Skip to main content

Sekolah Sesi Pagi vs Sekolah Sesi Petang

Kisah anak-anak:

Kakak Form 1, abam darjah 3. Bulan sebelum, kakak sekolah sesi petang dan abam sekolah sesi pagi.

Mulai isnin lepas, kami memulakan hidup baru di tempat baru. Semoga baik-baik aje disini. Bila dah tempat baru, banyak benda berubah. Kakak memang dah start sekolah situ awal tahun, cuma Abam je kena pindah sekolah (sekolah lama abam cuma ada satu sesi je (sesi pagi). Tapi disekolah baru ni, abam pun kena sekolah sesi petang (Tahap1). So, dua2 dah sekolah sesi petang.

Sedikit drama minggu ini:

Kata Kakak 'kenapa lah sekolah ni ada sesi petang? kakak tak suka sekolah petang. Penat. Pastu asik kena tengok jam je takut terlambat mandi dan bersiap'

Kata Abam 'abam suka sekolah petang, sebab bangun lambat dan boleh tido lama' huhu.

Kenapa terjadinya sebuah sekolah ada sesi pagi dan petang? Ini kerana jumlah murid terlalu ramai dan kelas tidak mencukupi untuk menampung murid2 tersebut. Dengar cerita, taman perumahan ni akan ada buka sekolah sendiri, tak perlu lagi menumpang sekolah kawasan lain. Moga cepat terlaksana.

Pengalaman aku sendiri, pernah sekolah sesi petang (sekolah menengah). 2 tahun jugak lah aku sesi petang. So aku paham perasaan kakak. Tak suka nak berpeluh bersiap nak ke sekolah. Kalau sesi pagi, lepas mandi pakai uniform lebih selesa sebab sejuk. Pegi sekolah muka fresh sebab baru bangun tido. Lagi satu, bila sesi petang, ada 2 waktu solat (Zohor dan Asar). Paham2lah kalau solat surau sekolah. Mesti berebut nak ambil wuduk. Tempat solat mungkin tak selesa macam di rumah.

Apa boleh buat anak-anak, bertahanlah ye. Untuk kakak, tahun ni dan tahun depan sesi petang. Form 3 dah masuk sesi pagi. Untuk Abam, cuma tahun ni je sesi petang. Tahun depan dah darjah 4 (Tahap2) sekolah sesi pagi.

#bukannakkomplensekadarberceritaharaptakdeyangsalahpaham



Comments

t.a.t.a said…
Sesiapa yang sekolah petang, bulan puasa adalah sangat mencabar, kan?
Unknown said…
Irfa,

Mcm farah suka sekolah sessi petang sbb pagi boleh selesaikan kerja rumah. :) Dulu masa sekolah rendah mmg dari darjah 1-3 sekolah pagi.
:: CIKVIVA :: said…
Wpun kita tk penah skolah sesi ptg tapi kita tau n phm perasaan mereka sbb kta kt opis pun mengantuk jugak bila dh masuk petg...hehehe
Acik Erna said…
zaman akak dulu pun sekolah petang ting 1 dan 2..tengahari kayuh basikal pi sekolah..dapat pi sekolah pun selepas masak untuk makan tengahari..makn pun tak sempat ..sempat masak je.sebab pagi2 kena buat kerja sekolah dulu..berpeluh dah tentu nak sampai kesekolah tu..jauh jugak sekolah tu
PetakBunga said…
kalau dpt sek pg elok.
pg otak lebih freshkan?


tp nak buat mcm mana sekolah masih tak mampu nak buat satu sesi lg.
Irfa said…
TATA..
mmg mencabar sangat, kang ada lah kest curi minum air paip masa wudu'
Irfa said…
Mami Little Hero..
emm bagi yg rajin suka kot ;)
tp mcm saya anak sulung, tak rajin pun kena jgk buat keje umah sblom ke sekolah sesi petang
hihi
Irfa said…
CV..
tahu xpe
sbb tu lebih suka half day petang
dari half day pagi, huhu
Irfa said…
KAK ERNA..
hihi, malu lak komplen, akak lagi banyak menda nak buat
siap berkayuh basikal lagi ke sekolah
mesti penat kayuh beskal di tgh panas
Irfa said…
HAI PETAK BUNGA..
macam pertama kali singgah sini ye
selamat datang ;)

betul tu, bak kata pepatah 'berpagi-pagian lebih elok'
bertabah lah untuk setahun lagi
Unknown said…
aku penah kena sesi petang..beberapa bulan.. perghh.. macam tata kata la.. bulan puasa mencabar gilaa..hahaha
Rumah Kuning said…
sabar la kak. makcik dulu pun tak suka sekolah ptg. tapi terpaksa jugak. hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t