Skip to main content

Gulai Tempoyak Ikan Patin

gambar dari sini



ikan patin dengan aku ibarat kembar tak seiras.hehe.ikan patin juga sangat sinonim dengan kami adik beradik sejak kecik lagi.menu ikan patin ini wajib ada bila ada makan-makan keluarga.sekarang kecintaan terhadap ikan patin diperturunkan pada anak-anak aku (kakak dan abam),adik belum nampak lagi potensi ikan apa yang dia minat.

ikan yang menjadi ikon negeri Pahang ni selalunya dimasak gulai tempoyak.resepinya sangat simple(ini versi mak aku..mak orang lain aku tak tahu).



gulai tempoyak kecintaan kami adik beradik.gambar ambik sini.aku ada ambik gambar sendiri tapi masih tak jumpa cara nak tsfer gambar ke pc.huhu

bahan-bahan:
ikan patin
cili padi
garam
kunyit hidup-dah moden kan?kunyit serbuk pun boleh je
tempoyak
asam keping
daun pijat(blog ni ada citer tentang pokok pijat.sini pun ada jugak),tak cuba tak tahu..ada orang kata baunya busuk.tapi aku suka ;)

cara2:
-tumbuk cili padi,garam dan kunyit
-masukkan dalam periuk..tambahkan tempoyak dan juga air
-dah gelegak..masukkan ikan patin dan asam keping(kalau tempoyak lama..tak buh asam keping pun takpe sebab dah masam.kalau tempoyak baru..letak la asam keping bagi rasa masam2 sikit) dan juga selai daun pijat.
-biar menggelegak sampai ikan tu masak.rasa la cukup tak garam gulanya

(aku sedar diri memang tak de bakat nak buat blog resepi.huhu)

TAPI...
aku perasan satu perkara,ikan patin kat kampung tak sama dengan ikan patin yang selalu aku beli kat sini.sekarang aku memang tak lalu nak makan ikan patin sini sebab baunya hanyir dan banyak sangat lemak.

semalam..en abe tiba2 keje shift pagi,jadi haruslah kami berbuka bersama-sama.selalunya dia keje shift petang dan aku akan berbuka dengan abam je.plan nak makan nasi arab tapi mengenangkan tak buat booking dan tak sanggup menghadapi dugaan menunggu kalau2 tak dapat meja,aku turun ke kafe bawah.

intai apa menu yang dijual..nampak ikan patin masak tempoyak dan ikan patin asam pedas.walaupun dah penah kena dengan ikan patin hanyir ni,tapi aku pujuk hati 'mana tahu kali ni tak hanyir'.maka aku tapau ke2 jenis gulai itu.seketul rm3.50.so rm7 bertukar tangan.1 ketul patin tempoyak,1 ketul patin asam pedas.

sampai rumah..masak nasi,goreng telur dadar dan panaskan sambal cendawan kukur yang mak aku bekalkan masa balik kampung.bersilalah kami 3 beranak untuk berbuka.gulai2 tu aku dah panaskan..masa panaskan tu aku dah terbau sesuatu yang tak enak dihidung.hati dah cuak.SAH...ikan tu sehanyir2nya,ceduk kuah je sesudu dua tapi aku langsung tak boleh telan ikan patin tu.tak sampai setengah isi ikan itu dimakan,itu pun en abe dan abam yang makan.selebihnya masuk tong sampah.

aduhai..membazir sungguh la.kalau kat kampung,ikan tu aku boleh ratah-ratah je bahagian kepalanya.takde bau hanyir langsung.sebab apa hanyir kata mak aku 'ikan tu dah mati.kalau nak yang tak hanyir..beli ikan tengah berenang tu'.alahai mak,mana nak dapat ikan patin berenang kat tempat aku tu.beli yang dah sejuk beku dengan ais je pun.lepas ni..aku pasti takkan beli ikan patin sini lagi.tak lalu nak telan.

lama lagilah aku dapat makan ikan patin..kena tunggu balik kampung.aku penah makan ikan patin masak tempoyak yang terkenal kat Temerloh tu.gerai Pak Usop kalau tak silap aku nama gerai yang jual tu.kawan yang belikan,dia siap tapau dan bekukan dalam peti ais sebab nak bagi kami rasa.komen aku,rasanya sedap cuma tak sama dengan version mak aku sebab dia ada letak daun kesum kalau tak silap.tapi ikannya memang tak de rasa dan bau hanyir pun.

okey tu je nak citer..emm,nak berbuka dengan apa hari ni ye?daaaaaaaa

Comments

♥cikmOt♥ said…
ari tu balik kampung...berhenti bermalam umah adik kat temerloh...lupa nak beli ikan patin...
huwaa....skang sok teringat nak makan patin...

bistu camner...sobsss
:: CIKVIVA :: said…
aritu mse bukak pose kt kedai pn de gulai patin tempoyak gak.. rase okla.. tp xleh makan part lemak tu sbb cam hanyir sket..igt lau mk mask dlu, siap soh mak simpan siap2 bahagian dada patin y berlemak tu...perghh...terbaek...
emm mak kite masak kan, mstila kite rase paling sedap..huhu
Anna said…
Irfa, aku suka sgt tempoyak ikan patin ni..kakak aku hsbd dia org raub, so mmg terer sgt masak...sedap nya alahai..teringat. Honestly aku x pernah masak sendiri..teringin gak nak buat sendiri tapi like u said..takut hanyir...naya tak leh makan..Nnti raya aku ingt nak beli ikan patin kat pasar sg besar dan suruh akak aku itu masak leh aku tgk caranya...salu dia masukkan timun tua sekali..pedas, lemak..pergggh....tak leh jadi ni..wekend ni kena carik lah..beli sikit dan terai buat sendiri. Tempoyak aku mmg buat sendiri, dah berbulan masih sedap lagi...sbb kita buat sendiri, pilih doyan yg baik2...
oren said…
akak mmg tak minat patin..
Ummi said…
akak memang tak makan semua species ikan darat, maksudnya ikan lombong, paya atau sungai :(

kadang-kadang akak tengok orang makan ikan patin atau ikan keli macam sedap aje, tapi bila akak nak masuk dalam mulut, macam berat aje :(

opis akak sebelah giant, so kami selalu beli lauk yang di jual dalam giant buat berbuka, kebetulan akak yang masak tu masak sedap sangat, cukuplah rasa, so selalu request kat dia esok nak lauk apa, so dia akan masakkan hehehe :)

kalau dia buat sambal ikan keli, akak ambil kuah dan ganti dengan ikan goreng hehehe :)
Norhaizan said…
Ummi tak makan ikan darat, kak zan pulak tak gemor tempoyak.
Mulan said…
noti u... kasi meleleh je..
Lady Windsor said…
Hwaa ikan patin??? Nak la juga..Irfa saya suka amat patin
masak tempoyak tapi haram tatau masak, tau makan jer...
Habis tu cemane...hehe
Zareda Norman said…
Irfa

Mertua akak org pahanbharuslah sinonim dgn patin ni.. Kak zar tak pernah makan gulai tempoyak ikan patin beli.. Sebab standard tekak terhadap gulai tmpoyak ikan patin ni sgt tinggi.. Hahaha.baru ni balik pahang tak de selera nak beli patin ntah kenapa ntah.. Beli ikan salai je..

Ikan patin ni cara basuh pun kena betul segala lemak darah dia kena buang barulah tak hanyir kan..
sawaNiLa said…
suami saya org pahang haruslah kena ada patin dalam freezer. sanggup drive ke termeloh cari patin utk supply bulan puasa. daun pijat tu susah nak jumpa dah kan...selalu ganti daun kesum tapi kurang umph la...hari tu mkn kat termeloh dia letak batang keladi sedap plak...
Elly said…
Ini paberet aku...nangis tengok pepagi
Unknown said…
aku kalau jenis jenis ikan macam ikan patin ni mmg aku tunggu mak aku masak.. aku tak berani lagi masak sendiri..takut hanyir..mak aku kata nak siang pun ada kekdahnya..so aku memang tak berapa nak rajin la nak mengerjakan tu.. buatnya da buat tu still hanyir..haiihh..niaya je..

tapi kat pasar malam sini ada jual ikan patin hidup ala ala hidup segan tapi tak mati mati..kira cam nyawa nyawa ikan gitu la..tapi sbb aku tak reti nak cuci bagai so aku kensel je..hihi..

family aku ikan camni kitorang suka masak asam pedas je..tempoyak ni aku suka gak..tapi mak aku mcm jarang je nak buat..
Irfa said…
CIK MOT..
rugi tu sebab dah sampai kg asal ikan patin tapi tak beli
yg jual kat pasaraya tak sama dgn yg fresh dari sana
(saja nyakat awak ye..hehe)
Irfa said…
CIK VIVA..
tahlah..kat kafe ni selalunya mmg hanyir
kalau goreng tak rasa hanyir sgt kot..ni gulai tu pasal rasa hanyir sgt

mak awak,mak kita jugak..harusla selera sama ;)
Irfa said…
RIETTA..
:)
yummylices
Irfa said…
ANNA..
oh orang pahang masak lagi asli rasanya ;)
cuci ngan limau nipis @ tepung gandum pun boleh utk hilangkan hanyir tu
cuci bersih darah2 celah perutnya tu

stok tempoyak aku pun tak penah beli..punggah je yang mak aku buat
lagipun memang dia buat utk anak-anak pun
Irfa said…
KAK OREN..
saya tahu ada org x suka makan ikan sungai
saya ni semua jenis ikan boleh makan..janji halal ;)
Irfa said…
KAK UMMI..
kalau nak beli makanan gerai,pastikan yg memang kita tahu dan penah makan sedap.baru berbaloi beli.

isi tak makan,kuah boleh makan pulak ye..macam2 selera kan
Irfa said…
KAK ZAN..
rugi rugi..hehe,saja gurau
Irfa said…
MULAN..
meleleh?
sila lap ye ;)
Irfa said…
LW..
saya tahu masak dan tahu makan
tapi kalau orang lain masak(mak saya la) lagi laju saya makan ;)
Irfa said…
KAK ZAR..
saya tahu kita selera sama.masakan berasaskan tempoyak kesukaan kita
kalau baca blog akak mesti telan air liur tgk ikan sungai

betul tu kena basuh betul2 bersih.
Irfa said…
SAWANILA..
tq sudi singgah sini
org asal sana haruslah dapat yg lagi fresh
mmg susah nak dapat daun pijat tu..saya dah banyak kali cuba tanam tapi hidup segan mati taknak la pulak..mak saya tanam,elok je membiak
tanah tak sesuai kot..
Irfa said…
ELLY..
hehe..sian ko ye.
aku tahu ko pun jenis selera makanan ala kampung
selalu ko tulis kat blog kan
Irfa said…
RAI..
cubalah sekali mana tahu ko masak tak hanyir

itu baru betul2 nyawa-nyawa ikan.hehe

mak aku tak penah masak ikan patin ni selain masak tempoyak.kalau nak lain sikit pun,goreng je..sedap jugak..lemaknya tukar jadi berminyak gitu,makan ngan kicap dan sambal..perggggggggh

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...