Skip to main content

RM15..menu macam-macam ada


hai korang..
dah jumaat hari ni yer,esok Sabtu..lusa Ahad (macamlah orang lain takde kalendar.hehe)

malam tadi kami beraya umah makcik kat Seksyen 18,Shah Alam.lepas berbuka dan solat Magrib baru kuar umah.sampai umah makcik elok2 jam 8.45 malam...perkataan pertama dari mulut makcik bila nampak muka aku dimuka pintu

'hah.anak sedara bertuah aku ni.setahun sekali nak nampak muka pun susah.kemain jauh rasanya'

hehe..aku sengih je sebab tahu salah sendiri.dijamu mee goreng dan borak pung-pang pung-pang
tengok2 jam dah kul 10.00 malam..mintak diri.dalam perjalanan balik hujan lebat.sekarang kalau hujan je aku mesti risau takut banjir kilat


dan pagi ni kelewatan..huhu.mana tidaknya,melayan drama korea sampai jam 2pagi tu sapa suruh?tapi aku rasa sebelum tido dah set alarm tapi aku tak dengar pun alarm bunyi.konpius jap..betul ke aku dah set @ aku set dalam mimpi je?

Hari ni ada makan-makan raya internal punya.bayar rm15 buleh makan nasi tomato,laksa johor,lemang,sate ayam/daging,nasi himpit + kuah kacang.cheese cake,kuih raya juga ada (belen dari rumah sapa agaknya tu ye).tapi daku sedikit kecewa bila tiada dasi dagang seperti yang dikatakan sebelum ni agaknya menu kensel last minute cuma aku je yang tak tahu

takpelah,nanti aku beli sendiri je kat kedai akak kelate tu.nasi dagang dia sedap..nanti buleh mintak extra cili.hehe

sabtu ada 3 undangan open house

1-jiran suh datang bersarapan pagi dirumahnya.dia pilih pagi sebab tahu malam mesti orang lain ada agenda sendiri.

2-ex opis lama ajak semua staff yang dah berenti keje dan bertukar ke dept lain berkumpul bersama sebab ramai yang dah lost contact..majlis mula 8.00 malam.

3-ada blogger katanya nak dtg umah aku dan kami akan beraya ke umah blogger sorang lagi

kalau aku hadirkan diri semua majlis tu..kira kover sarapan.lunch dan dinner sekali.mana nak sumbat ni?

ahad pun ada 2 undangan

1-majlis aqigah oleh kawan yang pernah sama-sama gi umrah dulu.open house digabung dengan majlis aqiqah

2-open house kawan opis lama jugak..nun di Gombak.mak ai,jauhnya rasa

tapi..................

tak tahu yang mana aku akan pegi sebab en abe keje shift petang,adik-adik pun ada hal masing-masing.macam kata adik aku,CikViva 'orang pun ada life la' (kami adik beradik tak ber 'aku-engkau' sebab dari kecik dah biasa bahasakan diri sebagai 'orang'.memanglah orang,bukan kartun.hehe

undangan memang banyak,tapi silap haribulan duk umah je layan tv sambil makan kerepek :)

okey...daaaaaaaaaa

Comments

Lady Windsor said…
wahhh jenuh nak pergi open house ya..habisla ranap diet dia tu...hikhikhik...saja nak menakutkan Irfa..
azieazah said…
Wahhh bestnya dapat banyak undangan camtuh. Gerenti gantung kuali. Kalu sempat apa salahnya penuhi semua jemputan. Tak larat makan, sila mintak tapau. Heh heh heh!
HeNRieTTa JoSe said…
Byknye jmputan hjg minggu...rietta hujung minggu cuma ada jemputan kerja xberbayar, sbb kawan minta tolong cover dorg.....sbb dorg xcukup kakitangan....
Unknown said…
eh eh..siapa blogger tu tu..mesti comel kan..kahkahkah..

semalam sejuk semacam..tapi tak hujan kat rumah aku..tapi tak hujan pun aku rasa sejuk je malam2 skang ni..

eh aku pun bahasakan diri "orang" dengan adik badik aku..kengkadang je ngada2 guna "kita" hahaha..
ZieMarziah said…
banyaknya jemputan..ok la leh gantung periuk kuali hehehe
NenetPenne (NP) said…
i pun kadang2 guna perkataan orang jugak...
eh u, tak leh drive ke apa? jangan maree tau..kita tanya jer... :)
bangsawan nilai said…
kalau ikutkan mmg nk penuhi semua jemputan. tp tgk gak jarak dan masa. kalau bnyk jemputan maknanya org ingat & sayang kat kita....he he
Kakzakie Purvit said…
Senang kata cuti Cuti je tak payah masak sebab dari pagi sampai malam dah ada menu khas utk di makan. Tadah perut jelah:)
Aidah said…
Wiken ni Irfa bolehlah hantar servis dapur sebab tak payah masak. Hihihi. Seronoknya dapat banyak undangan. Rezeki tu, dik. Alhamdulillah.
pB said…
tahun ni , tak dok orghe jemput kak pB open house.
Sedih nyor ....

Dalae hati , 'aku ni tak dok saing kor?"
Peh! Syok nih! Open house sane sini!
emarieys said…
selagi belum habis syawal..selagi tu ada open house..pejabat ema pun hari rabu depan
Zareda Norman said…
Tak larat nak makan jamuan raya dah.. Sana sini.. Sampai nak jemput org mai rumah pun tak tahu bila.. Agaknya lepas raya masih ada lagi jemputan raya sana sini kan.. :-)
dee said…
makan je la agenda raya2 ni irfa.aku je duk melangok tgk lauk sedap2.btw hari ni dah 38 hari pantang..huhuhu
Leney said…
Orang jemput kenalah pergi. Makan sikit-sikit. Rezeki jgn ditolak. :)
Ahaksss tahun ni hanya ada 2 undangan je, yang lain sibuk2 sendiri tanya tak buat open house ke..? Anyway, semuga jaga pemakanan agar habis raya sebulan nnt kena diet pulak sbb berat naik...
Salam santai
zino said…
tahun ni satu openhouse pun tak sempat nak pegi..
ada je halangan nya..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...