Skip to main content

1 Liter untuk setiap 25kg.Benarkah?



salam hari jumaat

cuaca sejuk..malam tadi hujan
rasa malas je nak bangun pagi tadi
tapi dah jumaat pun
datang jelah keje
sabtu,ahad dan isnin cuti(ganti hari 1Malaysia-16Sept)

kalaulah kampungku di Melaka,boleh jugak balik kampung
malam tadi tiba-tiba teringatkan kakak
memang setiap hari ingat dia
tapi malam tadi lebih terasa rindunya
bila kakak call nak ucap selamat malam
rasa nak menitik airmata
huhu

hati
bersabarlah kau
insya Allah,AidilAdha nanti boleh balik jenguk kakak

apa citer hari ni?
takde cerita apa pun

masuk opis perkata pertama aku buat ialah
isi air dalam botol ni 



ini botol air aku
beli last week kat Aeon Somban2
rm13.90 kalau tak silap
boleh isi 2 liter air

korang suka minum air masak?
dulu aku tak suka minum air masak
nak abiskan segelas satu hari pun susah
tu pasal selalu sembelit(malu)

tapi bila umur dah meningkat 
baru tahu pentingnya minum air
ada orang kata sekurang2nya 8 gelas sehari
tapi yang terbaru aku baca
1 liter untuk setiap 25kg

contohnya:

kalau berat badan 75 kg
maknanya kena minum 3 liter

kalau berat badan 50kg
kena minum 2 liter

emm nampak gaya aku kena minum 2liter lebih la..
hehe

2 liter kat opis
balik umah lagi 1/2 liter
pastu ulang alik jumpa enTan setiap 15minit
hahaha


Comments

Unknown said…
sikit je la aku kena minum kalau gitu.. hahaha..

aku rasa basic kot..tengok aktiviti dan jenis kerja jugak..tapi at best minum la 2liter plus..

kalau tak biasa tu mula2 memang rajin nak ke tan..tapi bila badan da sesuaikan diri ok je..
ZieMarziah said…
oo yeke..kalau cam2 sy kena minum 2 liter la ye..banyak gak 2 memang keje melawat en.tan je la hahaha
Anonymous said…
mmg bagus minum air suam byk2 tpi yg x tahan tu asyik nak ke T jelah lagi2 aircon kat office KA nitahap maksimum sebab penuh ngan mat2 saleh hehehe
Kakzakie Purvit said…
Walau entri santai tapi info ini baguslah Irfa. Kakak baru tahu. SO kakak pun kena 2 liter lebih sikit jugalah...

Thanks for the info.
Zareda Norman said…
bagus minum air masak.. Tp tak besnya asyik berulang ajelah.. Kak zar byk minum air masak kat rumah.. Kat ofis susah nak bukak korset sumer.. Hehehe
:: CIKVIVA :: said…
sehari kite minum air 1000ml, itu kat opis je lum masuk minum kt umah..
Ati Masrif said…
kampung di mana tu...jauh sgt ke?

bagus juga kalau ada botol 2 or 3 ltr
baru tahu kita dah minum banyak mana kan :)


p/s: nape kita try masuk dlm Rai tu ...asyik masuk dlm google crom..tak de blog ke dia? :)
HeNRieTTa JoSe said…
haah...rietta pown pernah dgr cmtu...rietta kna minum 2.5 litter....xlarat nak abis kan....huhuhu....
Irfa said…
@RAI..
aku rasa ko perlu minum 1 liter setengah je kot.hehe.mula2 mmg tak larat nak ulang ke tandas tapi dah lama boleh ejas

@SHAHZEE..
2 liter?oh maknanya berat awak 50kg jelah.banyak ringan ye..hehe

@KA..
mmg pun.dahlah banyak minum,ekon la sejuk..kalau tandas jauh lagilah siksa.usung meja pindah duk depan tandas la senang ;)

@KAK ZAKIE..
berat kita sama ke?saya pun 2liter lebih sikit tp dah hampir nak masuk 3 liter.huhu

@KAK ZAR..
saya pulak terbalik..kat opis saya igt nak minum sbb botol mmg depan mata,atas meja je.kalau kat umah susah sikit sbb asik lupa je.pakai corset mmg bercinta sikitlah nak buka kalau asik jumpa en tan ;)

@CIKVIVA..
adakah botol 1000ml je?kena beli botol lain la tu

@ATI..
kg kita kat klate nun.naik keta 6 jam,naik flight 55 minit.hehe,blog rai okey je saya masuk..betul ke url tu?

@RIETTA..
mula2 mmg siksa sikit.rasa nak termuntah pun ada.lama2 okeylah..badan dah boleh terima
NenetPenne (NP) said…
aaa?? 2 liter sehari??
tak mampu.... rasa nak termun... pastu ulang alik jumpa Mr.T...
Anaasuria said…
Irfa
akak pun.. baru je start menjinakkan diri ngan air masak ni.. tapi botol air akak tak ler beso gabak cam irfa.. tu la, sokmo kena berulang gi kencingg... malas tol..
emarieys said…
memang elok minum air masak banyak2...tapi saya tetap kurang minum air masak.
sarah said…
ulang alik ke tandas tu normal la sebab pundi kencing tak biasa isi air banyak..kalu dah biasa tak le kerap sangat..
rintzpalil said…
Minum air setiap setengah jam minum 3 teguk air. biar berdikit-dikit supaya air dapat diserap dalam badan. Jika munum sekali teguk 1 liter memang badan tak dapat serap dan semakin keraplah melawat En. Tan selalu. hi3!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...