Selamat menunaikan tugas utk semua.
Ker ada yg bercuti sempena anak2 cuti sekolah ni?
Pada yg bercuti..selamat bercuti yer.
Hati2 drive di musim hujan ni.
Si kakak ada gak tanya ‘umie,dah cuti sekolah ni.kakak tak balik kampung ker?’
Almaklumlah..sblm ni setiap kali cuti sekolah hujung tahun dia akan bercuti di kampung selama sebulan.
Tapi kali ni tak kemana2 tu psl sibuk bertanya.
Aku cakap ‘tak bolehlah.sbb kat kampung sekarang banjir’
W,pun rumah mak aku tak kena banjir tp banjir sekitar kampung merisaukan jugak.
Semalam mak aku sms bgtau banjir makin teruk,hujan non stop.
Mak risau sbb adik2 aku nak balik beraya di kampong takut terkandas tengah jalan.
Adik lelaki yg bininya dalam pantang tu haruslah kena balik walau macam mana pun,sbb anak bini kat kampong.
Yang lelaki sorang lagi tu katanya nak balik naik motor,tu yg mak aku risau kot ada tanah runtuh dlm perjalanan.
Yang pompuan tu nak balik naik flight,tp dari airport nak balik ke kampong takut tersangkut tgh jalan kalau banjir makin teruk.
Emm aku dan anak beranak beraya kat sini jer.
Bukan raya umah aku,tp beraya umah adik sil.
Last week sil dah bgtau awal2 soh kami beraya umah dia.
Katanya dia dah tempah rendang kerang dan ketupat daun palas.
Aku suka..sbb rendang kerang yang mak mentua sil buat mmg sedap.
Tak sabar tunggu hari jumaat ni.
MUSIM BANJIR DALAM KENANGAN
Berbalik citer musim baniir dipantai timur,masa kecik2 dulu aku suka bila musim banjir datang.Budak2 biasalah,bukan tau yang orang tua risau,yang diorang tau cuma main.Alhamdulillah,sejak aku kenal dunia smpi skrg dah 30 tahun,umah kami terselamat dari banjir.Tp umah nenek dan pakcik makcik kat kampong sebelah mmg tiap tahun berendam banjir.Bezanya tinggi rendah air tu jer..Kalau nasib baik air baik takat lantai jer,kalau nasib tak baik air naik smpi ke bumbung.
So bila hujan lebat sangat dan air mula naik,pakcik akan hantar anak2nya ke umah kami.Masa tu seronok sangat dapat berkumpul ramai2 dgn sepupu sepapat.Dan paling best,musim banjir jatuh pada musim cuti sekolah.bulan Nov atau bulan Disember.
Berkumpul ramai2 sambil makan biskut..satu tin besar pun buleh abis.Korang ingat tak biskut tawar yg kecik2 tu,rendam dalam teh o atau kopi panas,mmg menyelerakan.Makan nasi panas berlaukkan sardin atau ikan pekasam pun sedap.Dah lama aku tak makan ikan pekasam tu,masa kecik kami panggil ikan budu.Ikan tu lebih kurang macam ikan pekasam.selalunya diperbuat dari ikan kembung.Goreng ikan tu mcm goreng ikan pekasam,letak sekali bawang dan cili padi yg dipotong.Pastu pecahkan sebiji telur kat atasnya..Wow..mmg mabeles.
Tp mak selalu bising,telur je yg abis tp ikannya tak berusik pun.hehe
Last2 mak cakap ‘kalau macam ni baik goreng telur je tak payah letak ikan’..tp mana best camtu.Sebenarnya minyak goreng ikan yg rasa masin2 tu yg membuatkannya sedap bila di gaul ngan nasi panas.Hehe,aku bercerita mcm org mengidam pulak,oh tidak..mana nak cari weh..kat sini takde.Kat kampung pun tak tahu ada lagi ke tidak.Itu cerita masa aku umur 9 tahun dulu.dah 21 tahun berlalu.
Banyak citer musim banjir zaman aku kecik2 dulu.
Pernah curi2 kuar naik rakit smpi terbalik rakit sbb naik ramai2.
Sib baik adik aku tak mati lemas bila rakit tu terbalik.
Balik umah kena bantai ngan ranting senduduk oleh mak aku.
Berbirat badan smpi aku tak boleh tido terlentang.
Huhu,boleh tahan nakal jugak aku ni.
Tau takpe..
Oklah..
Nak wat keje sikit lagi.esok aku mc..ada check up.
Malam ni dah kena start puasa.
Harap result okey..
gambar dibawah tiada kaitan ngan en3.saja je nak letak kat sini.

kakak bertudung dgn tudung umie.

my hero dlm versi tudung jugak..suka tgk gambar ni.
tp bila tunjuk kat dia,dia cakap 'ini bukan abang,ni kakak'..






















