Skip to main content

Back To School

Hai korang, keje ke? Ingat sambung cuti sampai Rabu, hihi
(cuti tahunan dah tinggal 0.5, so bekerja lah kami sebelum kami di kerjakan)

Okey, ni kisah anak-anak nak masuk sekolah, 'BackToSchool' kata orang kampung aku. Orang lain dah siap lama dah, aku je baru heges-heges, hihi. Kami memang gitu setiap tahun, bak kata enAbe 'apa susah, esok nak sekolah ..  hari ni pun sempat pegi beli'. *huhu, nanges dalam hati* Ingat senang ke buat keje last minute, berpeluh aku dalam supermarket tu memilih kain baju sekolah anak2. Sib baik masih ada size. Dahlah semuanya mahal, zaman aku dulu uniform sekolah anak-anak perempuan, mak jahit sendiri. Anak lelaki je yang kena beli.

Aku tak beli semua baru pun, beli yang mana penting je dulu. Tapi uniform kakak konfem semua baru sebab dah tukar kain biru gelap kepada kain biru terang (huhu, makcik dah tua, anak dah masuk sekolah menengah). Walaupun abam menten masih sekolah rendah tapi bila try balik uniform yang lepas, semua dah senteng dan ketat, acaner? Kasut yang beli sebulan sebelum tutup sekolah tu hari pun dah ketat. Bayangkan, setahun dia tukar kasut 4 kali. Semua koyak, tak tahulah dia sepak apa kat sekolah. Sekejapan sungguh diorang membesar, kaki abam dah sama besar ngan kaki umie, lepas bersunat ni makin membesar bagai Johan lah dia .. kejap lagi suara pun kasi tukar kot, hihi # belum baik betul lagi wpun dah boleh pakai seluar. Harap sembuh sepenuhnya sebelum buka sekolah.

Tadi cikgu sekolah lama kakak (masa sekolah rendah di kampung) call aku, bagitau kakak dapat tawaran sekolah menengah kawalan di sana, tapi entahlah .. kakak memang dah taknak sekolah di kampung lagi. Sekali fikir, sekolah mana2 pun sama. yang penting belajar.

Ops, itu baru bab baju sekolah, belum bab beli buku lagi, sib baik cuti x-mas ni koperasi sekolah bukak. Sempatlah kot cilok kejap pegi beli buku.

Sekian kisah anak-anak nak masuk sekolah # $$ bukan lagi mengalir laju tapi terjun tiruk umpama air terjun Niagara. Itu baru 2 anak yang bersekolah, kalau 4,5,6 ? bayangkan macam mana? 


Comments

t.a.t.a said…
irfa, 0.5 tu berapa hari eh?
Qashmere said…
Dah nak masuk sekolah ni. Banyak nak pakai duit kan...Heheh
Irfa said…
TATA,..
dlm sistem tulis baki cuti 0.5
bermakna 1/2 hari jelah baki yg tinggal
aku ingat nk carry forward cuti tu ke tahun 2014
hihi
t.a.t.a said…
carry forward jangan tak carry forward. tahun depan pun buat yang sama. tapi up la sket jadi 1hari ke. hahaha
Adoi! Ngeri lak aku baca alkisah beli brg2 sekolah anak ni beb. Tak lama g, turn aku la tu. Sobs...sobs...
Nieda Ramly said…
hai ....anak nak sekolah kena siap RM cukup2
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

akak pun nanges klu nak beli last minit.. itu yang beli juga sikit-sikit sebelum buka sekolah.. mmg banyak kan belanja anak nak buka sekolah ni.. mmg kena tarik nafas pelan2 biar tak semput he..he..
Miss Brenito said…
wua.. berapa umuq cik happy irfa ni? anak dah masuk sek menengah dah.. ku ingat masih 20an.. malooooooo
Irfa said…
huhu.. mood bertahan ni .harap xde apa2 kecemasan berlaku dalam bulan December ini. tak mahu ter ambik cuti lebih, nanti potong gaji
Irfa said…
QASHMERE..
segalanya duit zaman ini
bila tgk persiapan anak2 ni, teringat macam mana dulu ayah sorang je bekerja
menanggung persekolahan kami adik beradik
Irfa said…
FARA..
jangan risau, sampai turn ko nanti :)
sebaya ngan kenit aku kan?
dah hantar tadika ke?
Irfa said…
NIEDA RAMLY..
haha..duit belanja pepagi, kena sediakan duit kecik siap2
adakah tahun depan kena bagi duit belanja lebih sebab sume barang naik rega?
* nanges dalam hati sekali lagi*
Irfa said…
KAK HANIS AZLA..
nanges kuar duit satu hal
nanges pilih size pun satu hal..berjam2 mencari size yg betul2 sesuai
dahlah ramai orang..huhu
Irfa said…
MISS BRENITO..
20 an?
ye betul sesangat, kak ton muda lagi tau
bulan ni baru 34, bulan Feb depan naik satu angka lagi jadi 35, hahaha
beza umur saya ngan anak sulung ialah 22 tahun ;)
ZieMarziah said…
bestnya anak dah masuk sek menengah..dah besar panjang..boleh jadi denga dengan mak hehehe
paridah said…
cik irfa ni msh muda belia tp anak dh menengah rendah itulah rezki kan irfa...ya. irfa dh baca entry kak tulis tntg blog irfa...baca tau n jgn lupa tulis adres irfa...adres ofis pun xpa. r pm kak kat fb....
Unknown said…
cuti aku ada 3.5hari lagi.. nak guna sehari utk hantar aqil sekolah hari pertama 2hb tu pun macam nak gaduh ngan bos.. kalau aku kata nak habiskan jugak cuti tu dalam tahun ni sambil hentak2 kaki.. silap silap gaduh bertumbuk agaknya ngan bos.. haha..

mahal kan baju budak zaman sekarang.. cepat abang besar.. sampai koyak kasut.. jadik hulk apa kat sekolah..hehehe..

insya allah.. nanti aku pos kimchi.. tapi postage skang dah flat rate rm9 utk sebungkus.. minggu lepas suami aku kata begitu..nanti dah pos aku bagitau la kat ko..sbb stok kimchi pun da tinggal sipi sipi.. kalau tak kena tunggu buat batch baru weekend ni..
bangsawan nilai said…
masa nak bayor, nanges tu tidak la, tapi bergenang jugak la air mata hahaha.
ambek sepasang seluar check calculator, ambik baju keluar check calculator....control bajet weh....
msredcheesecake said…
takpe... belanja tuk ank tu kira sedekah, besar ganjarannya
Irfa said…
ZIE MARZIAH..
hehe, mmg dah boleh jd geng gossip
kemaen kalau tgk drama korea.. sengeh sorang2,anak dara sgt katanya
Irfa said…
KAK PARIDAH..
sy baca msge tu tapi rasanya takde fren dlm fb kot
nak komen kat blog akak,,.nnti komen tu orang lain baca,huhu
Irfa said…
RAI..
sian ko, nak ambik cuti sndiri pun boleh bergaduh ye
belom lagi ko mintak cuti dia.hihi

mmg mahal.. selai smpai rm29. belom lagi seluar.sepasang dah dekat seratus
so beli spasang je ganti yg tahun lepas, nanti lah beli lagi bila ada bajet

mahalnya pos, bukan rm6 ke?
tggu next batch la,,aku nak yang baru buat,hihi
Irfa said…
MSREDCHEESECAKE..
saja nak citer, bukan serius pun
utk anak2 kira sedekah ke?
bukan tanggungajawab ke?
hihi
Irfa said…
BN..
ayat nanges tu drama je lah yg lebih
yang bayar apaknya, aku tukang pilih je
hahaha
ko bapak kan?mmg kenalah sgt pakai kalkulator tu
eh! kalkulator kat dlm list barangan sekolah tu mahal kan?
aku beli kat kedai buku je,hihi
Aisy Nasiha said…
Dilema ibu yang ada anak bersekolah kan.. dahla benda lain pun beratur naik harganya.. sabar sahajalah banyak2.. semoga semuanya berjalan lancar.. kita ssediakan yg terbaik utk anak ni semoga anak pun akan jadi anak yg soleh n pintar nanti.

Ada kesan jadi berselera makan selepas bersunat ye? Ilmu baru ni...saya rasa nak sekalikan je dua beradik tu bersunat nanti. Baru senang mamanya nak jaga..
sweetie said…
Masa anak-anak tengah membesar dan bersekolah ni orang kata 'tengah mendaki/memanjat' 'tercungap2 nak menyediakan semuanya... tambah2 lagi barang2 sume mahal skrg...
Aisyah said…
haha..boleh tahan kelakor jg irfa ni...
Irfa said…
AISY..
tak pasti lah lepas bersunat makin selera makan, Tapi si hero ni mmg kuat makan, cuma badan je tak gemuk, mungkin sebab dia ni jenis tak duk diam, cepat je lemak terbakar, hihi
Irfa said…
SIS SWEETIE..
ni mmg zaman kami membesarkan anak.besok semua dah besar macam anak2 sis, mungkin sy akan rindu waktu ni. Bila baca balik entri ni 10 tahu lagi, ia akan jadi kenangan yg manis
Irfa said…
SIS ARISHA HOON..
kelakar? belom jumpa belom tahu
dulu ada niat nak masuk raja lawak, tp sampai turn saya, borang dah habis
# melawak je

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...