Skip to main content

Cantiknya Kek, Rasa Sayang Nak Makan

sapa suka kek?
angkat tangan, hihi

aku tak suka sangat benda manis
macam kek, coklat dan aiskrim
ada depan mata, makanlah
tapi nama nak mencari semata2 nak makan, tak kot

tadi lompat2 blog
singgah blog 
alahai, cantiknya kek
kalau dapat, simpan dalam frame
sebab sayang nak makan, hihi

tuan punya gambar
sis azlitamasammanis 

cantik macam ni acaner nak potong?
sayang la, hihi

kagum sungguh aku dengan mereka2 yang kreatif ni
aku dah lama berangan nak buat apam polkadot
sampai sekarang tak terbuat
tak pasti la samada tak kreatif @ tak berapa rajin 
(tukar 'takberaparajin' sebab taknak sebut perkataan 'malas')

# bestnya esok sabtu ahad
(^_^)



Comments

Anonymous said…
Sy pun mmg kagum hasil keje tangan k.ita....mmg cntik keknya...klau dekat...mau juga nak rasa air tngannya....tp apakan daya...huhuhu...

Buat je la...weken ni...sy pun lama x buat apam dot2 tu...pun da stop ambik tmphan...leceh skrng ada bby ni...
Irfa said…
ASYIFA..
suka ke blog k.ita semata2 nak tgk gambar masakan ;)
gambar pun cantik2 sgt

resepi apam tu dh banyak kali print
tp buatnya tak jugak.huhu
Izwa Kamaruddin said…
betul...tak sanggup nak mkn!!
Unknown said…
comelnyer kekkkk.. nk makan kepala dia duluuuuu hehehe
isme_cv said…
Bile nak buat kek cokelat lagi??
Irfa said…
Mrs Eady..
sbb bila dah potong, nanti dah x cantik :)
Irfa said…
SIS SWEETIE..
hihi ;)
Irfa said…
AIN DIYANA..
ala..kesiann lah dia
makchaq said…
Makchaq sekeluarga pun tak suka kek sangat.. kalau birthday pun jarang beli kek..
tapi betui la.. cantik sangat kek tu.. sayang nak potong..
rostina76 said…
k.ita mmg gifted hand…..bagi je bentuk apa mesti menjadi dia buat. huhu!!!!kita telan air liur jelah ekk, nak buat & tempah pun xmampu
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

mmg comel betul kek tu.. klu akak pun syg nak potong..
Unknown said…
sebab tu aku sengaja buat kek deco tak cantik.. takut sayang nak makan.. wakakaka..
||aLeaSaRa|| said…
salam irfa...wah rindu nak singgah komen sini.sihat?

yelah makin kreatif kek2 la ni he3...mak2 budak bertambah rambang mata nak memilih ngeee....
sitiezahim said…
kak ita tu mmg cantik2 kan hasil dia.. mmg kagum giler.. hehe..
Dr K said…
fondant cake mmg cantik...unik..
wife saya selalu buat utk sales...kekadang rasa sayang nak jual...hahaha
happyichigo♥ said…
Kalu dira pun sayang nk makan kek yg cantik2 ni
Oh kak irfa tak suke makanan yg sweet sweet yek..
Bagus tu untuk kesihatan kn..
Kak irfa cume suke citer korea yang sweet sweet aje..
Ehehehehhe
t.a.t.a said…
Irfa, aku baca topik tu kan, aku ingat nama kek tu Kek Rasa Sayang. hahahaha. adoooo hai.
Mak Wardah said…
Ya allah boleh framekan n simpan
Cho Zila said…
kek dari azlitatu memang cantik2 belaka...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo  , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca   (sbb tu boleh baca bila free je)  . Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog' . Kalau ada sila abaikan. Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?) . Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kal...