Skip to main content

ByeBye 2013, Welcome 2014 dengan AZAM Baru

Hari ini 31 DEC
hari terakhir untuk tahun 2013
manis + pahit + masam semua ada
tawa ria dan airmata bergabung membentuk warna2 kehidupan 



sebagai penulis diari tegar
wajib tulis, kalau tak tulis .. ada rasa kekosongan dalam jiwaku
'kosong .. kosong' bak lagu Najwa Latif
si merah telah mencatat sejarah lalu 2013
si biru Insha Allah, semoga yang manis2 akan tercatit dilaman kosong 2014 itu
seperti biasa, azam baru dah tersenarai
tapi ada satu azam kena renew yang tahun lepas punya
yang tak kesampaian
takyah nak senyum2 ye kengkawan
doakan moga aku berjaya dan dikuatkan semangat, hihi

ops, tadi aku dah gi ambik darah 
(posa start jam 10 malam tadi)
doc kata result keluar next week
harap2 keputusannya tidak membuatkan darah naik, hihi

kopi pasta dari blog Kevin Zahri 



Dear fren yang rajin singgah baca
sesekali mengomen disini
TQ banyak2
maaf kalau selama berceloteh, ada yang terasa hati

Jumpa lagi tahun depan
sayang korang

(^_-)


Comments

Kamsiah yusoff said…
semoga th baru membawa lbh kebahagiaan dan kejayaan utk kita semua..sempga ada 'barang' yg turun harganya hehe
NinaAz said…
good luck kakkkk.. selamat tahun baru 2014!
Unknown said…
selamat tahun baru.. kimchi ko dah pos tadi..tahun depan baru sampai.. haha..
emarieys said…
selamat tahun baru irfa
Aisyah said…
irfa..wahh! kiter sama2 renew dan renew azam yg ni..haha..insyaAllah..jomm...akak start esok..haha..berape byk esok dah..
Selamat tahun baru kak wani. Jumpa lagi tahun depan
Selamat Tahun Baru 2014 Happy Irfa! Semoga azam yang belum tercapai tu ,tercapai hendakya. Amiin.
Ana Jingga said…
selamat tahun baru 2014 Irfa..may happy2 alwayssss...
Unknown said…
Azam yang bagus untuk kurangkn berat badan...
t.a.t.a said…
Irfa, aku tahu semua tips tu sebab aku pun join dia jugak, tapi aku tak buat sepenuhnya. Hu hu. Tu pasal badan aku masih maintain jugak.

Selamat tahun baru Irfa.
happyichigo♥ said…
Selamat tahun baru kak
:: CIKVIVA :: said…
sila beli buku panduan Kevin Zahri tu.....heheh
MOKCIK AZWA said…
Makan nasi dengan tak makan nasi pun tetap menten badan tembam..so mokcik teruskan makan hehehe..

Salam tahun baru 2014 Irfa..
Zaitun said…
Selamat tahun baru buat irfa. Semoga azam baru dapat dilaksanakan.
Mak Wardah said…
Letih dah akk berazam nak kurus2 tapi tak kurus2 jugak
QasehnyaRania said…
selamat thn baru irfa..

sama la dgn ciksu. ciksu pakai masker, pastu kuar jerawat bila kluar susah pulak nak hilang parutnya. haishh.. cuba la yg trial pack dulu.. tpi bg ciksu baik irfa beli 30 sachet terus
zino said…
selamat tahun baru....
||aLeaSaRa|| said…
HNY irfa.kak lea pulak berazam nak tambahkan lagi berat badan,meh pos lemak guna skynet kat kak lea he3...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...