Skip to main content

'Ayah..Kak Sayang Ayah Sangat-Sangat'

sambungan kisah ini



ni gambar ayah pada Januari yang lepas,masa cuti-cuti kat Cameron.jauh beza ayah dalam gambar ini dengan ayah minggu kami balik tu.



ayah,hari ahad yang lepas..kurus dan cengkung

okey..perkenalkan ayahanda aku,nama sebenar (biarlah rahsia) tapi gelaran kat kampong ialah,Pok Teh.tahun ni umur ayah 58 tahun.Bagi aku ayah seorang yang tersangatlah rajin,tak boleh duk diam ada je benda yang nak dibuat.sejak aku kenal dunia 33 tahun lalu,aku tahu pekerjaan ayah ialah:

1-buruh binaan kerja di Singapore(ni masa aku belum sekolah rendah lagi)

2-penebang pokok balak(ayah keje tebang balak sampai aku sekolah menengah.ayah berenti keje tebang balak bila aku start keje kalau tak silap)

3-penoreh getah(masih buat lagi maklum kebun sendiri.ayah tak nak upah orang toreh)

4-tukang buat rumah(terbaru ayah buat masjid kampung kami).

Itulah 4 jenis pekerjaan yang membesarkan kami 6 beradik.ayah jarang sakit kecuali demam2 biasa tapi kalau ayah demam,berhari-hari ayah tak boleh bangun.maklumlah orang jarang sakit,bila sakit memang badan betul2 lemah.ayah akan berselimut dari kaki sampai ke kepala dan kami akan dengar ayah mengaduh ‘Allah,Allah.Allah’.masa kecik aku sangat takut kalau ayah sakit.aku takut ayah mati.aku taknak jadi anak yatim.itu masa kecik,dah besar gini pun aku masih takut kalau ayah sakit.aku belum kuat untuk kehilangan ayah

Sebab tu lah masa balik kampung Sabtu Ahad lepas aku terkejut bila sampai rumah tengok ayah terbaring.Muka ayah nampak cengkung dan kurus sangat sebab dah 2 hari tak makan.sakit dalam perut katanya.Ma tak bagitau kami yang ayah sakit dengan alasan ‘tak nak anak-anak risau.bukan dekat nak balik’.aku sedih sangat..bila aku tanya kakak ‘kenapa tak bagitau atok sakit?’ katanya ‘mok pesan jangan bagitau umie’.huhu..

Sabtu esoknya..adik lelaki bawak ayah ke klinik sebab dah pujuk ke spital ayah tak nak.aku dah sedia maklum dengan ayah yang susah sangat nak ke klinik.itu pun dah bernasib baik ayah nak ikut ke klinik.ayah rela telan ubat tahan sakit beli kat kedai biasa dari ke spital @ klinik.ubat 'sakit urat' orang kampung panggil.rasanya ramai orang tua berperangai begini.kan?

Balik dari klinik,kata doctor ayah kena gastric.lega sikit hati aku..harap-harap ia cuma gastric sebab bulan posa,minta jauh dari penyakit kritikal.selama 2 hari kami berbuka di kampong,ayah cuma makan nasi bubur..kami sedap menjamu dengan macam-macam lauk..sedih pulak aku menengok ayah.



menu berbuka kami hari itu

Hari ahad ayah dah baik sikit,tak pastilah kalau ayah buat-buat sihat sebab taknak tengok kami risau.seperti biasa,bila dah baik sikit mulalah tak duk diam.diam-diam ayah start motor ke kebun untuk mengait petai.dah tahu anak-anaknya semua ‘hantu sambal petai’.alahai ayah,macam la kami balik dengan keta besar..tapi demi tak nak kecikkan hati ayah kami sumbat jugak petai tu dalam bonet viva adik aku..sampai ke bawah kaki pun letak beg.ikutkan ayah,macam-macam benda nak suh kami bawak balik..tapi aku cuma ambik asam keping dan petai je.

Sebelum balik pesan aku pada kakak ‘kalau atok sakit bagitau umie.jangan nak rahsia-rahsia’aku harap kakak tak lupa pesanan aku.memang kami duduk jauh dari kampung halaman tapi kami akan usaha untuk balik bila tahu ma ayah tak sihat.kalau bab duit yang ma ayah risaukan..insya Allah.duit boleh di cari.kerana ma ayah tiada gantinya di dunia ini.doa aku moga ma dan ayah sihat-sihat selalu hendaknya.amin

maaf buat kawan-kawan blogger yang dah tak punya ayah,jika entri ni membuat kamu sedih.ini hanyalah sedikit perkongsian aku bersama kamu tentang ayah.

Comments

asyifamustaffa said…
semoga ayahnya sihat ye...
sedih sbb sy dah x de ayah....):
cheqna said…
moga ayah akak sihat sokmo
orang tua memang gitulah....
petai...sedapnyer....
-Sara- said…
tetiba rindu arwah ayah saya...

perangai ayah akak tu sebijik ngan pak metua sara..baru2 ni die skt cmtu gakk..org tua mmg camtulah kak.. harapnya ayah kak irfa cepat sembuh..
Deqna said…
saya paham perasaan kak irfa.. memang kalau boleh nak balik jer tiap2 minggu kan... harap ayah kak irfa sihat2 hendaknya..

time org tua ada ni lah kita jenguk selalu kan....

bestnya petai.. besar2 pulak tuh...
Leney said…
InsyaAllah, takde apa. Moga ayah irfa sihat semula. Saya rasa orang tua akan susut badannya bila tiba masa. Abah saya pun macam tu.
pB said…
semogo Pok Teh cepat sihat .....
Unknown said…
semoga ayah ko cepat sembuh irfa..

ayah aku pun sama..masa aku balik tu kurus gila nampak.. lepas tu terus aku belikan macam2 jenis supplement untuk dia..kita cuma mampu berusaha..
Masy said…
moga cepat sihat ye pokteh..
gerhana luka said…
ala Irfa sebaknya saya lebih2 lagi bapa saya dah takde, mmg kalau bab2 bapa ni selalu sensitif walau dia dah lama tak ada. Gambar ayah awak tu mengingatkan saya pada arwah bapa saya dulu gitu la kurus dan cengkungnya tapi tetap gagah cari upah nak besarkan anak2.
selalu la call kakak ya tanya keadaan ayah awak tu, semoga ayak awak terus sihat.
Aidah said…
Menangis akak membaca kisah ayah Irfa ni. Akak antara yang telah kehilangan abah. Kami terpisah setahun sebelum dia meninggal tapi Allah Maha Pengasih. Sehari sebelum dia meninggal akak sempat menjaga dia yang tenat di hospital. Dapat jugak peluk dan cium dia sementara dia masih ada. Betul, Irfa. Duit boleh dicari tapi mak dan ayah itulah saja dunia akhirat. Semoga ayah Irfa terus pulih ya.
Kakzakie Purvit said…
Betul buat hati kakak terharu. Betapa ayah-ayah kita dulu bukan senang nak memberi pendidikan dan makan-pakai kita. Tak macam anak kita sekarang. Cuma bersyukur dia dapat melihat anak-anak dah berjaya itu saja yg boleh kita beri dan selalu menjenguknya.

Moga ayah terus diberi kesihatan yg terbaik..
HeNRieTTa JoSe said…
Moga ayah akak shat sentiasa...
Nieda said…
Beruntung masih punya ayah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...