Skip to main content

Berkawan Biar 1000 Tapi Takkan Sama Dengan Yang 1 Itu

hari ada bz sikit.
tapi blog tetap tak lupa nak apdet.haha
gigih kan?


nak tanya
korang masih ingat siapa kawan baik masa sekolah rendah dulu?

.....masa sekolah rendah dulu .....
aku ada 3 orang kawan baik
1 pompuan dan 2 lelaki
kami sekampung
tapi sekarang hanya sorang yang masih berhubung
itupun sebab kami sedara jauh,bau-bau belacan gitu
tapi 2 lagi dah hilang dibawa arus
apapun aku doakan mereka bahagia
walau dimanapun berada

....masa sekolah menengah..
aku ada group kawan baik
tapi 2 orang yang paling rapat
kami masih berhubung dalam facebook
nak jumpa memang susah la sebab semuanya ada komitmen

selepas itu kawan silih berganti
kawan tempat kerja
dengan macam-macam karenah
yang mengundang tawa dan juga air mata
semua itu adalah kenangan

tapi
ingat lagi tak masa zaman sekolah dulu,katakan A dan B berkawan baik.
kemana2 pun bersama.ke library mahu pun ke kantin pasti bersama.dalam kelas pun duduk sebelah menyebelah.pastinya sentiasa ada cerita yang menjadi bahan ketawa mereka berdua.



keakraban mereka di cemburui oleh rakan lain dan juga guru kelas.
akhirnya salah seorang dipindahkan tempat duduk nun dibelakang sana.


sehari dua hari..mereka masih bersama tapi kerana tempat duduk sudah dipisahkan..banyak masa mereka tidak lagi berdua.ada pula rakan baru yang mengambil tempat.lama-kelamaan hubungan itu menjadi hambar tak seperti dulu lagi

itu kisah zaman belum baligh

percaya @ tidak ..perkara itu berlaku juga di alam pekerjaan...

kerana keakraban mereka 'di cemburui' maka mereka dipisahkan dengan bermacam alasan
nampak remeh tapi lama-kelamaan hubungan akrab itu menjadi suam-suam kuku.
bukan tak bertegur sapa
tapi yang pasti hubungan akrab tak sama macam dulu

aku sangat menghargai semua kawan-kawan
kawan lama
dan juga kawan baru
tapi
andaikata kita tak seperti dulu
maafkan aku
walaupun kita terpisah
oleh jarak dan waktu
tapi kenangan bersama kamu dulu
masih tersimpan disudut hati ini
ditempat paling dalam

'perghhhhhhhhhhhhhhhhh ayat'
agak-agak kalau air mata tak menitik
tapi 
air hidung yang menitik kira oklah tu

daa

apa motif?
entah

Comments

:: CIKVIVA :: said…
saya takde kawan baik, sebab tak suke..yang ada cume kakak saya je..
Kakcik Seroja said…
Kita ada pengalaman yang sama...kot! :)
Anamarza said…
bila dah masing-masing kawin , kurang ada masa dengan kawan, jumpa bila terserempak je,
Kak Mahh said…
Comel baby dengan cat..
NenetPenne (NP) said…
tak nak ada kawan akrab sebab takut nanti kecik hati kalau dia ada kawan baru lain atau dia pi jalan2 tak ajak kita

kita kawan sama rata jelah...
Ummi said…
betul tu irfa, akak rasa kawan baik akak sampai skrg akak masih contact dan jumpa lagi adalah masa akak sekolah menengah :)

memang baik sangat :)

Unknown said…
olos sedih lak aku baca entry ko ni.. lumrah kan benda camtu.. aku segan nak kontek dengan schoolmate aku..sbb kadang2 aku rasa aku anggap diorang baik ngan aku..tapi bila diorang borak2 aku takde pun..so segan dah aku nak hegeh2..
Anaasuria said…
kawan baik kak ana is a chinese girl.. we are so close, dia k.ana panggil putih, k.ana dia panggil hitam manis.. itu panggilan kami bila berhubungan dalam sms atau chat... :) bila jumpa, panggil nama ler..

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...