Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Alhamdulillah dan Penutup 2014

Alhamdulillah kembali bersiaran Salam Selasa untuk semua banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat nak citer pasal banjir terutamanya (kemusnahan akibat banjir dan juga hikmah banjir) tapi masa tak mengizinkan kendian lah kita citer eh hari ni 31/12/2014, hari terakhir utk tahun 2014 esok dah tahun baru 2015 setahun 2014, macam2 kisah ada manis, pahit, masam dan masin semua bersatu apapun bersyukur setiap hari masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ini pilihan di tangan kita untuk melakukan kebaikkan @ sebaliknya walaupun penghujung tahun di duga dengan banjir tapi sebenarnya banyak yang manis sepanjang tahun ini jadi tak adil untuk kita mengeluh bila di duga dengan 'sedikit' ujian tak gitu? okey lah kengkawan TQ untuk semua yang whataapps dan call bertanya khabar alhamdulillah, mak dah dapat berhubung dengan anak2 malam tadi letrik pun dah ada semalam sesungguhnya aku tak sabar nak balik kampung dah dengar citer dari mulut mak ...

........................

Blog ni akan 'bersawang' sekejap Hingga banjir di Pantai Timur kembali pulih # tak sampai hati nak update happy-happy kat blog@fb sedangkan mak, ayah, adik dan saudara mara tengah berjuang dalam banjir  sudi2kan berdoa untuk semua mangsa banjir *semua tempat, bukan hanya di Pantai Timur sahaja* Jumpa lagi

Banjir di Pantai Timur, Doakan Mereka

Sejak semalam, nak buat apa pun tak senang hati duk teringat family dan sedara mara di kampung henpon hampir panas dengan mesej yang masuk tentang info banjir di Pantai Timur paling aktif adalah grup sekolah *ramai kengkawan yang duk kampung duk update info terbaru kampung diorang*  Phone Gallery dah sarat dengan gambar yang di share sampai tak larat nak delete satu persatu ada yang mengadu risau tak dapat berhubung dengan family kata mak 'line tepon dah tak dapat' letrik dah putus di sesetengah kawasan takde letrik, macam mana nak charge henpon kan? setakat ni kami berhubung dengan mak melalui whatapps je sib baik boleh berhubung lagi manalah anak2 tak risau yang kat kampung ramai warga tua je kami ni pun risau, cuma harapkan sedara mara tolong tengokkan    ni antara gambar2 terkini banjir di Kuala Krai, Kelantan

Banjir Oh Banjir

Sejak 2,3 hari lepas Grup whatapps sekolah penuh dengan gambar banjir di negeri kelahiranku, Klate # tahun ni banjir agak teruk di Kuala Krai Semua pakat share macam mana keadaan di kampung diorang Perasaan libang libu tengok gambar2 tu Kesian dan risau pada family di kampung Ya Allah, moga cepat surut Walaupun mengikut sejarah sejak aku lahir (35 tahun yang lalu) Rumah kami di kampung memang tak pernah kena banjir Tapi rumah nenek dan pakcik, boleh kata setiap tahun 'naik air' Antara gambar yang sempat cilok dari google # gambar original dr hp dah delete, sebab phone gallery dah penuh giler   bila tenggelam gini, pastinya banyak barang rosak aku penah jadi budak2 yang seronok mandi air banjir 'kejadian pahit' yang hampir meragut nyawa adik aku dulu takkan aku lupa sebab hari tu jugak aku kena belasah teruk dengan ranting pokok senduduk penah kot citer kat blog, tapi dah lupa post yang mana sekarang adik aku tu dah ...

Potluck Di Pagi Jumaat

Salam Jumaat petang semalam, member kata nak wat potluck pagi ni so ada yang offer bawak itu ini dan ini adalah hasilnya  nasi lemak tu bersize chomel, sekali hadap 2 bungkus tapi aku tak makan, sebab semalam dah makan nasi lemak lontong ni giler sedap, 2x tambah taknak tahu aku bawak apa? cer teka . . . . . . . . . . . . . taraaaaaaaaa kagum tak? #gigih bangun awal 15 minit dari biasa sebab nak goreng telur mata kobau nih mercik2 minyak, sib baik tak kena muka, huhu diorang pesan, telur kuning jangan garing sangat kalau boleh nak yang goyang2 eh, mana mau nya bergoyang jam 6 pagi, ngantuk lagi tuh  okey, nak gi cuci mata kat terminal jap maklum lah breaktime 2 jam, hehe

Novel: Jom Baca UYDL (Ulu Yam di Liverpool), Nota Buat Cempaka, Aku Sayang Dia

Hai korang dah 2 hari tak update blog sibuk membaca katanya, hehe Baru je malam tadi mengkhatamkan novel penghijrahan seorang blogger dulunya aku baca blog beliau, sekarang baca dalam bentuk buku AbahNajwa   (hanya untuk invite reader je sekarang) ni antara blog terawal yang aku baca masa mula2 berblog (1996) masa tu yang sulung, Najwa pun kecik lagi sekarang Najwa dah jadi anak dara pun (dahlah cantik, pandai pulak tu, untung kak Ain dan Abg Naz) aku bagi 5 bintang untuk kedua2 UYDL nih #kalau korang berhati tisu macam aku sila sediakan tisu sebelum baca kisah penghijrahan blogger otai ni masa baca tu, ada jugak rasa nak berhijrah berangan free katanya lepas ni nak khatam kan 2 novel ni pulak 1 novel dari rakan blog Sis Hanis Azla 1 novel dari rakan FB dah lama jugak beli tapi belum khatam2 lagi membaca memang minat aku dari mula pandai membaca dulu, kini dan mungkin sampai bila2 pun Alhamdulillah, anak2 pun minat sa...

Jalan-Jalan ke Petrosains KLCC

Hai korang seronok eh cuti-cuti  (bagi yang keje Selangor, Khamis tu Cuti Keputeraan sambung 1 hari cuti Hari Jumaat, dapat 4 hari cuti) Bagi yang kampung dekat, dah boleh balik kampung tu Ini kisah aku dan anak2 masa cuti tu Bawak anak-anak ke Petrosains KLCC Dah banyak tahun si kakak dan abam duk nyanyi kat telinga aku 'bila umie ayah cuti, kitorang nak gi Petrosains' selalunya yang dekat tu paling susah nak pegi huhu Hari khamis tu, ikut cik abe ke airport aku dan kenit naik ERL ke Bandar Tasik Selatan singgah umah mil ambil kakak dan abam kebetulan anak buah (sepupu kamceng kakak) pun ada situ angkutlah dia sekali EnAbe dah pesan suh naik taxi je  (dia tahu sangat, aku kalau ramai2 ni cepat je nak bertukar jadi Hulk, huhu) tapi aku eksyen, konon nak anak merasa naik public transport hambik ko, 2 kali tukar tren naik dari Stesen Lrt Bukit Jalil, kebetulan tunpang SIL gi keje dari situ naik lrt turun dia Masjid Jamek pastu ...

Yang Untung, Yang Rentung

Salam Rabu muka ada senyum datang keje hari ni tahu pasal apa? yelah, esok Selangor cuti, hehe tadi baca blog sorang blogger ni bagi aku dia dah cukup segala2nya dia cantik dan comel dapat pulak pasangan yang hensem family pulak sporting dah kawen pulak dapat mertua yang baik ada anak pun comel (kombinasi mak ayah yang sama2 comel) aku baca blog dia mesti sengih sorang2 setiap kali baca blog dia, mesti aku rasa hidup dia sempurna sangat eh! korang penah tak rasa macam tu? korang baca blog blogger feveret korang dan rasa macam 'bestnya hidup dia' sikit pun tak jeles @ cemburu bila baca terus terdetik dalam hati 'dik, moga bahagia milikmu' padahal bukan kenal pun, jumpa pun tak pernah ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ kisah lain tak tahulah kalau orang lain tapi aku suka baca blog kisah manusia lain ada blog yang kita baca, kita suka dan tumpang bahagia ada blog yang kita baca, rasa macam 'emmm, okey' ada blog y...

Adab Tengok Wayang

Alhamdulillah, rezki harimau hari ni Member suh bawak telur rebus pagi ni Ingatkan nak buat nasi lemak, rupanya nak buat sandwich telur Pastu dia bawak jugak pulut ngan sambal tumis Elok baru je sesuap dua masuk mulut, EnAbe call ajak sarapan Mana mungkin ku tolak, bukan selalu dapat detim berdua Zasss laju2 gi detim dengan 'soulmate' Elok abis makan, member sorang lagi sms dia belikan nasi berlauk tersedap kat taman dia katanya nak bagi aku rasa, dah letak kat meja aku emm, nampak gaya nasi berlauk jadi menu lunch nanti Alhamdulillah, masih mampu makan dan masih ada selera makan ~*~*~*~*~*~*~ sapa sini suka tengok wayang? Ahad lepas tengok wayang dengan anak2 dan adik2 memula plan nak gi IOI Mall yang baru bukak tu, tapi hujan pulak so kita gi dekat2 jelah      citernya boleh tahan, budak2 suka aku lak mengantuk sebab malam tu tido lewat sempat lelap dalam sesaat dua, huhu tapi yang aku nak citer ni bab ADAB TENG...

Bila Henpon Tertinggal

sampai opis, cari henpon takde dalam handbag tertinggal dirumah kah? tercicir dalam kereta kawan kah? tercicir kat kafe masa bayar bekfes kah? nak call cikAbe, mintak tengok kan kat rumah tapi nombor henpon cik abe pun tak hafal nak call kakak, pun sama tak ingat nombor otak ligat berpusing . . . . sedetik . . . . . dua detik . . . . . . TING   *mentol lampu bernyala* buka cimbclick situ ada nombor henpon CikAbe dan juga nombor henpon kakak sebab aku buat feveret number untuk top up prepaid henpon fuh legaaaaaaaaaaaaaa lepas ni kena hafal nombor penting dalam kepala kalau memory low nak menghafal sila salin nombor kesayangan dalam buku telefon kecik macam dulu2 sapa pernah jadi cam aku? henpon bukan sekadar henpon tapi juga buku nota so hari ni jangan wsap aku malam nanti baru wsap eh kalau wsap tak berjawab, sila maklum hp tertinggal rasa nak balik sekarang jugak ambik hp, huhu   # ...

Mak Ayah Datang Jenguk Anak Menantu dan Cucu2nya

Salam Rabu di bulan Disember 2014 pejam celik pejam celik dah sampai bulan terakhir kita ye kejap sungguh masa berlalu # sebenarnya aku takde mood nak update blog tengah sakit hati dengan Poslaju apa guna ko tukar borang oren ke purple kalau servis hampeh camni, grrr rujuk entri poslaju tukar borang baru kes ni belum selesai hingga kesaat aku post entri ni aku pun dah tak tahu nak setel macam mana kerana kes ni, buat kali pertama aku hantar aduan ke poslaju aku nak tengok apa respon dari pihak diorang * tarik napas, hembus* ~*~*~*~*~*~*~*~ Okey tukar mood ceria hai korang  (^_^) dah sarapan?  aku makan penkek dengan kari kambing apa tema sarapan pun aku tak tahu dah tapi memang terbaik rasanya gabungan dua benda tu apa nak citer ye? oh pasal mak ayah datang cuti2 sekolah mak ayah dan adik datang minggu lepas, hari Selasa tujuan datang ialah nak gi cuti2 ke Langkawi boleh baca kat blog adik aku CikViva Bawak Mak Aya...

Pos Laju Tukar Borang Baru Untuk Sampul Prabayar

Isnin is Monday hehe mukaddimah katanya banyak nak storimori tapi idea belum mari tadi gi pos barang, cik kak pos opis tanya 'borang pos laju ada banyak lagi ke? kalau banyak, sila habiskan cepat ye sebab nanti 14hb dah guna borang baru' dan dia pun hulur borang pos laju yang baru kaler pepel gitu taraaaaaaaa kaler OREN lama punya kaler PURPLE baru punya okey, tu je nak share citer mak ayah datang, nanti free kita cite eh (^_^) RALAT: sampul baru untuk prepaid (prabayar) sahaja yang lain mantain borang oren, sori ye salah info