Skip to main content

Basikal Fizie Idaman Hero

sana sini aku dengar dan baca tentang orang duk cite isu pasal Maid Gaji RM700 sebulan buat 1 kerja.kat blog pun bersepah yang mengulas isu yang sama.memula rasa nak komen jugak isu tu tapi cepat-cepat sedar diri yang aku tak layak nak komen lebih-lebih sebab aku pun takde orang gaji.bila kat rumah aku adalah mem dan aku jugak orang gaji.tapi aku bukan superwomen,buat setakat yang terdaya je..buat apa nak paksa diri tunggang langgang buat keje sampai patah pinggang..badan ni nak pakai lama beb.suami isteri kena ada kerjasama.kalau suami tak pandai buat keje umah suh dia jaga anak.takkan itu pun susah.bukan kena bagi 't3t3k' pun ..layan main sambil tengok tv @ bawak la gi taman ke sementara isteri buat keje umah.

katanya 1AMAH1KERJA..kalau ambik untuk jaga anak dah tak boleh suh masak @ kemas umah.banyak best hah?sekarang ni kalau aku boleh ambik jawatan tu agak-agak bape gaji aku?sebabnya aku multitasking..boleh jaga anak,masak dan kemas umah jugak.3 keje tu dapatlah RM2100.lebih sikit je dari gaji sekarang baik aku duk umah je.

eh kata tak nak ulas..sekali dah masuk 2 perenggan aku tulis tentang tu ape hal pulak ye?hehe..layannnnnnnnnn.tapi tak pasti la pulak kalau isu ini sengaja ditimbul dan diperbesarkan atas kepentingan 'politik'.

oh!balik pada niat asal..aku nak citer tentang trend basikal kegilaan budak-budak sekarang.last week aku 'tolak'basikal hero pada lori beli barang lama yang suka nyanyi pakai speaker kuat-kuat lagu 'surat khabar lama,bateri lama,mesin basuh lama,peti sejuk lama'.tahu tak bape RM dia ambik?aku beli rm150 tapi bila tolak dapat rm5 je.huhu.sib baik gak dia bayar..kalau dia tak nak ambik lagi satu masalah,buat semak laman je..bukan boleh guna pun.

kadang-kadang geram jugak ngan hero ni.dia memang jenis lasak.ini basikal ke3 kalau tak silap aku.semuanya tak bertahan lama.ada je yang rosak.mana tidaknya,longkang ke lubang main redah je.dia ingat basikal tu jentolak kot..



sekarang ini.dia tengah berangan nak beli basikal kaler-kaler macam gambar diatas.boleh di katakan 90persen budak-budak kat taman tu ada basikal camni.mana tak member makan hati.tapi basikal macam ni bukan murah.ada yang sampai rm700.kalau dah mahal-mahal macam tu takkan nak bagi tido kat luar kan?haruslah malam-malam kena bawak masuk tido dalam rumah.

setakat ni aku dan cik abe belum bercita-cita nak belikan dia basikal ni.aku penah cakap ngan dia 'selagi abang tak pandai jaga barang,umie tak nak belikan'.rasa macam kejam pun ada..tapi itu je cara nak bagi dia supaya menghargai barang sendiri.jangan tak tahu..bola yang ayahnya beli masa besday dia Januari lepas tu ari dah hilang..bukan rega rm5 bola tu.ada la yang masuk ambik dalam pagar agaknya tapi nak tuduh sapa pulak kan (bola tu balik dari taman..letak atas rak kasut kat luar je) takkan nak basuh hari2 bawak masuk rumah.takde rezki :(

tu yang dia nekad nak menabung nak beli basikal pulak..last week nak psp.belum tetap pendirian ni,kita tengok je la nanti.

Comments

bangsawan nilai said…
ramai yg komen pasal maid tu tp diorag sdr xde maid pun...mcm kita komen pasal anak org hilanglah ada yg simpati & ada yg kata tak tahu jaga anak.

irfa...basikal tu bkn idaman anak aku tp idaman aku sendiri ha ha
pB said…
tok kenae' sungguh lar basikal nie

keno pulok kalu anok daro hok naik
huduh sungguh
Irfa said…
BANGSAWAN-NILAI..
hehe aku terkomen sikit tadi kira halal la yer..(w.pun aku takde maid).
beskal tu aku pun berkenan tgk tpi tengok jelah..naik aku tak berani.ko beli la sebijik kayuh gi keje ;)

KAKPB..
ni anak bujang yang mengidam.anak dara tu rasanya dia pun malu nak kayuh
Bdk2 beb, klu boleh seme benda die nak. Heheheh...mcm aku pun, seme bende aku nak. Hahahah!
MOKCIK AZWA said…
Dari dulu tak serasi dengan idea nak ada maid..rasa tak bebas dok dalam rumah sendiri. Dulu2 pernah ambik seorang kakak yang ditinggal suami untuk jadi pembantu.. pagi dia datang, petang dia balik, so, selesa sgt sangat dgn dia sampai la azwa kena transfer ke sini, terpaksa berpisah kami jawabnya.

sama la anak2 azwa pun tak pandai nak sayang dengan basikal yg kita belikan dia..mujur jugak la setakat ni takde pulak yg minta dibelikan basikal nie hehehe..
Angah said…
Tolong jangan beli fixie. fixie ni fixed gear. bahasa mudahnya prewel mati la. Bahaya untuk budak2 sebab susah nak handle bila nak berhenti. Brek memang boleh tambah tapi bahayanya bila nak berhenti tetiba, budak boleh terpelanting kedepan sebab prewel mati tu kan pedal tu tak berhenti pusing.

Better belikan mountainbike lah..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t