Skip to main content

Biskut Lidah Kucing Pelangi (Rainbow Cat Tongue)

malu pulak kita dengan entri emo tu
bukan emo mana pun, cuma bengang sikit je
empunya blog tak jawab apa pun tentang komen aku
tapi pengomen lain yang over
lantak lah situ

jom kita cuci mata
korang penah dengar biskut lidah kucing?
aku pertama kali tengok bila jiran upload gambar kat fb
memula tengok macam 
'biskut apakah berwarna warni bagai pelangi lepas hujan tu?'


bila dia jawab 
'biskut lidah kucing'
aku macam, erkkkkkkkk
nape namanya begitu rupa? kenapa tak letak, biskut pelangi je
rasa cam pelik pulak bila sebut lidah
kucing lak tu
kucing tahu ke biskut ni ada kaitan ngan dia?
kena bagi royalti kat en kucin nih

komplen2 pun sebalang licin, dah tinggal serdak pun
hihi

rasa dia manis2 gitu, tapi takde la manis sangat
nipis je, masuk mulut terus cair 

aku gugel sebab nak tahu macam mana rupa acuan biskut ni
terjumpa kat sini

empunya gambar SINI 
# baca resepi pun aku dah membayangkan betapa rumitnya
baiklah aku beli je, terus buleh makan, hahaha
dasar banyak vitamin P

# kalau semua pandai/rajin buat sendiri
sapa pulak nak membeli
boleh terima tak alasan?

hihi

Comments

Nieda Ramly said…
apa rasa? macam biskut mentega?
happyichigo♥ said…
Alasan kak irfa kelakar le, tp mmg benar!!!
rostina76 said…
kros pernah makan….huhu walau cantik tapi manisnya. my personnel opinion rasa dah mcm kerepek sbb nipis sgt.hehe
HeNRieTTa JoSe said…
nie 2nd time rietta tgk..tapi itu la...mcm kesian plak kuceng nama dia diguna pkai...hehehe...
Nastyna said…
eh kalau u rajin membuatnya, I sanggup makan. hehehe haa kenapa nama dia lagu tu ek? pernah la ternampak benda ni masa duk gugel2 resepi tu kan, mmg kalerpul.
MOKCIK AZWA said…
samalah kita..nak membuat malas, beli jer la..tolong org berniaga hehehe..alasan kan hehehe
t.a.t.a said…
baru nak tanya, apa rasa? macam lidah kucing tak?


hahahaha.

Nora Karim said…
erk.... kenapa lidah kucing...?? huhuhu
Unknown said…
ye lah..kalo sume org buat sendiri sape nk jd tukang beli :)
Lady Windsor said…
betul3x..baik le kita beli kan Irfa, senang buleh makan terus hihi
Cho Zila said…
dulu ada lidah jin (kuih yang der salut gulatu).. sekarang lidah kucing lak..
ehm macam2.. tak penah lagi cuba... betoitu kalau takdaer pembeli macam kita susahler orang nak berbisnes...
:: CIKVIVA :: said…
Meme rumit sket nak buat benda ni akak opis yg ckp..tapi comel kan sbb kalerful..tak tau pulak lidah kucing kaler gitu..ahhaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t