Skip to main content

Alhamdulillah Untuk Segalanya

Salam Hari Isnin, moga hari yang di berkati untuk kita semua
# banyaknya entri tertangguh, nak citer pun macam dah basi je, tapi kena gak tulis sebagai bacaan sendiri masa akan datang, hihi.

Last week (Selasa), aku balik kampung ambik si kakak. Balik berdua dengan si kenit, Hajar. Naik bas selepas 10 tahun, sedikit risau tapi tawakkal jelah sebab itu je transport yang ada. Tren penuh, nak naik flight malas nak waiting list. Saja balik awal sebab aku nak ada di samping kakak masa result UPSR di umumkan (14Nov2013).

Alhamdulillah, result kakak empatAsatuB itu kami terima denga redha, setakat itu rezki yang tertulis untuk kakak, yang penting dia dah usaha dan buat sehabis baik. Ini baru langkah pertama, jika umur panjang .. jauh lagi perjalanan hidupnya. Apa yang penting bagi aku ialah semoga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah, yang menjaga agama dan menjaga solatnya bukan sekadar berjaya dalam segi akademik semata-mata. Kakak happy bila dapat tahu sepupu kamcengnya, Ayong pun dapat result sama dengan dia. Sekarang dia berharap dapat sekolah sama-sama dengan sepupunya itu. Insya Allah, sedang di usahakan.

Aku lepak di kampung 4 hari, makan tido makan tido.. Sabtu balik sini, mak dan adik bongsu ikut balik sekali (sekali lagi naik bas, huhu, kematu bontot sebab lama sangat duduk). Walaupun lama dalam bas .. Alhamdulillah, bersyukur kami selamat sampai ke rumah.

Serius, masa tunggu bas nak balik sini, aku tengok ma dan ayah borak dengan kakak, aku rasa sedih tetiba. 2 tahun kakak dengan tok neneknya dan sekarang kakak kembali bersama kami. Sedikit sebanyak pasti mak dan ayah aku sedih sebab cucu dah tak bersama mereka. Tapi, cukuplah 2 tahun berjauhan dengan kakak. Kesian jugak pada adik2nya yang rindu kat kakak.

Kalau si kenit tu, beli apa2 contohnya Vitagen, mesti dia akan mengira setiap botol Vitagen tu 'ayah satu, umie satu, kakak satu, abam satu, kita satu'

dan si abam kalau teringin nak pegi mana2 contohnya bila tengok iklan Legoland @ Disneyland Hongkong, dia mesti akan cakap 'boleh tak bila kakak balik nanti, kita pegi sini'.

Dan kami sebagai ibubapa, setiap kali keluar makan di luar, mesti rasa macam tak cukup korum sebab satu anak takde.

Alhamdulillah ... semua yang di rancang berjalan lancar, selama 2 tahun kakak berjauhan dengan kami dia takde demam @ sakit. Terima kasih padaNya dan pada mak ayah yang menjaga kakak dengan baik dan penuh kasih sayang. Yang bestnya, kakak dapat RM500 hadiah Upsr dari atok dan mok, patutnya rm500 dari atok dan rm300 dari mok kalau dapat 5A tapi sebab 4A je dapatlah rm500 lepas atok dan mok share-share. Hihi. Umie dulu tak de pun, huhu. Cucu dengan anak mana sama .. ye tak? saja la tok nenek nak bagi, sebab nak bagi mini cooper tak mampu la pulak, hihi


tengok gambar ni rasa macam 'sesuatu' tersangkut di kerongkong, huhu
SAYANG MA dan AYAH sangat-sangat
terima kasih untuk segala2nya
(-_-)


     

Comments

asyifamustaffa said…
Tahniah buat kakak...kekalkan kecemerlangan....dunia dan akhirat...masih jauh lgi perjalaann tu...
Mmg jangkamasa yg lama 2 thun tu...
Sek keb m.urai baru ko kakak tu...tahniah di ucapkan..anok sdro sayo blh 3A2B baru nie...
Irfa said…
ChekMud..
Ye, itu sekolah tu la, sekolah lama akak dulu :)
Irfa said…
Asyifa..
TQ..Insya Allah .. masih jauh perjalanannya
Happy sebab dah bersatu sebagai keluarga lengkap ;)
pB said…
salam Irfa ...

sib baik mok dengan ayoh 'lepah' kakak tu ...
Irfa said…
KAK PB..
ada jugak kecek2 suh skolah menengah denun
tapi sbb dah janji smpi upsr je..
so kecek gitu2 jelah, tak bersungguh pun sbb ma ayah paham la kami pun xsey doh berjauhan, hihi
~adeQ~ said…
Wah...sudah cukup korum lepas ni.

Tahniah Kakak....Banyak lagi ujian dan peperiksaan akan datang. Buat sehabis baik ok!

=)
Kakzakie Purvit said…
Dah kakak pulak rasa sayu hati bila baca ini..
Kalau kakak duduk asrama tahun depan masih berpisah juga dik.. kalau jumpa pun sebulan sekali..

Tahniah buat kakak!! Moga terus cemerlang
tahniah buat kakak...
semoga lagi cemerlang dimasa akan datang..
Aisyah said…
irfa, musim ujan baca entri cenggini..mmg ujan luor dalam jadinye..hee..irfa, anak pompuan kakak saya (yg 2 adik laki nye autisme) pun dpt 4A 1B..apy sgt for her..sbb satu family ni byk sgt berkorban..syukor alhamdulillah..
sweetie said…
Tahniah pada kakak! Dah dapat asrama ke?
paridah said…
tahniah kakak...dpt hadiah 500 lg...atuk/nek mmg syg sgt kat cucu2 mrk..
nazayiena said…
Tahniah buat kakak.....
Amboi, mewahnya hadiah. Hehehehe....rezeki kakak lah tu. Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki lagi ye/ Result UPSR tak perfect takpe sbb masih jauh g journey tu.
Acik Erna said…
adui dik..kita pun sama la..bergenang air lak kat mata ni
Irfa said…
KAK ERNA..
nah tisu ;)
sbb tu sy penah dgr org kata
'jangan gatal2 offer diri nak jaga cucu,besok bila mak ayah dia ambik balik
nanges tak de lagu sbb rindu kat cucu.jaga anak ngan jaga cucu tak sama'
entahlah betul ke tak .. itu org kata la
Irfa said…
FARA..
ye, perjalanan masih jauh
apapun sbg ibu aku doakan dia terus cemerlang ;)
dia dah berangan dgn duit tu nak beli handphone.. nanti lah aku fikirkan
Irfa said…
NAZAYIENA..
tq ;)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
hadiah tu dah janji masa tahun lepas lagi
wpun miss satu A tapi dapat jugak
agaknya atok nenek x sampai hati ;)
Irfa said…
SIS SWEETIE..
belom daftar mana2 skolah lagi
sekolah nya kata ada tawaran, so tggulah surat tawaran tu dulu
nanti kita fikirkan mana yg baik
tuan badan xnak duk asrama agaknya xnk berpisah jauh dari family lagi kot
Irfa said…
SIS YONG ARISHA..
hahaha.hujan ke?
jangan lupa kain kat ampaian tu ye ;)

kat skolah dia cuma 3 kelas je
yang dpt 5A cuma 5 orang, 4A pun 9 orang je
so oklah dgn result tu sbb kami pun cuma monitor dr jauh
terpulang pada usaha dia sendiri dan izin Allah je
Irfa said…
SIS AIN..
tq utk doa itu ;)
Irfa said…
KAK ZAKIE..
ni mak ada kat rumah 2 mggu
harap mak ok bila nak balik kg nanti ;)

sy pun tgh fikir nak sekolahkan asrama ke @ sekolah harian
tgklah ada tawaran ke tak

tq utk ucapan dan doa itu
Irfa said…
NURSHI..
hehe.dah cukup korum buleh la kita mulakan mesyuarat ;)
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

Alhamdulillah.. tahniah buat kakak.. semoga ibu dan ayah irfa terus diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
makchaq said…
Tahniah Irfa dan kakak jugak... tak sia2 pengorbanan 2 tahun..
moga kakak lebih cemerlang dimasa depan...
Unknown said…
tahniah kakak.. wahh.. ok dah tu irfa.. semoga kakak terus berusaha bila dah dekat dengan umi ni..hehe
Unknown said…
mesti nenek dan atuk akan rasa kehilangan bila cucu yg dah 2 tahun duduk sama dah tk dok sama kan..takpe.telefon kan ada..boleh kerap2 call atuk nenek..

Tahniah ye kakak
JunAina said…
Tahniah buat kakak.

Aina pun sama anak sekolah kat kampung dengan mak sejak dua tahun lepas. Satu-satunya anak perempuan tapi bila nak sekolah menengah pon dia still nak sekolah kat sana. Sedih.
:: CIKVIVA :: said…
Gambar last tu menusuk kalbu...ayah & ibu..ayah & ibu..itulah permulaan kami...untuk melihat bulan & matahari...ooooo...sedeyyy

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...