Skip to main content

JJCM: Nasi Kak Wok Nilai


Salam Rabu

dah lunch?

Okey, hari ni nak share 1 tempat makan di Nilai
bagi warga Kelantan, dimana ada menu Kelantan yang sedap
mesti akan cari dan try

Bukan senang nak dapat yang betul2 sedap macam di kampung halaman sendiri
kadang2 tu nampak sama, tapi rasa kelaut

Sebenarnya dah banyak kali lalu kedai ni, tapi manjang tutup
termengumpat gak dalam hati
'asik tutup je, bila masa niaga nih?'
hihi


Kali ke 4 kami lalu sini, baru nampak kedai ni buka
apalagi, harus lah cuba
* notis di dinding tulis waktu niaga jam 8 pg-4 ptg *


Kedainya agak tersorok sikit di Bandar Baru Nilai
bangunan belakang ye
eh! sekarang ni dah tak susah cari tempat
En Waze kan ada, Google je destinasi mana nak pegi
Insha Allah, En Waze hantar sampai ke depan pintu

Pagi tu cuma 1 menu je, Nasi Berlauk
* kat notis yang di tampal bagitau, hari Sabtu ada banyak menu,
 tapi kami datang Rabu, so ada 1 menu jelah*

Kami order 3 nasi berlauk, 2 milo ais dan 1 teh o ais
semua nasi tu di bungkus walaupun kami makan kat situ
diorang tak hidang atas pinggan
bila bungkus baru feel makan nasi berlauk kan?
bila kuah sebati dengan nasi, hihi

Suap je ke mulut, terasa macam makan nasi berlauk masa kecik2 dulu
sedapnya
* definasi sedap d tekak aku mungkin berbeza dengan tekak orang lain ye*

Alhamdulillah, lepas mengidam
nanti boleh datang lagi

TOTAL BIL RM22 kalau tak silap

sekian




Comments

Norma NML said…
sedapnya...kalau kat Bangi ni selalunya akak mkn kat Choleq...:)
Dah lama akak tak makan nasik berlauk.. emmm sedapnya..
paridah said…
kalau ke nilai bolehlah cari nasi berlauk kak wok ni sedap sgt nampaknya.
kakrose said…
kat shah alam ni banyak jual nasi kerabu..tapi belum jumpa yg sedap mcm kat kelantan..
bangsawan nilai said…
tau lokasi kedai ni.tapi kalau lalu nampak tutup je.
rupanya bukak 10 - 4 patutla
....lenkali bolehsinggah
nadya @ hajar said…
Tutup sementara haritu sebab taukey (suami isteri) pergi menunaikan fardhu haji :)
Nora Karim said…
Sedapnya... .feel makan nasi bungkus mmg lain sikit.. eh terliur pulak!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t