Skip to main content

Masa Kita Dan Anak2

Terlintas nak tulis pasal ni bila baca BlogOurkizuna, kalau rajin, baca situ dulu baru korang paham apa yang aku nak tulis.

Dalam 24 jam sehari, berapa lama sebenarnya masa kita dengan anak? Contoh aku sendiri:

Isnin - Jumaat (hari bekerja)
7.20 pagi dah keluar rumah, sampai rumah jam 6.20 petang.
Ambik anak kat rumah pengasuh, balik umah, masak untuk dinner, ajar anak ngaji
Lepas Isya tengok tv kejap.
Pung pang pung pang 10.30@11 malam anak2 dah tido

Sabtu Ahad
- kalau takde xtvt, duk lah umah sepanjang hari dari pagi sampai malam
- kalau en abe cuti, keluar makan2 kat luar @ balik jenguk mil n fil kat Cheras
- kalau en abe keje, dan CV sudi bawak jalan, kami keluar cuci mata kat shopping mall terdekat, hihi

Itu rutin aku, korang pun rasanya lebih kurang je kot.

TAPI, dalam sabtu ahad tu wpun ada kat rumah bersama anak2, banyak lagi mende lain nak buat. Basuh kain, kemas umah itu ini begitu begini. Berapa lama sebenarnya yang kita betul mengadap anak? dengar luahan hati diorang? dengar diorang bercerita tentang xtvt mereka selama masa kita bekerja? Macam sikenit aku tu, ada ke benda dia nak citer bila ambik dari rumah pengasuh.

Permulaan ayat dia selalunya macam ni:

'tadikan, kita bla bla bla'
'tadi kawan2 kita kan, bla bla bla (padahal kawan dia dirumah pengasuh cuma seorang, tapi tetap guna perkataan 'kawan2 kita' macam le ramai, hihi)

Ada orang, layan anak ala kadar, anak bercerita sepuluh kali pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak bagi perhatian pun pada cerita si anak. Besok bila anak dah besar, anak buat kita macam tu, macam mana rasanya ye? rasa oren kah @ epal kah?

Sebagai manusia biasa, bila kita penat, cepat je nak marah. Mau tidak, kemas menan diorang ke ada kot 16 kali, kalau kemas pun tetap tak sempurna di mata kita. Peringatan untuk aku 'bila nak marah, ingatlah. Mereka akan membesar, sampai masanya .. mereka akan buat hal sendiri.

Macam kata kawan aku tu 'Masa anak sedang membesar, itulah masa untuk kita dan dia. Bila dia dah besar.. diorang dah ada jalan diorang sendiri.. Masa tu, kalau kita nak pun, kita dah susah untuk main dengan diorang lagi... hehe'..


Fikir2kan dan selamat beramal


Comments

NinaAz said…
kan best kalau dpt lihat anak membesar 24jam depan mata :(
Unknown said…
kan..aku ni dah la garang..kadang2 diorang mintak air masa aku tido pun aku rasa nak marah.. sbb penat kononnya..tapi bila pk balik.. tanggungjawab aku kat diorang.. bukan lama pun.. beberapa tahun ni je.. dah besar nanti diorang pun tak harap kat kita.. so aku belajar nak meluang masa ngan diorang.. cuba kawal sikit marah.. still.. kadang2 hilang sabo gak..huhu..
shida said…
alamak kak... terasa la pasal entry ni... smlm cda kena dengan asben bila cda marah anak sbb anak buat tak tahu je cda tanya dia.. sambil2 dia dok main henset. Asben kata... ermm dah mak dia pun sama... kadang2 anakpanggil 2 -3 kali dok ralit check fb lagik.. huhuhu
NenetPenne (NP) said…
betul2..bila dah besar, masing2 ada hal..masing2 masuk bilik masing2 layan games...dah tinggal kita terkontang kanting kat luar..jadi bila time depa kecik, depa tak nak berenggang dengan kita (ikut keadaan), biarkan jelah...
Irfa said…
SHIDA..
hehe, takyah terasa sgt
sbb akak pun sama
duk layan wsap/we chat..anak kena ulang citer dua tiga kali.huhu
Ratu Hatiku said…
Lbh kurang je rutin tu..uhuhu.. Bilalah blh benti keje nak jadi surirumah sepenuh masa uhuhuhu
Irfa said…
RAI..
aku pun garang
tak caya cer tanya anak2 aku.diorang akan pilih ayah sebab ayah dia lagi sabar layan anak
dengan aku? air tumpah pun kena marah
penat weh asik keje mngemas je, baru nak baring kena buat itu ini
bila diorang tido, baru aku rasa kesian sebab marah diorang
huhu
Irfa said…
NINA AZ..
dunia serba serbi pakai $$ ni tak mengizinkan hanya ketua keluarga saja bekerja
itulah hakikat kita kena terima
# teringin nak ada gaji, kerja dari rumah,huhu
bilakah kesampaian
paridah said…
KITA KAN RINDUI SAAT KITA MEMBELAI N MENCINTAI ANAK2 TIKA MRK KECIL SETELAH MASA BERLALU N MENDEWASAKAN MRK...PENYESALAN AKAN DATANG JIKA TERASA KITA PERNAH MENGABAIKAN MRK....
msredcheesecake said…
itulah sebabnya saya nak sgt berhenti kerja dan fokus jaga anak2 je... tapi setakat ini belum mampu lagi....rugi kalau masa dh berlalu takleh ulang balik...
Kak... bayangkan saya yang rumah jauh ni.... lagila terasa...
kerja di sini buat saya feel demotivate...
kadar stress saya meningkat.
tua di jalanan
t.a.t.a said…
Sejak ada budak kecil kat rumah ni aku dah pandai ajar diri jadi sabar. Aku dah pandai control temper aku. Aku set kat minda dengan budak kecil dengan orang tua kita kena sabar. Aku belajar didik budak kecil so that once I have my own aku dah tahu macam mana nak didik dia pulak.
Zareda Norman said…
Antara kuakiti time dan kuantiti time.. mana yg pntg? Kak zar nampak kqlau kita cemerlang di rumah in shaa allah cemerlanglah kerjaya. Jangan susqh hati kalau x boleh jd surirumah seownuh masa. Usahakan yg terbaik ikut cara kita. Solat jangan ringgal dan doa jangan putus
QasehnyaRania said…
tersepit kan.
sbb tu ramai yg bekerjaya pilih berniaga online atau bisnes sndiri yg mana boleh pantau anak di depan mata.

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...