hai korang..
dah jumaat hari ni yer,esok Sabtu..lusa Ahad (macamlah orang lain takde kalendar.hehe)
malam tadi kami beraya umah makcik kat Seksyen 18,Shah Alam.lepas berbuka dan solat Magrib baru kuar umah.sampai umah makcik elok2 jam 8.45 malam...perkataan pertama dari mulut makcik bila nampak muka aku dimuka pintu
'hah.anak sedara bertuah aku ni.setahun sekali nak nampak muka pun susah.kemain jauh rasanya'
hehe..aku sengih je sebab tahu salah sendiri.dijamu mee goreng dan borak pung-pang pung-pang
tengok2 jam dah kul 10.00 malam..mintak diri.dalam perjalanan balik hujan lebat.sekarang kalau hujan je aku mesti risau takut banjir kilat
dan pagi ni kelewatan..huhu.mana tidaknya,melayan drama korea sampai jam 2pagi tu sapa suruh?tapi aku rasa sebelum tido dah set alarm tapi aku tak dengar pun alarm bunyi.konpius jap..betul ke aku dah set @ aku set dalam mimpi je?
Hari ni ada makan-makan raya internal punya.bayar rm15 buleh makan nasi tomato,laksa johor,lemang,sate ayam/daging,nasi himpit + kuah kacang.cheese cake,kuih raya juga ada (belen dari rumah sapa agaknya tu ye).tapi daku sedikit kecewa bila tiada dasi dagang seperti yang dikatakan sebelum ni agaknya menu kensel last minute cuma aku je yang tak tahu
takpelah,nanti aku beli sendiri je kat kedai akak kelate tu.nasi dagang dia sedap..nanti buleh mintak extra cili.hehe
sabtu ada 3 undangan open house
1-jiran suh datang bersarapan pagi dirumahnya.dia pilih pagi sebab tahu malam mesti orang lain ada agenda sendiri.
2-ex opis lama ajak semua staff yang dah berenti keje dan bertukar ke dept lain berkumpul bersama sebab ramai yang dah lost contact..majlis mula 8.00 malam.
3-ada blogger katanya nak dtg umah aku dan kami akan beraya ke umah blogger sorang lagi
kalau aku hadirkan diri semua majlis tu..kira kover sarapan.lunch dan dinner sekali.mana nak sumbat ni?
ahad pun ada 2 undangan
1-majlis aqigah oleh kawan yang pernah sama-sama gi umrah dulu.open house digabung dengan majlis aqiqah
2-open house kawan opis lama jugak..nun di Gombak.mak ai,jauhnya rasa
tapi..................
tak tahu yang mana aku akan pegi sebab en abe keje shift petang,adik-adik pun ada hal masing-masing.macam kata adik aku,CikViva 'orang pun ada life la' (kami adik beradik tak ber 'aku-engkau' sebab dari kecik dah biasa bahasakan diri sebagai 'orang'.memanglah orang,bukan kartun.hehe
undangan memang banyak,tapi silap haribulan duk umah je layan tv sambil makan kerepek :)
okey...daaaaaaaaaa
Comments
semalam sejuk semacam..tapi tak hujan kat rumah aku..tapi tak hujan pun aku rasa sejuk je malam2 skang ni..
eh aku pun bahasakan diri "orang" dengan adik badik aku..kengkadang je ngada2 guna "kita" hahaha..
eh u, tak leh drive ke apa? jangan maree tau..kita tanya jer... :)
Sedih nyor ....
Dalae hati , 'aku ni tak dok saing kor?"
Salam santai
ada je halangan nya..