Skip to main content

Smelly No More by Total Image



takde keje diorang ni yer?hehe

sapa ada masalah bau badan mesti rasa tak selesa bila berpeluh kan?tambah-tambah lagi bila berhadapan dengan orang ramai.ada yang sembur minyak wangi banyak-banyak dan ada juga yang pakai deodorant?tapi tak semua jenama sesuai untuk semua orang.apa lagi yang kulit sensitif macam aku ni..silap pakai nanti gatal dan akan mula menggaru sampai melecet kulit.huhu..sakit siot :(

antara sebab masalah bau badan (senang citer bau 'keti' la.'keti' means ketiak.
antara punyanya ialah:

-pemakanan(makan bawang dna benda2 ber bau)

-kebersihan diri(kurang mandi)

-persekitaran (keje yang membuatkan kita selalu berpeluh)

-stress

-keturunan

-pakaian yang tidak sesuai (kain yang tidak menyerap peluh)


itu sebahagian..malas la aku nak tulis semua(aku bukan pakar pun).

banyak jenama aku dah guna ni kes try and error.ada setengah jenama tu pakai sikit je dan menggaru seharian.terus buang dan beli jenama lain pulak..yang aku ingat aku penah cuba Rexona dan terbaru aku guna jenama Amway.yang Rexona tu tak sesuai ngan aku.pakai kejap je dulu.dan aku perasan dia melekit dan membuatkan bahagian ketiak baju akan mengeras.dan aku bertukar pada yang jenama Amway (lupa nama apa) yang itu bagus.sesuai ngan kulit aku(aku bukan ahli ye..beli ngan jiran dan tahan lama..dekat setahun baru abis kot).

tapi..bila baca tentang deodorant antara sebab kanser payudara aku fikir 16kali nak pakai ke tak.tak pakai kalu..bau asyem ;).so pakai la perfume.tak semua perfume sesuai ngan kulit.oh!kulit aku ni jenis manja..sebarangan perfume buat aku alergik dan gatal-gatal.tak kisah la mahal ke murah pun..

dan..alhamdulillah,aku jumpa produk yang sesuai ngan kulit dan mungkin aku nak setia pada dia.sebab tu aku berani share kat sini.aku harap yang ni takde kesan sampingan.

tadi aku google banyak jugak blog yang ada tulis pengalaman sendiri mencuba produk ni.(malas nak letak link)


perkenalkan (boleh mintak jadi duta Total Image tak?hehe)



harga pun tak mahal..aku beli rm16.90 je.ada 2 size.besar mungkin rm20 ++ kot.boleh beli kat farmasi atau Gurdian.InsyaAllah halal sebab katanya diperbuat dari garam mineral.

aku tulis ni hanya untuk share dengan sesiapa yang mempunyai masalah yang sama.sharing is caring katanya.kalau yang takde masalah sedemikian sila abaikan je :)

Comments

cheqna said…
cheqna pakai nivea
=)
*SiRibenMerah said…
adeshhhh.. tgk pic tuh x menahann sungguh dihidu camtuh.. ahahahaha~
Irfa said…
CHEQNA..
tak kisahla jenama apa pun asalkan serasi ngan kulit.sy tak boleh sebarangan produk..so far yang ni ok ngan kluit saya

SIRIBEN MERAH..
dah keje dia macam tu..
kenalah buat :)..mesti x lalu makan kalau kena ketiak yang bau kari.
Aidah said…
Ha ah, akak ada jugak terbaca pasal kanser tu. Takut gak. Tapi kalau tak pakai apa2 sendiri pun boleh pening dgn bau ashem tu. T.kasih share. Nanti akak nak gi cari jugaklah.
Irfa said…
KAK AIDAH..
psl kanser tu saya tak kata itu penyebabnya.banyak juga punca dari benda lain..tapi byk sgt artikel yg kata itu salah satu punya...so sedikit sebanyak risau tetap ada.taknak pakai apa2 sendiri bau pun tak tahan..org ape tah lagi :) mungkin x sampai hati nak tegur je.yg ni tak de bau apa2 ..so jgn harap la bau yang wangi.asal tak bau masam dah le :)
aNIe said…
Akak sampai sekarang guna lady speed stick...dulu ada juga baca artikel pasal penyebab kanser...pastu akak terjumpa satu artikel katanya deodorant bukan penyebab kanser...akak carry on je...

Tapi kalau dpt produk yang boleh dipercayai mcm yg irfa cakap tu... adalah lebih baik...
Irfa said…
KAK ANIE..
penyakit kanser yang ada skrg berpunca dr banyak sebab.salah satunya adalah pemakanan kita.bukan krn deodorant semata.cuma bila dah tahu tu kalau boleh elak cuba la elak.tapi bila 'ada bau' mesti tak selesa.sy baru je pakai produk ni..so far sy puas hati.lgpun dia kata x guna bahan lain.oklah kot :)
Hanis Azla said…
Alhamdulillah, akak takde masalah tu.. jdnya sejak zaman remaja sampai sekarang tak pernah pakai apa2 produk.. sejak dulu mak akak ajarkan petua untuk hilangkan bau ketiak, gosok belakang tapak tangan di ketiak setiap kali waktu mandi.. cubalah..
Irfa said…
KAK HANIS..
ada baca psl petua tu..lg bagus kan?tak de bahan chemical..gosok je :)
mummY daniSha said…
eeeewwwww geli tgk gambar tuuuu!alaaa...ye ker leh sebab kanser?
Irfa said…
MUMMY DANISHA..
hehe jgn tak tahu.ada artikel kata bau ketiak suami boleh ubati sakit kepala isteri.balik nanti cube awak try ;)
Anaasuria said…
IRfa, Dr. Mist pun ok.. memang confirm takde bau.. dulu bau dia natural je, skang dah ada few flavour.. jenama ni dapat award tau.. kalau nak try cuber ler.. jual kat farmasi jugakk..
Acik Erna said…
dik..akak tak pernah guna pewangi camni.kalau dah tua2 ni baru nak cuba ok ke..he he
Irfa said…
ANAA..
penah cube DrMist tapi lupa kenapa saya 'bercerai' dengannya :)

KAK ERNA..
rasanya takde pulak tulis kat botol tu 'tidak sesuai bagi umur 50an'.
hehe
Nana Gamat Emas said…
Sekarang saya gunakan deodorant keluaran gamat emas..... mengandungi gamat yang dijamin anti bakteria.... selamat digunakan.... klu ketiak luka gamat dlm diodorant ni dpt sembuhkan luka... ada cop halal dari JAKIM lagi tu.... kalau ada sesapa nak leh order ngan ana 0192271637... harga satu RM11 jer...kos penghantaran RM6 yerk.... so klu korang nak jimat pakat ramai2 beli kongsi kos penghantaran rm6 jer.... 1 botol kurier rm 6..... beli 7 botol kurier masih tetap rm6 jugak... leh sms/whatsapp kat ana...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t