Skip to main content

Tips Menghafal Surah Lazim

macam tak percaya aku bagi tips*jom tepuk pengakap..pertama kali aku nak bagi tips ni..bukan senang tau*

tips apa?jangan sebarangan bagi tips,nanti tak pasal2 kena cop ajaran sesat.hehe,gurau je..

okey ini dia tip menghafal surah lazim dalam muqaddam.korang ingat ke semua surah dalam ni?kalau tanya aku,surah pendek aku ingat lah.kalau panjang tu konfem ingat-ingat lupa ;)
 
aku pakai muqaddam ni..abam punya kaler merah
gambar dari sini 
tara....................inilah caranya

-AJAR SENDIRI ANAK MENGAJI TAK PAYAH HANTAR PADA ORANG LAIN..tapi sebelum itu sediakan bahan-bahan asas iaitu

1-korang mestilah tahu mengaji dan tahu serba sikit hukum tajwid

dan paling penting

2-sebakul kesabaran

dengan mengajar sendiri anak mengaji,insya Allah..korang boleh mengingat surah-surah dalam Muqaddam itu.takdelah bila solat asyik ulang surah An-Nas dan surah Al-Ikhlas je (macam cakap kat diri sendiri pun ada.huhu)

muqaddam belum abis lagi ni.
harap2 khatam la sebelum hujung tahun 2012

muka masih menten..

senangkan?

korang nampak je muka dia macam tenang ibarat air di kali.jangan terpedaya sebabnya gambar episod akhir aku tak letak.nanti abam marah.hehe

gambar last haruslah dah banjir airmata.dekat2 musim tengkujuh ni memang selalu banjir.umah aku selalu sangat dah banjir airmata abam lepas solat Maghrib..itu memang waktu untuk dia ngaji.nak lagi sakit ati,si adik suka ajuk bacaan abam.haha..sedap je ditelinga aku bila kenit ajuk abam dia baca dengan loghat pelatnya itu. 

sori sebab buang masa korang melayan entri orang pemalas 

Comments

rintzpalil said…
Tip yang menarik. Saya masih pada peringkat ajar alif, bat, ta. Tapi anak saya tiba2 baca surah Yassin. Baru baca Yassin 3 baris terus boleh masuk Ba ba blackship. Sabar ajelah!
Unknown said…
aku tak konpiden nak ajar anak sendiri mengaji sebenarnya.. ye la.. takut aku punya tajwid pun terabur.. tapi nak jugak ajar sendiri.. lagi berkat kan..

nasib la abam..dapat umi garang ngalahkan resaksa..eh ko garang ke? hahaha..
Acik Erna said…
assalam dik..akak dulu tiga2 tu ajar sendiri dulu.ah abis antar kerumah guru ngaji pulak..ulang semula baru naik quran
Anonymous said…
gd one, tq share yek
Kakzakie Purvit said…
Kesianlah abam kena ajuk dgn adik ye. Kalau dekat mesti auntie ambik abam mengaji dgn auntie. Sure tak ada marah-marah dan airmata.

Kakak ajar semua anak-anak yg belajar mengaji dirumah kakak bermula dgn Iqra'. Setelah habis Iqra'6 baru kakak ajar muqaddam. Itupun tak habiskan kerana bila dah masuk al-quran, semua ini ada dalam juz amma insya-allah mereka dah mudah ingat dan hafal.
HeNRieTTa JoSe said…
Sebakul kesabaran yang pling xmenahan....huhuhu...
Hanna said…
Bagus tips ni. Bolehlah Hanna ajar anak2 buah nanti hehe
sarah said…
biasa kalu ajar ank sendiri nih, anak mcam main2 sikit.lagi satu hukum tajwid tu tak berapa mahir..takut silap plak..
Lady Windsor said…
hensem dak abam...calon menantu...hikhikhik!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...