Skip to main content

Baby Baru: Batu Dalam Hempedu, Biarkan, Buang Sekarang @ Buang Kemudian?

Assalamualaikum...

Tak boleh tido sejak terjaga dari jam 2 pagi tadi (so update blog sementara menunggu mata ngantuk balik). Ada sesuatu duk berlegar dalam otak aku sejak semalam selepas check up mengandung di hospital swasta. Setiap bulan memang aku check up di 2 tempat (klinik kerajaan dan hospital swasta).

Sejak 3/4 hari lepas aku dapat perangai tak lena tido, mengiring kiri dan kanan rasa sakit menyucuk kat ulu hati, rasa macam gastrik pun ada jugak, tapi aku makan takde masalah, terlebih makan lagi ada. Masa check up tu aku citer pada Dr Intan dan doctor cakap nak scan sambil scan baby sekali. Masa scan dia kata ada biji kecik kat hempedu dan dia agak ada batu kat hempedu aku yang menyebabkan aku rasa sakit menyucuk2 kat ulu hati, masa dengar tu terus aku rasa blur dan semua penerangan doctor tentang baby selepas tu aku dengar tak dengar je, tak boleh fikir dah. Aku tanya doctor apa patut buat, tapi dia kata tak boleh bagi komen sekarang sebab dia bukan pakar bahagian tu, kena rujuk doktor yang pakar tapi Dr Intan bagi surat rujukan kepada klinik kerajaan yang aku check up setiap bulan tu (isnin depan check up kat klinik kerajaan, so kena serah surat tu dan dengar apa pendapat doctor kerajaan pulak).

ni scan nya
doctor kata kecik sangat tapi aku tak pasti bape mm sebab baca surat pun tak paham jugak, haha
Balik dari check up, terus datang sakit pinggang macam memula aku sakit yang menyebabkan aku mc 3 bulan, sampai nak ke toilet pun berpapah ke dinding, dengan tak malu aku menangis sebab sakit sangat, bila cik abe pujuk lagi teruk aku melalak, huhu.

Panaskan bantal panas dan letak belakang pinggang sambil pujuk mata untuk tido, tapi tido2 ayam jelah. Dengar je anak-anak kat luar buat apa.

Malam tadi banyak masa aku habiskan duk Google tentang batu dalam hempedu, patut buang hempedu @ tidak, risiko selepas buang hempedu, segala mak nenek keywords tentang hempedu aku baca.

Macam2 pendapat, ada yang kata kalau tak sakit tak payah buang
Ada pulak yang kata, buat apa simpan sebab nanti makin membesar
Rasa nak muntah pulak sebab banyak sangat info sampai tak boleh nak masuk otak

Ada jugak rawatan alternatif tapi sekarang mengandung tak berani pulak nak makan macam2.

kalau ada sesapa yang ada pengalaman macam ni, boleh lah share di ruangan komen. Segala pandangan dan pendapat korang amat di hargai

kbai


Comments

Salam Irfa,
Akak pun mengalami batu dalam hempedu, akak dah buang melalui rawatan alternatif.
Nanti irfa email akak di cahaya2569@gmail.com
paridah said…
irfa cubalah cara nur hayati tu...kalau sakit hingga xboleh tidur mmg mengganggu kesihatan irfa yg sdg hamil tu...moga irfa segera sembuh.
sweetie said…
Buang je Irfa... adik saya pun menghadapi masalah yg sama beberapa tahun lepas... dia buang. Sekejap je masa membuangnya... doktor guna kekdah laser. Tapi sebab Irfa tengah peknen minta nasihat doktor dulu... Tapi nasihat saya.. buang...
Nieda Ramly said…
irfa , akak pun ada batu hempedu tapi jenis pasir halus merata2.
tapi tak buang. sekarang tak sakit .selalu kalu silap makan benda berangin itu yg buat menyucuk2 pinggang.
tak tahu apa yang baut ok sebab banyak ikhtiar juga.
makan ubat doktor
makan gam arab
makan daun belalai gajah
berubat kampung (dia buat cara barah air dan bedak sejuk)
alhamdullillah lega dengan izin allah

sabar ya Irfa... kesiannya dahlah tengah mengandung.. yg penting kesihatan ibu dan anak terjamin. adik beradik dan mak akk pun ada mslh batu hempedu ni.. akk jer tak check. Menurut doc peribadi mak akk.. elakkan makanan yg bersusu dan bersantan. tapi mcm Irfa preggy kenalah minum susu. yg penting dapatkan nasihat doc ya.. semoga semuanya baik2 shaja
Unknown said…
depends jugak besar2 ke kecik2 batunya.. aritu ada baca pasal petua nak pecahkan batu hempedu dgn jus apple.. apa kata ko try satu2 yg mana boleh try.. kalau teruk sangat.. atau batunya besar sgt maybe kena operate. otherwise, melarat boleh sampai kena buang dengan organ tu terus katanya..

nanti kita pm2 kat whatsapp ye..
Nora Karim said…
Saya dulu pun dapat tahu kena batu karang hempedu masa pregnant anak no 2... sakitnya jgn ckp la... mmg tak boleh cakap... lain org lain kaedah rawatannya... saya sendiri tanyakan pada pakar yg merawat saya dr A-Z. Doktor pakar saya yg pertama tu saya sendiri reject sbb saya rasa tak dpt banyak info dr dia... doc pakar yg kedua, setiap persoalan yg saya tanya dia akan jawab tanpa jemu... dgn dia saya rasa lebih confident... so saya ikut nasihat dia utk buang hempedu atas nasihat dan rawatan yang diberikan pada saya... apa2 pun irfa, sepanjang pregnant ni jaga makan... jgn skip mkn... dptkan rehat yg cukup... saya doakan yg baik2 buat irfa.. take care yea.... saya rasa irfa pun dah baca perkongsian saya di blog... just dptkan rawatan dan kaedah rawatan yg sesuai buat irfa yea...
che mid said…
Wah..baca komen kat atas, ramainya yang kena batu karang ya. Apa pun bawa bertenang..step bt step ya dik. Insyaallah apa pun keputusan hadapi dengan tenang. Tidur tau..sian baby tu..

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...