Tuesday, August 14, 2012

Hati Yang Risau

ubat hati gelisah..baca ni



hati gelisah.tadi baru call kampung tanya khabar mak ayah.kata mak'takde buat apa persiapan raya pun.biasa-biasa je'

tanya khabar ayah dan aku boleh rasa macam berat je mak nak cakap.'ayah tak segar tu(tak segar maksudnya tak sihat).kemarin berak tubik darah(keluar darah).hari ni berak dah takde darah tapi tubik air saja-saja.takdok gapo..tok payah runsing la'.

ayah jarang sakit.ada tulis kat entri ni.so bila sakit kami anak-anak sangatlah risau.
macam mana aku tak runsing,dari hari kami balik kampung tu dah ajak gi spital tapi nak gi klinik je.kalau budak-budak boleh je dukung bawak gi spital tapi kalau orang tua bukan boleh dipaksa-paksa.

ikut perancangan,Jumaat ni kami 5 beradik akan konvoi balik kampung.nampak gaya kes ayah ni dah tak boleh bertolak ansur lagi..kena jugak ke spital baru tahu apa cerita sebenarnya.kawan-kawan..doakan ayah aku takde penyakit kritikal ye..aku sangat risau ni

18 comments:

Ann Ishak said...

lebih baik bawak gi hospital, cuba pujuk elok2. harap dipermudahkan segalanya, amin.

izawani said...

Semoga tak ada apa apa yang bahaya... amin..

Rai said...

irfa,
darah segar ke darah da hitam? kalau darah segar maybe ada kecederaan pada usus..kalau dah hitam maybe pada perut. bawak la pegi check. either way kena check jugak.. bahaya kalau dibiarkan berlarutan..

NenetPenne (NP) said...

aikkk mana entry satu lagi tu?

harap ur father okay... tapi jwapan yang ur mum bagi tu jawapan tak nak bagi anak2 dia risau...

Cikja said...

Salam irfa,
balik kampung & pujuklah ayah pegi hospital/klinik.
orang tua memang mcm tue irfa kalau boleh taknak susahkan sapa2..

Irfa said...

RAI..
aku dah tanya mak aku..katanya darah biasa je
ish..mcm mana aku nak tahu betul ke tidak.
biasa tu darah segar ke darah hitam.mak aku kata tak yah risau
dah berjalan kait petai dah pun.

Irfa said...

NET..
entri tu x plan nak publish pun.hehe
simpan akan datang la kot

dah agak..jawapan itu nak sedapkan hati kami je
cepatlah jumaat..x sabar nak balik tgk ayah ni

Irfa said...

Ann..
tq..harap2 berjaya la di pujuk

Irfa said...

KAK IZAN..
itulah doa saya kak

pB said...

kalau buleh balik awal , lagi molek ....


insyaallah , tak dok gapo tu .
bowok kreto molek molek...

Acik Erna said...

dik tak boleh ke cepatkan sehari balik..bawak jugak pi hospital..kalau bahagian kecemasan tak kira waktu..boleh aje bawak..semoga semuanya selamat..hati2 dijalan masa balik kampung

mama aryan said...

sama je mcm arwah ayah akak,malas nak ke spital,diorg tanak susahkan anak2 sebenarnya,tp kita ni risaukan diorg kan..

Arena said...

irfa,

My mama cam tu gak susah sangat nak gi sepital. Yang selalu jadik the bad guy aku lah, where aku pujuk/paksa dia gi sepital. Macam2 ayat aku guna. Memang berjaya bawak walaupun dia berat hati nak gi. Kekadang terpaksa la brutal sikit, sis. untuk kebaikan diorang jugak.

Irfa said...

kak erna..
ikut hati hari ni jugak nak balik kg
mata ni duk terbayang muka ayah je
tapi saya dah takde cuti...belen cuti dah apply utk lepas raya ni sebab kesian kakak nak balik sini.maknanya..saya kena keje sampai hujung tahun sebab cuti dah abis

harap ayah okey

Irfa said...

MAMA ARYAN..
dia taknak kita risau.tapi bila tahu mak ayah tak sihat..anak mana yg tak risau kan?

Irfa said...

Ceqna..
moga2 mama dan ayah ko cepat baik dr kemalangan tu.negri bila baca blog ko citer psl tu.

setakat ni kami adik beradik takde pengalaman handle mak ayah sakit.tu pasal bila dengar ayah sakit kami dah risau

Irfa said...

KAK PB..
mmg tak dapat balik awal..cuti pun dah takde

doa pada Allah moga takdok gapo2 la

Irfa said...

Cikja..
kami dah sepakat..balik ni kena paksa jugak ke spital