Skip to main content

Posts

Kronologi Kelahiran ke 4: Baby SAA

Assalamualaikum... Hari ni 21 Feb 2016 , genap 60 hari umur baby SAA. Dah lama bertangguh nak update kisah kelahirannya pada tahun lepas, 23 Dec 2015 . Hari ni aku pastikan post ini di publish, Insha Allah. Giler lama mengarang, 2 bulan baru siap satu post, haha. Coretan ini agak panjang, sebab aku nak abadikan dalam blog kesayangan sebagai kenangan masa depan, bagi aku ia sebuah kelahiran yg cukup istimewa kerana selama 3 bulan dia 'bersembunyi' dalam rahimku tanpa aku sedari (kerana sibuk memikirkan sakit pinggang dan belakang yang dialami) . Kandungan yang banyak menduga mental dan fizikal, permulaan yg diuji dengan bermacam ujian tapi pengakhiran yang sangat manis. Mengandung di usia 30an berbeza dgn mengandung di usia 20an, ni nasihat hakak pd adik2 yg 'family planning' tu, elok korang beranak masa muda2 nih (wah! nasihat mcm dh tua sgt dah, hihi). Aku dah maklum dari awal, bagi ibu2 yg dikategorikan berisiko (yang ada darah tinggi @ diabetes waktu mengandun...

Cuti CNY ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Hai korang Buat apa tu? Baby SAA tengah tido, cepat update blog Taip laju-laju dalam senafas, fuh dan sila abaikan jika ada typing error, hihi *************** Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA Tapi karangan lom siap, huhu Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi # dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog # sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu # jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon Okey, ini plan last minute oleh CikAbe # kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2 main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya 'nanti kita nak cuti kat mana?' hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh? Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti tapi kami sama cam ibubapa yang la...

Me Turn 37, Alhamdulillah

Hai semua, ada yang singgah sini lagi ke? YaAllah rindunya nak apdet blog, dah banyak hari duk log in pastu log out, dalam kepala dah karang macam2 tapi semuanya blur bila ngadap laptop, baru nak taip mukaddiah, si baby dah memanggil, memang babai lah jawabnya. Alhamdulillah, syukur padaNya kerana masih bernafas dimuka bumi ini. Bangun pagi, masih ada wajah2 kesayangan utk di tatap. Ada makanan utk di makan dan ada pakaian utk dipakai. Seiring dengan usia (tahun ni umurku 37 tahun, besday on Feb1,baru 2 hari yang lepas) . Bersempena dengan besday ku itu, berazam nak update blog dengan kerap, emm boleh percaya ke? Macam tak percaya boleh capai umur 37 tahun, masa umur belasan tahun dulu selalu fikir, macam mana rupa aku bila umur 20, 30, 40 tahun, apa aku buat masa tu, haha. Ngok ngek sangat kan? Sama macam tahun2 yang lepas, bukan celebrate sangat pun. Aku tak harapkan hadiah mahal, paling penting ialah orang yang aku sayang ingat tarikh keramat aku dilahirkan kedunia ini...

Tahun Baru 2016, Permulaan Sebuah Kehidupan Baru

ASSALAMUALAIKUM Entri pertama untuk tahun 2016, harap masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua yang masih sudi meluangkan masa singgah baca blog sendu yang makin hari makin kurang update (*_*) # hari pertama buka sekolah, curi sikit masa untuk update blog 2015 meninggalkan kita dengan segala macam rasa manis pahit masam semua ada 2016 datang dengan seribu harapan semoga kita terus tabah mengharungi hari2 mendatang Planner 2016, reward kepada diri sendiri # takde yang free dah, kalendar dan diary semua kena beli sekarang, hihi red for me dan black for my 'soulmate' sebanyak2 syukur pada Allah dengan anugerah terindah setelah bermacam ujian sewaktu mengandung selama 37 minggu * pengalaman pertama kali di induce untuk melahirkan, nanti aku share bila free ye* maka lahirlah Baby SAA pada 23 Disember 2015 jam 3.07 minit petang dengan berat waktu lahir 3.15 kg ingatkan baby nak joi...

Selamat Hari Lahir ke 61, AYAH

Salam Hari Minggu untuk semua Apa xtvt hari ni? Sepatutnya sekarang dah ke Klia sambut Mak Ayah dari Umrah tapi flight delay  (dalam schedule pukul 11 pagi tapi delay kul 1 tgh hari) so lepak dulu lah, umah pun 10 minit je ke Klia tak payah lah terkejar2, hehe Hari ni hari istimewa untuk lelaki pertama dalam hidup aku Hero pertama ku iaitu AYAH Hari ni bersday ayah yang ke 61 tahun semoga Allah memberkati sisa2 usia yang ada TQ CikViva yang menaja kek comel ni *harap sedap secomel rupanya* Okey, nak bersiap ke airport daaaaaaaa

'KakCik' dan Gelagatnya Yang Mencuit Hati

Hai semua, Salam Jumaat ye Okey hari ni nak bercerita tentang 'kakcik' Sementara belum ada 'baby baru' ni kan Tahun depan (January 9 tarikh yang lebih tepat) Genaplah umurnya 6 tahun Dia seorang peminat setia kucing pantang nampak kucing mesti mintak nak bela maaflah sayang, tengok dan pegang boleh bela tu umie belum mampu, huhu ( dah cuba jugak bela tapi tak tahan lama, samada hilang@mati) # kucing ni nama Ray (kepunyaan Kak Laila, tokey mee udang glemer D'laila Mee Udang Nilai ) Ni situasi biasa bila balik dari tadika Tudung senget benget tu pemandangan biasa jarang lah tengok tudung dia terletak elok sib baik masih melekat tudung tu kat kepala, hehe Tapi anak tudung dah banyak kali hilang Yang ni memang sakit perut mak aku gelak mak aku pelik kenapa pelik sangat rupa karipap ni bila citer, sakit perut gelak kata mak mana tidaknya, habis kelim karipap di gigitnya tanpa rasa bersalah alasannya "kita ...

Happy Besday Mama, Terima Kasih Untuk Segalanya

Ni cerita bulan lepas, ada dalam draf, so teruskan je lah Sebelum berkahwin, masa single mingle dulu Aku selalu fikir nanti dah kawen, nak kawen dengan anak yatim piatu eh! betullah, ni bukan rekaan tau Aku bayangkan bakal suami tu anak yatim piatu @ pun kalau tak dapat yang yatim piatu aku harap dia cuma ada mak je, tapi ayah dah meninggal dan dia takde adik beradik # sebab aku takut adik beradik dia tak suka aku sebabnya apa aku takut kalau ada bapak mentua? aku takut kalau bapak mentua aku suh buat pengat pisang sebab aku tak yakin boleh buat pengat pisang, huhu gila punya imaginasi kan? TAPI... yang berlaku adalah sebaliknya aku berjodoh dengan anak sulung (kami sama2 anak sulung) aku 6 beradik dan enAbe pun 6 beradik masih punya mak ayah masa tu * Fil meninggal April lepas, kehilangan Fil masih terasa hingga kini* aku dapat 5 adik ipar dan enAbe pun dapat 5 adik ipar wah! besar adik beradik kami kan? Memandangkan mak ayah ak...