Skip to main content

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part 2

Sambungan kisah semalam

Sesampainya dari kampung dah jam 12 malam, so terus je tido umah mil. Esoknya pepagi, kami kuar terus ke Seremban. Main agak2 je ingat urusan tukar sekolah tu kat JPN Somban, rupanya salah. Kami kena rujuk ke PPD Somban bukan JPN, huhu. For info, JPN kat Bandar Seremban dan PPD pulak di Ampangan. Tak jauh pun, tapi berpusing jugakla mencarinya .. Urusan tak sampai 10 minit sebab tak ramai orang.

For Info:
Dokumen yang diperlukan untuk urusan tukar sekolah ialah:
- salinan surat beranak/salinan ic pelajar
- salinan ic ibubapa
- salinan surat nikah ibubapa
- slip keputusan Upsr
- surat pertukaran sekolah dari sekolah lama
- bagitau sekolah pilihan yang kita nak tukar
(rasanya itu je kot)

Pegawai berkenaan bagitau, keputusan dalam masa 2 minggu dari tarikh hantar permohonan. Harap kakak dapat sekolah yang aku pilih tu. Pegawai jugak kata, andaikata dia dapat tawaran dari Sekolah Kawalan, kena buat urusan tukar sekolah sekali lagi, Insya Allah .. ada rezki adalah. Bila di tanya kakak, dia nak duk rumah. Taknak duk asrama, aku pun malas nak paksa .. tengok jelah nanti.

Sekarang dia dah syok main ngan adik2. Ada hari tu sampai jam 12 malam pun masih selamba je 3 beradik tu main, tak ingat nak tido. Ada je modal nak main ... sian pulak kalau dia kena duk asrama

Okey itu je kisah nak share. Kalau aku tak apdet blog, nanti ada yang tanya 'bz ker? blog tak apdet pun hari ni' hihi. Emm siapakah? lalalalalala ....


Comments

Unknown said…
anak2 kak yus pun cuti2 ni tak reti nak tidur awal irfa. 4 beradik tu, pukul 12 pun masih segar bugar....huhu, Amani yg kecik je tidur awal...:)
Unknown said…
dah lama tak dapat nak main sama sama lama kan..seronok la diorang kakak dah balik..
Acik Erna said…
dik..masa bagi tau abang jalal..dia kata..mana ada pi jpn..pi ppd tak jauh dari sekolah aimi tu dia kata..akak kata..wani kata..jpn la..h hi..netul la kata dia..sebab dia yang uuruskan pertukaran aimi dulu..2 kali kan...dia buat pertukaran
Unknown said…
seronok dapat main dgn adik2 kan...semoga segala urusan dipermudahkan
Unknown said…
Semoga dipermudahkan segala urusan.. insya'Allah..
izawani said…
Alamak... sama la anak anak kita... semua pakat tidor lambat. Mak pak jer tidor awal... siap kunci pintu plak... hahaha (tak sabar tunggu anak tidor lambat sangat !)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...