Skip to main content

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

gambar dari SINI
Destinasi seterusnya selepas balik dari JPO, cikAbe mencadangkan untuk bawak anak-anak 'main air' kat Bayou Lagoon Park Resort. Last minute booking bilik, yang tinggal cuma Studio Apartment with jacuzzi, lain semua dah penuh. Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Bilik nun tingkat 11, tinggi melangit,nak kuar kat balkoni pun gayat semacam, sejuk tapak kaki, hihi.

Takde apa aktiviti, nak kuar cari ikan bakar terkenal kat Melaka pun tak larat dah, sib baik ada 'nasi dan lauk kenduri' yang dibekalkan pada kami lepas majlis tu (orang sebut apa ye, 'berkat' eh?). Makan tu jelah sementara tunggu esok pagi.

Paginya.. 

pepagi cam biasa turun sarapan dengan kakak dan abam
bagi can ayah dan kenit sambung tido
# makanan yang disediakan biasa-biasa je




Habis sarapan, kakak dan abam teruskan agenda ke theme park
#sebakul pesanan pada mereka untuk jaga diri
nak teman memang aku betul2 tak larat
aku pulak naik ke bilik melayan kenit main dalam jakuzi je
sampai kecut dia berendam



Jam 12 tgh hari kami check out
Tapi ada kisah masa keluar dari pintu bilik, si kenit nampak theme park dari koridor
apa lagi, muncung lah dia sebab tak dapat gi situ
siap bebel pada kakak sebab tak kejut dia
haha


Walaupun cuti mengejut, semua happy terutama anak-anak
Apalagi yang mengembirakan ibubapa selain tengok anak2 tersenyum riang

(^_^)


Comments

paridah said…
yang penting irga n anak2 gembira walau bercuti di mana saja...tapi Melaka tempat menarik utk bercuti...
cikpuanfairul said…
salam kak..saya pon baru mggu lepas balik dr sini...mmg penuh...
Zareda Norman said…
kadangkala cuti cuti redah aje lebih happening .. mcm akak dan cik ika pi USS baru ni.. redah aje tapi puas hati sgt
Dr K said…
Memang sayup pemandangan dari atas tu....hahahhaa..Teringat dulu zaman student, asrama saya tingkat 13!

Mahal tak rate bilik nya?
Anonymous said…
Salam. tq berkongsi mmg tgh mencari2 resort yg best kat melaka ni
Unknown said…
syoknya.. tapi tinggi.. aku pun gayattt.. alamatnya mmg tak keluar ke balkoni la.. haha
Unknown said…
Bayou Lagoon memang best lah bg kak yus. Dah 3 kali kot ke sini, tp 1 je yg cuti2 sendiri, 2 lagi ikut cik abang yg ada bengkel di situ..:)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...