Skip to main content

Aku dan Denggi

Ini sudah menjadi sejarah, aku tulis sebagai salah satu cerita dalam hidup aku, sebagai kenangan dan tatapan akan datang. Agak membosankan, jadi kalau korang baca jangan menyesal ye.. hihi

Kisah aku kena denggi bulan lepas. Ia bermula selepas aku balik dari course di KelanaJaya 18/10/2013 (Jumaat). Balik dari course petang tu, aku rasa sangat penat dan sakit satu badan. Dia punya penat sampai aku terpaksa suruh en abe bawak anak2 dinner kat luar sebab tak larat nak masak, tapi aku tinggal kat rumah je sebab takde selera nak makan.

Malam tu macam nak nanges sebab rasa sakit satu badan, sentuh pun sakit, huhu. Makan ubat tahan sakit pun tahan sekejap je.

Sabtu Ahad aku menahan sakit, tak pegi klinik sebab aku ingatkan sakit pinggang biasa. Kalau sakit pinggang, klinik panel memang bagi ubat tahan sakit je, jadi aku ingat nak tunggu Isnin untuk ke Medical Centre dan dapatkan guarantee letter refer hospital. Konon nak dapat rawatan pakar je, malas nak gi klinik biasa setakat dapat pain killer.

2 hari menahan sakit, aku hanya mampu baring je. Makan minum semua tak lalu. Anak2 pepandai la urus diri sendiri masa en abe gi keje.

ISNIN (21/10/2013)
ke medical centre, doc kata aku demam. Tapi aku cakap 'saya tak demam, sakit pinggang je' ada hati tu nak lawan kata doctor. Doc suh aku berehat kat bilik rawatan dan masuk air sebotol, dalam hati sempat kutuk doktor 'pesal kena masuk air? aku bukan demam la. sakit pinggang je, tah hapa2 doc ni'

Doc bagi mc 1 hari (mintak 2 hari doc tak bagi, huhu). Balik dari medical centre, melepek jugak.. makan ubat ikut aturan pun takde apa yg berubah. Malam tu aku tak boleh tido, kejap2 terjaga.

Pagi SELASA(22/10/2013)

6.15 pagi aku bangun konon nak pegi keje (yelah, mc dapat 1 hari utk semalam je), masuk dalam bilik air, kepala rasa pening tetiba ............. sedar2 dengar suara cik abe panggil aku sambil tepuk pipi. Rupa2nya, en abe terbangun sebab terdengar benda jatuh. Sebenarnya aku terjatuh dalam bilik air dan terhantuk kepala (maybe kat pam tandas/dinding). Bersiap ala kadar, ke medical centre ambik GL dan sempat buat fisio seround.

Siap fisio, dapat mc 1 hari lagi, balik umah tido dengan harapan bila bangun nanti dah sihat.

RABU (23/10/2013)
Pegi keje kejap ada hal penting,pastu balik umah ambik baju sikit terus ke KPJ Seremban. Doc yang rawat aku tu suh check darah sebab katanya 'awak ni betul ke sakit pinggang? saya tengok awak macam demam, silap2 denggi kot' ambil darah dan result nya konfem denggi dengan bacaan platelet 60. Bilik semua penuh dan terpaksa menunggu di katil bilik kecemasan sampai lah jam 10 malam baru dapat bilik.

Bermalam lah aku sorang2 kat katil hospial sebab en abe kena uruskan anak2 kat rumah. Okey je sebab aku masih boleh bangun dan ke bilik air sendiri.

Esoknya (24/10/2013), ambik darah lagi .. platelet turun lagi ke angka 40
Lusanya (25/10/2013), platelet turun lagi ke angka 36

Aku dah rasa 1001 macam, takut mati rasanya paling banyak. Kepala dah terbayang bukan2.. dengar pulak cerita ada patient yang denggi sama masuk dengan aku dah meninggal. Organ semua dah tak berfungsi. Sapa tak takut dengar kan?

Ramai yang prihatin datang jenguk, bawak macam2. Ada 100 plus, buah kiwi, anggur yang kata bagus untuk denggi. Berbotol2 aku minum 100plus sampai tak larat nak ulang alik ke bilik air dengan sebelah ada jarum masuk air tu. Banyak sangat minum 100plus, penyakit lain pulak yang datang, sakit ulu hati macam gastrik sebab banyak minum air gas, makan pulak tak lalu, minum air gas dengan perut kosong.

Esoknya, kakak ex pengasuh masakkan sup ketam dan kak erna datang bawak jus jambu baru merah (red guava). Semua yang orang suruh makan/minum aku telan dengan harapan bacaan platelet naik, aku dah tak sabar nak balik rumah, kesian kat anak2. Kesian jugak pada en abe yang ulang alik ke spital. Cuti berhari2 untuk jaga aku.         


Tak tahu mana yang berkesan, esoknya 26/10/2013 (Sabtu) bacaan platelet naik kepada 90. Wah! happy rasanya macam nak peluk2 nurse yang ambik darah dan jugak doktor tu. Terima Kasih Allah. Doc kata, bila bacaan dah naik, Insya Allah akan terus naik. So jangan risau lagi, teruskan minum air sebanyak mungkin bagi keluar semua kuman jahat. Doc tahan 1 hari lagi, kalau naik lagi esok, aku dah boleh balik. 

Alhamdulillah, 27/10/2013(Ahad) platelet naik sampai 119 dan petangnya aku discharge. Nikmatnya dapat balik rumah Home Sweet Home gitu. Tapi aku masih belom ada selera makan, berderet senarai makanan yang terlintas kat kepala, tapi bila makanan depan mata, aku takde selera nak makan. huhu.

Dapat mc dari spital sampai 6/11/2013, seminggu lebih jugak melepak kat rumah, melayan sikenit main masak-masak. Kejap jadi doktor, kejap jadi cikgu. Layan jelah. Seronok dia bila umie tak work ye


Okey, sekian kisah aku dan denggi. Sebelum ini, bila sebut pasal nyamuk aedes, pasal denggi .. takde apa kesan pada aku. Bila dah terkena, tengok nyamuk pun rasa phobia. 

Pesan dari aku:

-Elakkan berada di luar rumah waktu senja (6-8 malam) dan waktu awal pagi 6-7 pagi) sebab waktu itu nyamuk aedes sedang cari mangsa.

-Jangan biarkan ada air bertakung yang menggalakkan nyamuk membiak.

-Orang kata 100 plus dan sup ketam baik utk demam denggi wpun doktor tak mengesahkannya, tapi ada orang bagitau 100plus dah kurang berkesan sebab kandungan isotonik tak mcm dulu lagi (lebih kurang la ayatnya) dan katanya lebih baik minum jus jambu batu merah (red guava) jenama yang bagus ialah GoFresh. wah, macam promo le pulak.

# taklalumakanseminggutapiberatmententakkurangsatugrampunapecer? 


Comments

Mak Wardah said…
Alhamdulillah dah sihat...Jaga diri ye Irfa
Mak Wardah said…
Alhamdulillah saya dah sembuh...Kelana Jaya tu kat mana? Dekat dah tu...
Unknown said…
ni mesti nyamuk kelana jaya ni.. hahaha..

alhamdulillah ko dah sembuh.. time2 gini sayu hati tgk suami yg bekerja keras menguruskan rumah tangga kan..hehehe..
asyifamustaffa said…
Alhamdulillah sihat dah kan....Mintak la sy dijauhkan...dah la x mkn ketam..nak suruh hirup sup dia..mmg x la...
Rumah Kuning said…
Alhamdulillah irfa dah sihat. Nikmatnya sihat....
Unknown said…
alhamdulillah irfa dah sihat..takut juga kan,masa sakit tu mesti fikir yg bukan2, klu akak pun sama la mcm tu jgk
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

memang sakit sangat badan bila demam denggi kan.. dengan takut yg bermacam2 lagi.. akak pun pernah kena demam denggi dan sampai skrg sangat fobia dengan demam denggi.. Semoga kita semua akan dijauhi dari demam denggi.. insyaAllah..
izawani said…
Takut... tapi syukur dah baik dan buleh bergelak ketawa semula... kalau tak... sunyi jer irfa tak ada...
Unknown said…
Alhamdulillah.. sakit itu tanda Allah sayang pada kita.. cuma rahsianya cuma DIA sahaja yg mengetahui..
paridah said…
bagus berkongsi info irfa ramai yg xtau betapa siksanya kena demam denggi ni kata yg dh alami badan rasa xbermaya lama juga n ambil masa utk sht segar...
Nieda said…
rupa2nya jambu batu merah juga penawar denggi ....baru tahu di sini. tq for info
happyichigo♥ said…
Alhamdulillah kak irfa dah sihat...mesti takut dan sedih masa di hospital mengingatkan suami dan anak2 kn..
Jari Manis said…
Kakak Erna?..ingatkan kawan JM ..namanya pun erna dari kapit sarawak ahaksss

kat opis ni pun dgr kabar sorang dari mak staff jfk kena denggi..bahaya kan..perlu lebih berhati2 dan follow tips yg irfa bagi tu...seram je dengar bila kena denggi ni
Dr K said…
Saya hairan, kenapa hari Isnin tu doktor tak buat blood test? Sebab masa tu awak dah tak sihat hari ke 3. Patut dah suspicious dengue, sebab dengue is so common. Okay, takpe la kalau Isnin tu tak buat test, yang the next day hari Selasa tu, awak dah siap jatuh tergolek pitam kat toilet, takkan doktor kat situ langsung takda effort nak buat blood test? Sebenarnya awak bernasib baik sebab awak dah terlewat sebenarnya masa 1st blood test dibuat, platelet dah jatuh teruk..

My advise..di Malaysia ni..
apa apa demam/sakit badan /tak selesa badan masuk 3 hari BERTURUT TURUT, terus request blood test...Ini mmg saya praktiskan pada patient2 saya...Sebab dengue too common like I said...

satu lagi, just nak share, MISCONCEPTION masyarakat ialah ' nak tunggu ada ruam ke tak'..
Kalau dah keluar ruam denggi tu, dah terlambat sebenarnya..platelet dah drop banyak
Irfa said…
DZ..
semua yang DZ tulis ni sama macam dok pakar di KPJ tu cakap
katanya 'sy pelik kenapa doc yg awak jumpa isnin tu x terus check darah.
awak dah lewat ni,memang awak bernasib baik sebab masih ok sampai hari ni'
mmg terkejut bila doc tu cakap macam tu

sbnrnya.. med center tu mmg ambil mudah je
bygkan saya dah jatuh baru nak buat surat ke hospital

doc pakar nasihatkan kalau demam terus je mintak check darah
jangan tunggu lagi

Zareda Norman said…
100 plus tu utk bg tenaga sbb bila platelet turun kita tak ada energy dlm badan. Apapyn Alhamdullillah dah sihat
sitiezahim said…
salam.. nasib baik dah ok.. mmmm bagus share tips guava tu.. insyaAllah berguna pada yang memerlukan nanti :D
dasyat juga kes macam ni...nasib baik dh sihat. baru tahu 100+ pn bgs jg utk demam denggi ni
https://comfortandblissfullife.wordpress.com
t.a.t.a said…
kita sebagai penduduk yang tiada medical background ni memang akan percaya pada kata-kata doktor. itu dulu, tapi sekarang semua perkara kita boleh argue kalau kita rasa ikut logik nya tidak masuk akal.

bagus kau share story ni kat sini Irfa. at least pada mereka (termasuk aku) yang belum pernah kena denggi, kena ambil tahu untuk reference masa akan datang.

thanks irfa.
eija_sweetmama said…
itulah seksanya demam denggi ni w/pun sy x pernah kena lagi, tp pernah tgk kawan2 yg kena demam denggi mmg bdn letih sgt.., alhamdullillah dh kembali sihat..
Mulan said…
alhamdulillah dah sembuh...

tq tq tq for the info semua tu.. ingat kan 100plus ok lagi.. dah kurang berkesan rupanya..
hh said…
alhamdulillah... irfa dah sihat.tq sbb share story ni.. mmg berguna sangat. Harap2 kita semua dijauhkan daripada demam denggi ni.. aminn
Zaitun said…
Kak Zai belum pernah lagi terkena tapi selalu juga melawat saudara mara dan kawan2.

Alhamdulillah dah sihat semula.
HeNRieTTa JoSe said…
moga sembuh sepenuhnye....rietta pown dlu mnum 100 plus...tpi sket jerr la...biarkan gas hilang bru mnu...ketam kita men rebus dan ratah jerr....xlarat nak masak sup...
Aisy Nasiha said…
Lama juga irfa kena demam ni.dah ada pengalaman ni baru tahu nak ceritakan apa yg dirasakan masa tu ye.. terima kasih atas ingatan ni, boleh dimanfaatkan agar elak dapat demam yg sama.

Alhamdulillah irfa ada ramai di sisi yang ambil berat semasa ifra sakit.. alhamdulillah...
Irfa said…
TATA..
betul tu, apa doc kata bagus.. terima je bulat2
mcm jugak imunisasi utk anak2.. doc kata kena cucuk, tadah jelah
tak berani nak kata 'taknak/takboleh'
tp skrg kita banyak sumber untuk tahu apa yg bagus dan tak bagus

eh, nape aku xleh komen blog ko ye?
mmg kena daftar wordpress pulak ke?
huhu
Irfa said…
MULAN..
alhamdulillah..umur masih panjang lagi
100 plus tu mgkin x berkesan utk saya tp berkesan utk org lain kot
berhari2 minum 100plus xnaik pun bacaan platelet
tp lepas minum red guava jus dn sup ketam tu dgn izin Allah menjadi pulak
#jgnlah 100plus saman saya lak nanti.hehe
Irfa said…
NUR HONEY..
btul tu, bila dah kena mmg doa sgt jgn kena kat org2 yg sy sayang
wakgelas said…
laar siannyerr.,uHHUuu
Aisyah said…
irfa, antara petanda tekena denggi..demam berulang plg kuat sebelah petang nak ke malam, sendi2 cam lutut lenguh bebenor, kepale sakit, setiap kali biji mata kalih kiri kanan terasa kesat..semacam ada pasir..
:: CIKVIVA :: said…
Alhamdulillah semuanya selamat...
||aLeaSaRa|| said…
kak lea pernah sekali kena denggi 3 thn lps.mak masakkan sup ketam.kak lea minum 100+ campur air putih dan jus manggis peel fresh.owh jus jambu batu merah pun ok ye?dah keluar hospital pun masih sengal lagi badan2,kan hukhuk

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...