Skip to main content

Tawa dan Tangis Yang Ke 13


Semalam ialah 18 NOV 2013
18 Nov antara tarikh 'istimewa' dalam diari hidup aku
selain dari tarikh lahir sendiri dan juga family 
kerana pada tarikh yang sama cuma berbeza tahun
(18-Nov-2000)
aku bergelar status kepada gelaran seorang 'isteri'

semalam tu bukan lupa, tapi tak ingat, hihi
2 hari sebelum memang ingat
tapi semalam, salam nak gi keje, dua-dua tak wish, huhu

dah tahun ke 13, takde makna nak sentap bila pasangan lupa tarikh istimewa
cakap je terus terang, no selindung-selindung
'awak, esok hari apa?'
jenuhlah member perah otak nak mengingat, hihi

setakat ni takde hadiah, takde kek, takde bunga
kendian la kita celebrate sambil makan2
cuma ucapan yang membuat air mata bergenang
(biarlah rahsia, kui kui kui)

untuk 'si dia' yang kekadang sekodeng blog ini 
'kita sayang awak selagi awak sayang kita'
Happy Anniversary ke 13
Moga rumahtangga yang dibina ini diberkati Allah 
dan kasih sayang sayang berpanjangan hingga ke syurga

# agak jiwang ini entri
jangan ada yang meloya ye
sesekali bagi lah aku can nak jiwang2 ek

(^_^)


Comments

Aisy Nasiha said…
Happy anniversary.. semoga kekal bahagia dan gembira hingga ke akhir hayat..
asyifamustaffa said…
Hepy anivesary...moga kekal hingga ke jannah....:-)
~adeQ~ said…
Selamat Hari ulangtahun !!!!
Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa. =)
Biarlah rahsia said…
salam irfa, beza birthday kita cuma sehari...k.bi hr ni..hehe..anyway slmt hr jadi dan happy anniversary..moga bertambah bahagia dr hari ke hari.
izawani said…
'kita sayang awak selagi awak sayang kita' .... dalam makna nih....
Ratu Hatiku said…
Alhamdulillah... Tahniah!!
Semoga hubungan itu kekal bahagia selamanya... Amin
sweetie said…
Semoga sentiasa bahagia bersama....
Acik Erna said…
Happy anniversary dik
semoga bahagia selamanya disamping 3 permata hati.
ucapan untuk sidia tu tak boleh pakai..hi hi..
Eeehhhh! Comelnya entri ni!!!!!!
sweetie said…
acik saya baru nak cakap... tapi takut irfa tersinggung! camna kalau "dia tu dah tak sayang lagi...hehehe... irfa maaf ya, saya gurau je...
paridah said…
happy birthday n happy anniversay, always be happy forever...
Irfa said…
SIS ERNA dan SIS SWEETIE
tq utk doa itu
ayat tu saya je yang paham ;)
Irfa said…
FARA..
macam comel je
macam cute je
hihi
Irfa said…
SIS SWEETIE..
Insya Allah
doa moga hanya cangkul dan tanah yang memisahkan
sweet tak?
Irfa said…
DEAR AISY NASIHA..
tq fr doa ;)
Irfa said…
DEAR ASYIFA..
terima kasih ;)
Irfa said…
NURSHI..
tq
doa akak utk awak jugak
Irfa said…
KAK BIE..
semalam anniversary je
bday saya bulan Feb :)
Irfa said…
SIS IZAWANI..
haha,macam pelik je ayat tu kan?
tapi itulah ayat yg mak saya selalu cakap ngan ayah saya
'10 kali demo saye kawe , 100 kali kawe saye demo'
( 10 kali awak sayang saya , 100 kali saya sayang awak)
jadi..ayat sebaliknya fikirlah sendiri
hahaha
Irfa said…
RatuHatiku..
tq fr doa
dengan izinNya moga bahagia hingga ke syurga ;)
Irfa said…
SIS PARIDAH,,
terima kasih kak
moga akak jugak di berkati dalam semua urusan
huda said…
hai..

blogwalking,
nice blog..

visiting me back
hudakassim.blogspot.com
:: CIKVIVA :: said…
happy anniversary kak & abelong..
pg la holiday berdua...we will take care the kiddos...hahahhhhh

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...