Skip to main content

Mee Kari Di Pagi Hari..Sapa nak jawab ni?

Pagi ini..ada akak ni,kita namakan dia akak A.dia belikan mee kari untuk kawan aku ,si B..tapi si B pulak posa hari ni.

kata B 'dah lama aku pesan nak makan mee kari,tak sangka kak A beli hari ni'.

so..aku pun dengan rela hati tanpa sesapa paksa ambik mee kari itu.kak A kata dia belanja.ai okey je

tara.............................

mee kari yang sedap

lepas makan mee kari semangkuk..member lak datang ajak makan nasi kerabu.kalau nasi kerabu mana boleh tolak.rugi woooooooooo..aku cuma suap 2 sudu je.itu pun cedok bahagian yang ada budu.hehe.bukan tak sudi nak makan banyak tapi.......................aku risau penimbang kat rumah tu,nanti dia marah.aku jugak yang susah...

korang dah bekfes?

Comments

Anonymous said…
KA dah makan 2 keping sandwich wat sendiri dari rumah hehehe
HeNRieTTa JoSe said…
mee kari? dari semalam teringin nak makan....nampak gayanya.....petang nie kena pergi cari la....huhuhu....
mama aryan said…
sedapnya mee kari..saya belum bekpes lagi nih..
NenetPenne (NP) said…
akak kalau makan mee kari di pagi hari jawabnya ke tandas laa lepas tu...orang kata ceroh perut...

akak tak amik bekfes sebab kalau amik heavy mcm tu..confirm lepas tu mata kuyu mengadap computer...
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun ok je kalau makan mi kari di pagi hari. Sahur puasa ganti pun kakcik bantai makan mi kari. :)
ZieMarziah said…
wah spesel pagi2 dah makan mee kari..pagi ni opis sy ada phimpunan,makan nasi tomato lauk ayam hehehe
Lady Windsor said…
kita makan nasi beriani di pagi hari ini..ada potluck kat office..hancus diet eh..kiki
Kakzakie Purvit said…
Rezeki dtg bergolek tu, siapa sangka. Nampak sedap.

Kakak sarapan kuih sepupu kakak yg dtg ziarah bapak malam tadi.

Unknown said…
sedapnya mee kari...! suka suka suka..!

dah bekpes.. ada org belanja nasi lemak ayam... hehe!
Leney said…
Kiter pun masak mee kari Ahad hari tu
azieazah said…
Petang kang balik rumah, sila buang penimbang itu atau sedekah jer pada jiran sebelah. Jahat penimbang tu kan? kan?
Suka hati kita la nak makan sepinggan ke semangkuk pun, ya tak?
hahahaha!

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...