Skip to main content

Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique yang menyentuh hati


aku baru pandai layan radio dalam henpon (sila jangan gelak...ooo..ada yang gelak ye..aku nampak ni walaupun korang sorok senyuman itu).

ingat lagi zaman muda belia..simpan duit belanja sekolah nak beli bateri radio kecik.nak mintak direct ngan mak takut kena marah.malam-malam dengar Radio Muzik segmen 'lagu pilihan bersama' sambil baca buku.alasan 'sunyi sangat takleh baca buku..tak masuk'yelah sangat.sekarang ni dah terlalu banyak lagi dan penyanyi pun dah terlampau ramai.ada lagu yang aku dengar tapi aku tak tahu sapa penyanyinya..dulu siap ada buku lagu tau.

ada lagu rancak,lagu sedih..yang sekarang paling popular..lagu dan tarian huru hara Gangnam Sytle.sanggup la last week aku google apa ke benda Gangnam style ni..euuwwwwwwwwwwwww ini ke?emmm..tapi masa klip video Gangnam Raya tu suka pulak..sporting betul family tu ;)

penah tak korang dengar lagu yang korang rasa DJ tu memang pasang lagu tu untuk korang?

contoh:
masa zaman remaja lepas break off dengar lagu jiwang.rasa macam lagu tu memang lagu yang dituju khas untuk kita.dengar lagu rasa nak menitik air mata..*euwwwwwww jugak*

tak pernah?
korang memang lain dari yang lain la
aku manusia normal....hahaha

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


part yang aku kalerkan merah tu la yang aku kata menyentuh hati.bila dengar je dengan tiba-tiba bulu roma meremang.hati rasa pilu sangat..rasa macam sedih bila tahu kita akan pergi dan takkan kembali

dulu dulu..aku ingat lagi atok kata 'ada orang yang beramal soleh yang tahu bila dia nak mati'.penah dengar tak?

Comments

Anonymous said…
makna yg cukup dalam tu lagu ni!
isme_cv said…
ntuk difahami..ayat die sangat berseni..ni kalau masuk dalam jangan lupe lirik, konfem2 salah..hehe
bangsawan nilai said…
yep, kalau tak dirap kan mungkin liriknya lebih menyentuh
NenetPenne (NP) said…
tak penah dengar lagu ni...
mcm lagu sudirman salam terakhir tu kan..mcm tau2 jer dia nak pergi...
Balqis Nazid said…
suka sangat lagu ni
1st time denar dah jatuh cinta...
liriknya memang menyentuh hati kan...
HeNRieTTa JoSe said…
Rietta pown bru mggu lps dgr lgu nie....sdey....
Acik Erna said…
dik.akak pun x pernah dengar radi dari enpon..
Leney said…
saya suka lagu Yusri - Jika Ku tak Bangun Esok Pagi
Lady Windsor said…
kalau lagu kita suka, dengar 24 jam sehari pun boleh layan kan..
saya dok suka lagu padang lalang dua hari ni...
Anonymous said…
lagu peberet incik asben
Irfa said…
cheqna..
oh yer?sama taste ;)
memula dengar tak minat sbb tak hayati lirik dia
dah hayati..terus terjatuh cinta..hehe
Irfa said…
LW..
lagu 'padang lalang'?
nak kena cari ni..mgkin penah dengar tapi tak tahu tajuk
Irfa said…
LENEY..
oh best yer?
kena google pas ni..
Irfa said…
KAK ERNA..
dulu2 penah buat..pastu dah lama x dengar radio.dah lupa cara nak cari stesen..hehe
Irfa said…
RIETTA..
mendalam kan lirik dia?
cuma dia nyanyi laju-laju org x perasan sgt lirik tu
Irfa said…
BALQIS..
kita serupa ;)
Irfa said…
NET..
nnt cuba dengar ye ;)
lagu sudirman tu pun sama..
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
mgkin jugak...aku perasan pun bila dengar banyak kali
Irfa said…
CIKVIVA..
bab lirik dulu-dulu je mmg hapal
sekarang.......... ke laut
Irfa said…
KA..
dlm lagu ada cerita ;)
isme_cv said…
kak LW, saya rase kak IRFA tau cite pasal "bunga lalang" je..hehe
Irfa said…
'ADLI BUNGA LALE'..hehe
Unknown said…
aku lama tak layan radio T_T

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...