Assalamualaikum... Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata2 semangat di kotak komen. Terharu dan rasa disayangi walaupun kita cuma kenal di alam maya. Huhu Masih dalam mood 'umpama mimpi dalam mimpi' yang aku kehilangan kerja selepas 17 tahun dan ditambah satu lagi kejutan yang hampir membuat aku sikit lagi nak jatuh dari toilet bowl pada pagi 9/6/2015, aku bagaikan diawangan bila pregnancy test menunjukkan 2 line (positive). Ya Allah, hanya Engkau yg lebih mengetahui apa yg terbaik utkku. Bagi mengesahkan ujian tersebut, aku ke klinik dan doc melakukan scan diperut, dan mengesahkan kandungan dah berusia 12minggu (lebih kurang 3 bulan). Aku langsung terlupa yang 'kawan baik' dah lama tak datang sebab kepala duk concentrate pasal sakit pinggang. Aku fikir hormone huru hara sebab banyak makan ubat dan masuk hospital. Rupanya dalam perut ada isi. 3 berita serentak di terima dalam masa tak jauh beza, bagaikan pakej (disahkan slip disc, hilang...