Skip to main content

Nak Kurus Kena Bersalin Dulu.So?

hati ada sikit gembira walaupun masih risau.tentang en3 hati yang risau pasal ayah tu..mak aku kata ayah dah okey.bukan boleh duk diam.sekarang dah mula kait petai sebab anak-anak nak balik dan satu berita buat aku geram jugak..dalam tak sihat tu ayah pasang mozek (betul ke aku eja?) dalam bilik tido aku dulu.lepas aku dah tak duduk kampung,adik aku ambil alih bilik tu dan sekarang bilik tu jadi bilik kakak la sebab adik aku dah keje kat sini.

bilik tu sebelum ni pasang karpet so mestilah senang berhabuk dan nak kena sapu hari-hari..vacum takde so sapu pakai penyapu lidi.aku ada la tanya ayah dulu-dulu 'berapa kos kalau nak pasang mozek dalam bilik ni?'.ayah ada cakap anggaran bape rm tapi aku cuma tanya je..kotlah ada duit jatuh dari langit memang aku ada niat nak mintak ayah pasang mozek pun.cuma tak sangka bila mak citer ayah sekarang tengah pasang mozek dalam bilik tu.tetiba aku rasa bersalah sebab bukak citer tu dulu.

ayah...ayah..

okey..ni ada citer tak berapa kelakar tapi bolehlah buat senyum sendiri.cerita dah nak basi tapi masih boleh makan.hehe.jumaat lepas terserempak dengan kawan.dah 2 bulan dia cuti bergaji.masa aku jumpa tu dia baru masuk keje.cuti apa yang bergaji sampai 2 bulan tu?sah-sah la cuti bersalin kan.aku bukan nak citer pasal cuti bergaji dia tu tapi aku nak citer betapa slim dia sekarang.lagi slim dari masa dia belum mengandung.best kan?

ingat lagi lepas bersalinkan kakak.lama jugak baru naik berat badan aku.tapi lepas bersalinkan abang yang beratnya 4.4kg tu..susah sungguh nak turun sampaikan masa hari aku bersalin,cik abe masih ingat aku peknen.huhu.cedih mak tau.bersalinkan Hajar aku turun 14kg.kagum sambil lap air mata sebab tak sangka boleh turun macam tu.tapi dua tahun kemudian dia stop BF berat makin naik.huhu

ramai yang kata kalau nak slim kena jaga betul2 masa lepas bersalin tu.kalau tak dia akan naik dan terus naik..entahla betul tak teori tu

cuma bulan posa ni ada la turun sikit.5 kg je pun bukan banyak.lepas raya nanti kita pakat tengok,ada turun @ makin naik.hehe.

so moral of the story.kena mengandung pastu bersalin..insya Allah boleh slim.ada berani?aku awal-awal angkat bendera putih.dah seronok tido takde orang kacau.tapi kalau ada jugak..what to do kan?redha jelah...........

Comments

Anonymous said…
he he..no no no utk tambah lagi......neway selamat hari raya ye maaf zahir batin dari KA sekeluarga
Acik Erna said…
dik kalau macam tu dah sah2 orang yang tak bersalin lagi ni tak boleh nak slim..he he
tapi bulan puasa ni boleh pakai dah baju yang kecut2 tu..dah raya nanti kecut balik
Anna said…
Irfa,
hati seorang ayah..keras kental..sanggup buat apa jer utk anak2..sob sob..teringat arwah ayahku..

puasa ni aku dah turun byk kilo sgt..aku rasa sbb aku risau dgn permasalahan aku la ni, campur pose tu buat aku turun 9kgs!!!..best kan
Cikgu Ma said…
saya yang x kawen lagi ni pun berat naik turun =)

salam aidilfitri =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html
Ummi M.I.M.S said…
betul2 tu..
ni yg tengah semangat berkobar-kobar nih.. lepas bersalin nnti nk pantang betui2... xmoh skip2.. xmoh ngelat2... tp tak tau ler setakat mana gigihnya nanti.. hahahahahha
Unknown said…
ikut pandai ko je..hahaha..

tapi bagus gak kalau ko nak bersalin..make sure sama umur dgn bakal baby kami ok..sebelum bersalin nanti boleh laga2 perut muncit..haha..
cheqna said…
beshnya kalau leh kurus ni..
Liz said…
Irfa, mmg betul kot. skrg ni sibuk nak pregnant blk sbb sibuk nak kurus. hahaa. dulu lps bersalin, berat turun sampai jadi lebih ringan dari berat sblm pregnant. sekarang? berhenti bf,terus naik 5kg dari berat tu. iskkk
HeNRieTTa JoSe said…
Hehehe....itu la...ltp wsau tkut pas bersalin, mkin menjadi jadi plak kenaikan berat bdn....hehehe....
Biarlah rahsia said…
stgh org lepas bersalin berat tak turun2 pun ada...atas individu lah kot
Mak Wardah said…
Irfa kes ni sensitip untuk akak...hehehe, pas raya tak nak ambek nasi, nak jogging balik...
mummY daniSha said…
aku lepas bersalin kuwus...tp pas makan pil naek bagai dipam2!bykla tu turn 5kg huuuu...
Lady Windsor said…
Habess tu kalau tak pregnant tak leh kurus eh? Hwaaa tak adil! Tak adil! Ececehhh ..
kueh bakar said…
bila parents makin tua...anak2lah yg makin mereka pikir..
Miss Volvo said…
kawan sy lepas bersalin kurus je mcm anak dara lg hehe


p/s : akak takde pencen ek?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...