Skip to main content

Legoland Malaysia


rajin kan?apdet lagi sampai bosan ;)

Map Legoland Malaysia

masa gi cuti-cuti ke USS raya yang lepas..cik abe ada bercerita tentang Legoland Malaysia yang dah siap tapi belum dibuka.anak-anak masa tu tak tahu pun apa itu Legoland.cik abe citer la sikit-sikit apa itu LEGOLAND..citer tu abis disitu

sekarang ni kat tv dah ada iklan Legoland yang katanya akan dibuka 15 September ini.tadi intai la website dia..wah menarik jugak ye

last week kakak ada call bagitau 'umie.legoland yang ayah cakap tu dah nak buka 15 September ni.kakak tengok iklan kat tv.tapi kita tak pegi kan tahun ni?'.

wah ayat dia yang hujung tu aku tak boleh tahan dengar.

si abam lagi best bila tengok iklan ni malam tadi 'umie.legoland dah bukak.percuma je kan?'

alahai anak-anak,nak gi jalan-jalan tempat macam ni kena simpan duit.bukan percuma ye.takde yang percuma dalam dunia ni kecuali udara dan air hujan.itupun kita kena ucapkan syukur kepada Pencipta.so far anak-anak aku ni bukan jenis mendesak..cuma bila kita cerita tentang sesuatu diorang akan ingat dan sesekali bertanya.biasalah budak-budak..

tapi tengok rega tiket masuk Legoland ni,boleh tahan jugak mahalnya ye.tapi kalau berbaloi apa salahnya kan?bak kata Net..nak free gi je kat klcc ambik gambar banyak-banyak cuma kena banyak bersabar dengan cuaca panas ;)

Day Ticket Legoland: 

TicketReg. price
1-Day Ticket Adult (12-59)
RM 140
1-Day Ticket Child (3-11)
RM 110
1-Day Ticket Senior (60+)
RM 110

pstttttttttt:kalau pegi tahun ni,kenit free sebab masih 2 tahun
               kalau tahun depan dah 3 tahun,kena bayar la..dahlah besday dia bulan Januari  :)

okey..tepuk dada tanya poket la :)

Comments

HeNRieTTa JoSe said…
Hmm....klu cmtu kna pergi thn nie.....rietta pown cdg nk abiskan baki cuti 2hr kt sna....cuma skank xthu full plan lgik....
Aku teringin gak nak bwk si Aydin pegi tp tunggu die bsr dulu. Tgu die pndi men seme...
mummY daniSha said…
mahal la kan..aku rasa baek gi USS tp kene buat paspot eheehee..paspot x ada =p
Aidah said…
Akak dengar2 orang cakap panas ya hamat kat sini, Irfa. Sebab masih baru kot, pokok pun tak ada lagi.
Mulan said…
legoland..!!! mak anak2 pon suka ni..
Yunus Badawi said…
Eloklah pergi tahun ni sebab boleh jimat RM110 sebab si kenit Irfa tu free lagi.....
mama aryan said…
mahal juga nak masuknya..kena fikir banyak kali nih hehe
NenetPenne (NP) said…
i tunggu tiket rega RM110 je lah..bhahaha... tapi larat ke time tu nak jalan?
CikPuan Adda said…
Macam best je, tapi nak gi USS dulu lah.
:: CIKVIVA :: said…
mhal jgak kan..tp okaylah kot..uss pun lebih kurang same je harga dia..ini lagi senang sbb dalam negeri je, tak payah buat passport..
sawaNiLa said…
NAK GI GAK TAPI TUNGGU POKOK BANYAK DULU...HEHEHEHHE RAMAI REVIEW KATA PANAS...SIAN BEBUDAK NANTI
Unknown said…
irfa..dia tengok ic ke? cam anak2 aku saiz kecik kira free sudah la.. rasanya banyak ride yg diorang tak boleh naik pun..
Anonymous said…
Panas Woooo.....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...