Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Ujian Kesihatan Juga Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum semua.. Sihat ke? Alhamdulillah jika semuanya sihat. Kalau diuji dengan sakit pun jangan mengeluh ye, itu tanda Allah nak kita mengadu dan lebih dekat padaNya. Aku diuji dengan 'Slip Disc' beberapa minggu lalu, paling kritikal minggu lepas menyebabkan aku serah diri ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. 2 malam bermalam seorang diri di katil hospital Columbia Asia, Seremban dan kemudian balik berehat di rumah berbekalkan surat cuti sakit selama 2 minggu. Terima kasih kepada yang bertanya khabar ( yang friend dalam Facebook), terima kasih pada en abe yang berulang alik menjenguk aku di hospital disamping menguruskan anak-anak, terima kasih pada si kakak yang sudah boleh diharapkan menguruskan adik-adik disamping kerja rumah yang ditugaskan dan tak lupa terima kasih pada pengasuh yang bertanggungjawab menguruskan makan minum anak-anak selama aku di hospital. Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku cepat sembuh. Sesungguhnya, aku bersyukur dikeli...

Rempah Gulai Cap Bunga Rose, Sesedap Gulai Masakan Ibu

Salam Hari Jumaat Moga hari yang diberkati untuk kita semua Sapa sini suka makan? Angkat ibu jari, hehe Dalam banyak2 grup whatapps aku yang ada Yang paling aktif ialah grup sekolah menengah (pompuan sahaja) Hari2 citer pasal makan mau tak 'mengembang' badan sensorang tapi kitorang jugak sesama bagi motivasi untuk menguruskan badan tapi selalunya motivasi nak kurus tu selalu ke laut bila sorang post apa dia masak, semua kelam kabut mintak resepi, hadoiii Baru2 ni kami duk citer pasal masak gulai Antara point nya ialah  'susahnya nak cari gulai sedap macam mak kita masak kecik2 dulu' korang tahu kan, kalau bab makan2 ni Kelantan antara negeri yang banyak pilihan makanan sama jugak dengan Terengganu, Penang, Johor dan negeri2 lain Setiap negeri di Malaysia ada makanan unik yang tersendiri Salah sorang dari kami citer pasal rempah masak gulai Cap Bunga Rose sedap katanya *tapi kat plastik, rempah ni dari Terengganu yang ge...

Mitsui Outlet Park KLIA

Hai korang... Rajin tak kita? Hari2 rasa nak update blog, ntah angin ribut taufan mana yang melanda, rasa macam rajin pulak nak menghapdet blog cacamarba nih. Sementara rajin ni layan jelah, datang malasnya nanti mau berminggu tak udpate, huhu. Btw, kisah kucing tumpang semalam tu, balik keje tengok sangkar dah kosong, huhu. Sedihnya. Si Oren dah bawak lari anak2 dia kembali ke semak, harap anak2nya selamat dan membesar dengan baik tak kiralah dimana pun mereka berada. Okey berbalik kepada tujuan asal aku update blog hari ni. Dulu, lebih kurang 16 tahun lepas, berhijrah duk Nilai ni takde apa yang menarik, takde shopping mall pun. Kalau nak shopping kena gi Seremban. Itupun seingat aku yang ada cuma Terminal One dan Seremban Mall je. Warga Nilai yang taknak pegi KL, situ jelah pun nak beli baju raya. Tak lama lepas tu Putrajaya wujud, so orang Nilai bertukar angin ke Alamanda Putrajaya, lagi dekat sebab lalu ikut Kota Warisan. Kami pun terjebak sama, nak tengok wayang, n...

Kucing Tumpang Kini Jadi Ibu

Salam korang ... Lama tak update blog, sebenarnya setiap hari aku update blog tapi cuma dalam mimpi, setiap hari ada je benda nak share kat blog, tapi otak je menaip, hehe. 1- lor, kat sini korang ye? puas ibu cari tau, kata Oren kepada anak2nya 2- Puan, saya nak keluar, saya tak suka di kurung, kata Oren kepada Tuan Rumah Okeylah, ni nak share kisah kucing tumpang (nak ngaku bela pun malu sebab aku cuma bagi makan je, urusan berak kencing dia aku tak ambik tahu dan aku pun tak tahu kalau dia ni ada tuan) tapi tiap pagi dan petang, dia datang mengetuk pintu cermin belakang rumah minta makan. Anak2 suka intai tapi tak penah bawak masuk rumah. Masa tak tahu dia ni betina, anak2 aku panggil Rayyan, haha. setompok anak kucing  Dalam tak membela, sudah jatuh sayang kat si Oren nih. Dia ni dulu pun masa kecik, mak dia Si Puteh tu yang selalu bawak dia datang umah, tapi sekarang jarang nampak mak dia, mungkin sakit kot. Si Oren ni rasanya budak lagi kot, tapi beberapa bu...

06May2015 #blogreviveday, Welcome Back

Hai semua, tak pasni nak update pasal apa untuk #blogreviveday ni. Demi Cekna  aku layan jugaklah, tak buat kang kata tak sporting pulak, huhu. Rasanya   #blogreviveday sesuai untuk blogger2 yang dah pencen, haha. Aku masih aktif berblog walaupun seminggu dua ni jarang update, tapi blog masih belum berkubur. 2006, tahun aku mula2 berblog. Setiap hari update blog walaupun sekadar update cerita2 merapu, lepas update blog, lompat dari blog ke blog. Paling suka baca blog kak Pnut , beberapa blog lain (yang dah di tutup hanya untuk invite reader) . Antara blogger yang aku paling ingat ialah Lubna, Kak Oren, Kak Zareda (IbuIka), Kak Azwa, Nonie Aziz, MummyRizq, Raflesia Merah, Kak Mulan, Kak Sya, Kak Yus, Mamasinga, Kak Izawani, Kak Salwa, Leney, KLM, DeeDee dan beberapa nama lagi (yang tak sebut jangan terasa ye, banyak dah lupa, huhu). Ramai dah tutup blog dengan alasan anak2 dah besar, dah malu kalau mak citer pasal mereka kat blog (Ops, aku juga mungkin jadi salah seorang d...