Monday, June 15, 2015

Baby Baru: Rezeki Yang Tak Di Sangka

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata2 semangat di kotak komen. Terharu dan rasa disayangi walaupun kita cuma kenal di alam maya. Huhu

Masih dalam mood 'umpama mimpi dalam mimpi' yang aku kehilangan kerja selepas 17 tahun dan ditambah satu lagi kejutan yang hampir membuat aku sikit lagi nak jatuh dari toilet bowl pada pagi 9/6/2015, aku bagaikan diawangan bila pregnancy test menunjukkan 2 line (positive). Ya Allah, hanya Engkau yg lebih mengetahui apa yg terbaik utkku. Bagi mengesahkan ujian tersebut, aku ke klinik dan doc melakukan scan diperut, dan mengesahkan kandungan dah berusia 12minggu (lebih kurang 3 bulan). Aku langsung terlupa yang 'kawan baik' dah lama tak datang sebab kepala duk concentrate pasal sakit pinggang. Aku fikir hormone huru hara sebab banyak makan ubat dan masuk hospital. Rupanya dalam perut ada isi.

3 berita serentak di terima dalam masa tak jauh beza, bagaikan pakej (disahkan slip disc, hilang keje dan mengandung), hampir terduduk aku dengan semua berita itu. Pujuk hati, aku masih ada Allah, ada suami dan anak2, ada family dan aku masih ada kengkawan yang sudi memberi semangat.

Kalau sudi, doakan moga aku kuat menghadapi dugaan mengandung bersama slip disc ini. Tak mudah sebenarnya, kalau 3 pengalaman sebelum ini aku sangat enjoy fasa mengandung, dapat makan macam2, boleh bergerak sana sini walaupun dengan perut terboyot2 tapi kali ini, aku dah jadi penunggu katil yang setia, nak bangun dari katil pun berpapah, berdiri dan duduk tak lebih dari 10 minit. Lama berdiri@duduk, aku rasa nak tercabut pinggang. Makan pun cuma lalu sesuap nasi.

Maaf kalau entri ni seperti memohon simpati tapi aku tulis ni sebagai kenangan. Sebab ia akan men jadi sejarah dalam hidup aku.

Ok, tq sudi baca, taip kat iPad tak best langsung, nak on laptop malas pulak, dah lah taip sambil baring, gila gigih kan? Haha

Kbai




Wednesday, June 3, 2015

Jun Yang Mencabar, Kesetianku Selama 17 Tahun Kini Berakhir Sudah

Assalamualaikum semua,

Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya.

Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997.

* sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha
* 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva
Jun 2015, setelah genap 17 tahun aku berkhidmat dengan penerbangan yang membawa nama Malaysia ke merata ceruk dunia, akhirnya aku mendapat surat terakhir dengan ucapan 'Thank You For Your Service'. Aku terima dengan Redha atas ketentuan yang tertulis untukku dengan kerongkong tersekat. Sudah lama tersebar di dada2 akhbar utama tentang Mas akan mengurangkan 6ribu staff dari jumlah keseluruhan 20ribu staf yang ada. Semua berdebar menunggu berita tersebut. Debaran aku bagai dipalu bila terdengar bunyi motor poslaju yang membawa surat yang bakal merubah hidup aku.

Apapun aku masih perlu bekerja sehingga 31 Ogos dan mulai 1 September, aku bebas. Tiada lagi bos, tiada lagi meja kerja, tiada lagi kawan2 borak sambil bekerja dan makan2 waktu lunch. Setakat hari ni, aku sudah bersedia untuk mulakan hidup baru. Semoga rahmat Allah bersamaku sentiasa.

'

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu wahhal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu wahhal ia amat buruk buatmu bagimu. Sesungguhnya, Kami mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui'

Surah AlBaqarah, ayat 216