Skip to main content

Umie,Adik Ajaa Nak Satu

tadi post pasal trench coat idaman aku,hehe.sekarang pulak terbekenan dengan gambar ni.comelnya coat yang anak blogger Chawanna ni pakai.berkenan pulak rasa hati.mana nak cari ni?ops..sekarang suka lepak blog Chawanna ni sebab suka tengok gambar percutian mereka yang super duper lawa itu ;)




mungkin ada kat Universal Traveller?emmm bape rm agaknya size kecik cenggini.kalau beli mahal-mahal pastu pakai sekali je mesti rugi kan?lainlah kalau ada baby lain menunggu ..hehe

bye..dah 5.30 ready to go back
tata

Comments

azieazah said…
Alahai kalu coat cenggitu, Kak Azie pun ndak ler jugak satu. Bergaya youuuu!
Unknown said…
Hai, terkejut mula2 tgk gambar ni, macam kenal je budak tu hahahahah..

Jaket tu boleh dpat kat Zara, beli masa sale ujung tahun lepas, RM90 je lepas sale..selamat mencari :)
Irfa said…
@KAK AZIE..
comelkan?
kalau tengok drama korea pun saya boleh jatuh cinta tgk coat baby yg lawa-lawa tapi mana sesuai dgn cuaca negara kita..nak pakai gi genting/cameron pun dah tak sejuk sgt

@BLUEEWOKE..
hai ;)
sori ye pinjam foto baby awak yg comel ni tanpa izin.tp siyes mmg jatuh cinta tgk dia pakai ni.tq fr info,kat Zara ye..
Unknown said…
panas tak ek coat macam ni..biasa nampak orang pakai kat negara 4 musim je..comel betul kann..
isme_cv said…
kredit to me coz mempromote budak kecik yang pakai trench coat ni...mereka sangat comel...
Irfa said…
@RAI..
kita pun 2 musim apa.musim panas dan musim tengkujuh.so sesuai la nak pakai musim tengkujuh dah nak mula ni.hehe
ZieMarziah said…
comel...coat comel,budak 2 pun comel
NenetPenne (NP) said…
comel laa coat tu..
kalau ada size untuk makcik2, akak pun nak jugaklah satu...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...