diamanahkan pada kami ini. Pastinya bab keperluan makan minum, pakaian dan pelajaran lebih dari cukup. Tapi bab agama? Dah cukup ke bekalan untuk pulang ke dunia sana? Takut kan? Dengan kehidupan dunia akhir zaman ni macam2 benda diluar jangkaan kita.

Semoga kita berada dijalan yang benar dan diredhai

Comments

Kakzakie Purvit said…
Setiap kita memang mengharap yg baik-baik apa lagi buat anak-anak kita. Irfa yg muda lagi terfikir begitu kakak ni yg dah tua selalu terfikir kalaulah kakak mati sebelum anak-anak habis belajar macamanalah...

Itulah sebab tabung (dunia & akhirat) kena kukuh kan... kakak pun takut
paridah said…
SALAM JUMAAT IRFA MOGA USIA YG MASIH BERSISA DIISI DGN AMAL YG BERMAKNA...
Nizam.Ariff said…
Inshaallah, aminnn....
SIQAHIQA said…
Insyallah, semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya dan lindunganNya. Amin..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...