Skip to main content

Kakak Kata Gitu,Abam Kata Gini.Acaner Tu?

bila aku tulis tentang ketidakpastian (wah!ayat)samada beraya kat sini @ balik kampung tu..kat entri ni,ada komen dari kak erna,katanya 'kalau tak balik raya pun,wajib beraya ngan kakak'.hehe..risau la tu kalau aku biarkan kakak beraya kat kampung tanpa kami.takkan la aku sampai hati nak biarkan anak dara aku beraya tanpa umie,ayah dan adik2nya.

bila aku tanya kakak
'kalau ayah tak dapat cuti,umie balik la kampung.kita raya kat kampung je.boleh tak?'

jawab kakak
'raya kat kampung ke?tapi kakak nak balik sana'(maksud dia balik rumah kami le tu)

bila aku tanya abam
'abam nak raya kat mana?abam pilih..raya kat kampung,rumah makwan @ rumah kita?'

jawab abam pula
'taknak raya umah kita.kalau ada alif,abam nak raya rumah makwan,kalau takde alif..abam nak raya kat kampung'(alif adalah sepupu kamcengnya..anak sedara en abe)

amboi..anak-anak zaman sekarang.macam2 pilihan ada ye..zaman aku dulu,takde pilihan.mak ayah asal kampung sama..aku memang tak de kampung masa kecik.dapat pegi kampung sebelah(rumah nenek)pun dah rasa cukup best.bukan kena naik bas@kereta..naik motor je tak sampai 10 minit.

sebab tu masa nak kawen..aku harap bakal suami ada kampung.so bolehlah gilir-gilir beraya kampung aku @ kampung suami.hehe..kampung asal en abe kat Perak tapi mak ayah dah menetap kat Cheras.yang ada kat kampung cuma sedara mara je.so boleh ke aku kata kampung en abe kat Cheras je?orang balik kampung,aku balik ke bandar..

mesti ada yang kata 'ai tak kisah raya kat mana-mana pun asalkan bersama yang tersayang'(aku penah buat ayat penyedap hati macam ni bila tak dapat balik raya kampung aku.huhu..)agak-agak kalau beraya kat Guatemala tapi bersama keluarga tanpa mak ayah..ada yang nanges balik pintu tak?hehe

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik sebenarnya teringin nak balik ke kampung pada hari raya nanti, tapi nak jenguk siapa dan tinggal di mana? :(
Anonymous said…
KA pown x kisah beraya dimana2 asalkan anak2 dan suami di sisi, yg ptg mesti nak jegk kubur arwah abah x kisah raya ke berapa pown !
Gadis Kampung said…
GK lagi sedih tak tau la husband dapat balik raya ke tak tahun nie..baju raya dia GK dah beli cuma tunggu je dia abis operasi...bertugas untuk negara...
azieazah said…
Kak Azie pernah gak kata gitu, tp hakikatnya tiap tahun nak raya kat kampung. Cuma skrg anak-anak dah besar, kami beraya kat KL pun tak rasa sunyi sangat...
Zareda Norman said…
kak zar pun penin ni nak balik mana.. InsyaAllah hujung puasa nanti pasti ada solution.. ni bab nakjaga hati mak mak.. hehhehe

yg pentg selagi ada org tua, baliklah lambat cepat tu tak apa..
HeNRieTTa JoSe said…
Bg rietta, raya mestilah dgn yg tersayang...hehehe....mak ayah pown termasuk kategori tersayang....
Lady Windsor said…
Irfa,
kalau tak balik KB...meh raya kat Windsor..:)
izawani said…
Raya tahun ni tak tau kemana lagi.... baju raya pun tak buat lagi... semangat raya tak ada...
bangsawan nilai said…
raya kat nilai ajelah irfa...makan lomang
Unknown said…
aku rilek je kalau tak raya dengan family..dulu zaman belajar dah terpaksa.. tapi sayu gak la masa takbir tu..huhu..
Irfa said…
LW..
emm boleh jugak ;)
terima kasih atas jemputan itu
Irfa said…
KAK IZAN..
kena cari kemana hilangnya semangat itu ;)
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
takde sapa kat Nilai ni
kat kampung aku lagi banyak lemang
sepanjang tahun org jual lemang ;)
Irfa said…
RAI..
kalau duk oversea tu mmg redha jelah..
ni masih dalam malaysia
masa bujang duky dah biasa beraya kat tpt keje
mmg tak dapat cutilah kalau orang bujang sebab keutamaan hanya pd yg dah berkeluarga.dah penah menangis bawah meja pun ;)
Irfa said…
RIETTA..
mak ayah lagilah yg tersayang
tiada gantinya :)
Irfa said…
KAK ZAR..
mmglah raya sebulan.tapi pagi raya pertama tu lagi istimewa ;)
Irfa said…
KAK AZIE..
mulut je kata gitu tapi hati kata lain ye kak ;)
kalau dah ada anak cucu mgkin berubah lah kot sebab kita dah jadi org tua
kena tunggu anak menantu datang rumah pulak
Irfa said…
GK..
oo sedih jugak tu
berkhidmat untuk negara besar jasanya tu ;)
sabar ye
Irfa said…
KA..
dalam bergembira jgn lupa pada yg tiada
alfatihah utk abah KA ye
Irfa said…
KAK CIK..
maaf ye kalau en3 ni buat kakcik sedih
alfatihah utk mak ayah kakcik

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...