Skip to main content

'Umie,Aja Hebat'

Lokasi:depan tv kat umah
Umie dimana?depan tv la ;)

ada suara memanggil..'umie.umie.aja ebat(hajar hebat)'.hebatlah sangat nak oi.kalau terbalik basikal tu lagi hebat..ish ish ish..anak dara sorang ni,meremang bulu roma aku tau.

tu hari kepala dia tersepit celah anak tangga.bukan celah pagar tapi betul2 anak tangga.umah aku tu tangga kayu bukan tangga batu.aku masa tu baru abis solat.dengar dia menjerit..bila tengok kepala dia tersepit tu aku terpana.tau apa terpana?adik sepupu terkesima la.nanti aku ambik gambar tempat kejadian ye.kalau fikir balik macam mana la boleh tersepit celah tu.

ni pulak aksi dia semenjak dua menjak.dah banyak kali aku warning dia buat jugak lagi.ambik gambar sebab nak tunjuk bukti pada ayahnya..kang tak ambik gambar tak caya pulak.







nah dik..umie bagi pantun 2 kerat

sengih jangan tak sengih
tergolek kang jangan menangis

Comments

Mak Wardah said…
Irfa, lama tak jengok, dah besar, comel pulak u. Tak lama lah Irfa timang menantu nmpk gayanya
Acik Erna said…
uish..memang aja hebat..macam2 aksi.tapi tetap comel..
Anonymous said…
haha..kemain seyes lagi muke time posingg.. jgn jdik minah rempit dh la yea dik yea..hihihi
Hans Hanis said…
hahaha
lasak betul nih
Unknown said…
As salam Irfa,

Wow! Ni gugurl ke boboy! hehehe... Apa2 pun rambut tu yg mahal tu... cute sgt! :))
ibh_sue said…
Ekekekee..pandai dia buat aksi mcm tu ya..Muka siap senyum lagi.
Pantun umie dia pun klako juga tu...Heeee
Lady Windsor said…
bhahahahaha adik memang hebat! auntie suka aksi adik tu sebab dedulu auntie pun suka menonggang basikal dan lepas tu basikal pula tonggang auntie adik oiiii! adehhh comel tau dia buat aksi akrobat tu...
Unknown said…
ahahaha..dak pompuan..!

damia pun ada buat gini! mana belajar tatau..abang dia tak buat pun..
ZieMarziah said…
alala comelnya hajar..sy mmg suka betul rambut mcm ni.mahal 2..mmg lasak la, leh jadi model sukan lasak ni hehehe
Arena said…
Hahaha, hebat tol si Hajar ni. Kus semangat umie dia.

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...