Skip to main content

Jun Yang Mencabar, Kesetianku Selama 17 Tahun Kini Berakhir Sudah

Assalamualaikum semua,

Masih bersiaran dari rumah, minggu ke 3 'cuti sakit'. Alhamdulillah sudah beransur pulih sedikit dari sebelumnya, tak pasti adakah sebab fisio @ urut terapi. Tapi rasanya kerana urut terapi dengan izin Allah ada sedikit perubahan. Next post aku akan share tempat aku urut terapi tu, tak jauh, di Puchong je tempatnya.

Jun antara bulan yang mempunyai sejarah bagi aku, Jun 2000 dimana aku telah diserap sebagai 'permanent staff' di syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS) setelah 1 tahun setengah berkhidmat sebagai 'contract staff' bermula 3 Ogos 1998. Tahun 1998 adalah tahun gawat dimana ramai orang hilang pekerjaan kerana ekonomi Malaysia agak teruk pada tahun tersebut tetapi aku pula bertuah kerana mendapat pekerjaan. Ini adalah kerjaya pertamaku selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 1997.

* sempat lagi en posmen mengucapkan 'bertabah ye kak' haha
* 3 surat, untuk aku, en abe dan cikviva
Jun 2015, setelah genap 17 tahun aku berkhidmat dengan penerbangan yang membawa nama Malaysia ke merata ceruk dunia, akhirnya aku mendapat surat terakhir dengan ucapan 'Thank You For Your Service'. Aku terima dengan Redha atas ketentuan yang tertulis untukku dengan kerongkong tersekat. Sudah lama tersebar di dada2 akhbar utama tentang Mas akan mengurangkan 6ribu staff dari jumlah keseluruhan 20ribu staf yang ada. Semua berdebar menunggu berita tersebut. Debaran aku bagai dipalu bila terdengar bunyi motor poslaju yang membawa surat yang bakal merubah hidup aku.

Apapun aku masih perlu bekerja sehingga 31 Ogos dan mulai 1 September, aku bebas. Tiada lagi bos, tiada lagi meja kerja, tiada lagi kawan2 borak sambil bekerja dan makan2 waktu lunch. Setakat hari ni, aku sudah bersedia untuk mulakan hidup baru. Semoga rahmat Allah bersamaku sentiasa.

'

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu wahhal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu wahhal ia amat buruk buatmu bagimu. Sesungguhnya, Kami mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui'

Surah AlBaqarah, ayat 216



Comments

Nastyna said…
Allah allready rancang something better for u untuk esok hari :) Setia nya u, susah nak dapat pekerja macam u yang setia ni. Tu la kan, dah lama dengar ura2 ni.. apapun wish u best of luck.
Irfa said…
Nastyna..
haha, setia pun gini endingnya.
kalau budak, dah spm tahun ni
takpelah, i is redha dalam pasrah
Aisy Nasiha said…
Alahai.. ramai juga yang saya kenali terima nasib yang sama. Kuatkan semangat ya. InsyaAllah ada peluang yang lebih baik menunggu.. kena yakin tu. Ada hikmah ni..
Zaitun said…
Banyak bersabar tentu ada hikmah disebaliknya. Mungkin ada pekerjaan yang lebih baik menunggu irfa in shaa Allah.
SalbiahM said…
sabar ye kak Irfa...semoga ada yang lebih baik menanti. so sad MAS sampai jadi macam ni. Pride n Joy of our country..
paridah said…
sedih dengar citer irfa ni...rasa kak mmg xpatut staff sekian lama berkhidmat dihentikan dgn mudah...susah juga nk fhm hati org atas ni n bgaimana mrk membuat pertimbanggan...bersabar ya irfa...rezeki Allah itu mahaluas n rezki irfa sudah hbs di situ tapi berada lbh banyak di tempat lain...kak doakan irfa sukses dlm hidup seterusnya...
Aziela said…
Sabar Irfa. Mohon utk lebih baik. Pn Aluyah, your HR yer? Kami HRians semua geram juga. Kesian staffs. Salah org lain, org lain pula jadi mangsa. Sayangnya, MAS ada akta tersendiri. Susah nak cakap. This is Malaysia anyhow. All the best to all 3 of you.
Unknown said…
HE have prepared something better for you dear.. :)
zana-norzana said…
Bersabarlah Irfa......... moga ada yang lebih baik menanti........ dengarnya MAB akan ambil staff MAS yang diberhentikan kan???
Ease Elias said…
kak..tapi pampasan yang diterima ok juga kan kak? 17 tahun keje sure x mengecewakan..mungkin terkesan kat akak sbb ni 1st job akak..sy pun baca surat tu on behalf adik saya..alhamdulillah..dapat serap balik..good luck kak..take care-silent reader
Nizam.Ariff said…
Berlapang dadalah...
Rasanya, ada lg yang bakal menyusul. Kompeni aku pun dah ada ura2...cuma dibuat dlm diam2 je supaya x heboh....
Unknown said…
Insya'Allah..
Rezeki Allah ada di mana-mana.
Alhamdulillah.. Ala kulli haal
Segala puji bagi Allah atas apa jua keadaan (sekalipun)
Unknown said…
Tak pe la Irfa..mungkin rezeki lepas ni lebih luas Allah nak bagi..
zino said…
Insyaallah ada rezeki di tempat lain nanti...
Nieda Ramly said…
rezeki isyaallah ada di mana2...semoga irfa tabah dengan hidup baru
sarah said…
sabar irfa..mungkin rezeki ada di tempat lain..atau teruskan berniaga online
NanyFadhly said…
Sy doakan agar sis Irfa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh setiap dugaan. Trust me, everything is belong to ALLAH SWT. Nothing belong to us. Semuanya pinjaman. Semoga ALLAH SWT menggantikan sesuatu yang lebih baik yer. :)
Yati WTL said…
in shaa Allah ada rezeki yg lain
izawani said…
Tak tau cara nak bagi kekuatan... peluk saja boleh tak ?

sweetie said…
Barangkali inilah 'titik permulaan' karier sebenar dlm hidup Irfa... Siapa tahu... ada sesuatu yang lebih baik lagi di jalan hadapan... Maaf! mungkin saya pandai bercakap tapi sekiranya mengalami seperti yang Irfa alami... tentu hilang punca jugak.
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

semoga segalanya akan baik-baik saja buat irfa.. semoga rezeki irfa dan keluarga akan terus melimpah ruah hendaknya.. insyaALLAH.. Kami sekeluarga juga pernah ada pengalaman yang sama dulu bila tempat kerja suami terpaksa menamatkan perkhidmatan perkerjanya yang tidak mahu ikut berpindah ke pantai timur.. Tapi ALLAH telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik.. Rezeki itu dari ALLAH.. Semoga urusan irfa dan keluarga akan dipermudahkan hendaknya..
sudipVSsenduk said…
rezeki Allah ada di mana-mana. Ada hikmahnya.
Rumah Kuning said…
dik, semoga diberi kekuatan utk memulakan sesuatu yang baru. Insya Allah ada manisnya.
HeNRieTTa JoSe said…
rezeki ada dimana mana....kita cuma perlu berusaha,notis awal, moga dapat merancang sebaiknye utk masa depan...rietta sendiri mungkin xsetabah apa yang rietta taip...moga tuan blog tabah menghadapi semua ni...
S u M i E said…
ok. entri ni agak sedeh. sebab kite pon ex-MAS and ramai kawan2 kita kat sana. tak sangka boleh jadi camni tp itulah takdirnya. sabar ye irfa ;) Allah knows better ;)
:: CIKVIVA :: said…
sis,
MAB adalah nama baru untuk MAS
MAS hanya tinggal kenangan lepas ni..huhu
amy (^_^) said…
Salam.. sedihnyer.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Moga sis tabah menghadapi ujian ini..

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adaka

Bila Depan Rumah Jadi Port Kucing Berak

Hai Blog Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog Ini kisah taik kucing, haha yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ Emmmm Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi. Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pu