Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Proses Membuat Asam Rom @ Asam Rong @ Aserong

Baru lepas masak, meh kita update blog # simple je masak pun, kari ayam dan telur dadar, hehe sementara rajin nih kena update cepat2 Belek handphone, banyaknya gambar Bayangkan dari February 2014 (handphone dapat masa besday aku) bayangkan ribu-ribu keping gambar tak tahu nak save kat mana nak transfer ke laptop tak reti (malas belajar pun ye jugak) so aku ingat lepas ni nak update cerita setiap gambar so boleh lah delete mana yang sudah jangan korang muntah pulak ye, haha Dimulakan dengan gambar ini Sapa tahu ni apa? Ye, ini biji getah bijinya ni kalau orang tak tahu memang akan buang je tapi sebenarnya biji getah yang di proses akan menghasilkan sesuatu yang dinamakan ASAM ROM aka ASAM RONG aka ASERONG  Ini proses biji getah untuk menjadi Asam Rom (rujuk pada mak) 1- biji getah yang dikutip di kebun getah di jemur di tengah panas seketika 2- lepas tu dipecahkan kulitnya 3- isinya di kering sekali lagi hingga betul2 keri...

Kursus Memulakan Perniagaan

Hai korang Dah lunch ke? Hari ni aku kontrol makan, malam tadi dah start puasa dari jam 10 malam Ujian mengandung kali ni sama macam masa mengandung si 'kakcik' Ada kencing manis Sebulan sekali kena ulang ambik darah untuk kencing manis Bulan lepas terlebih berat 2 kg, bulan ni pulak ada kencing kotor Bacaan gula naik sikit tapi masih dalam kawalan Harap2 sampai bersalin takde la sampai kena cucuk insulin, huhu Okey, nak udpate kisah minggu lepas yang pergi kursus selama 3 hari tu Sebenarnya ni adalah kursus yang ditawarkan oleh ex kompeni Bagi staf yang diberhentikan kami diberi 3 pilihan 1- cari kerja 2 - kursus memulakan perniagaan 3- pengurusan persaraan Aku takde niat nak cari kerja dalam masa terdekat, jadi aku pilih memulakan bisnes Sebenarnya aku pun tak pasti nak mulakan bisnes apa Tapi tak salah kita join kelas untuk dapatkan ilmu Dalam kelas selama 3 hari tu di ajar serba sikit macam mana nak buat kertas kerja simpanan k...

Baby Baru: Barang Pertama Untuk 'Bakal Ahli Baru'

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya moga hari diberkati untuk kita semua Sangat mengantuk hari ni tapi mata tak nak tido Malam tadi last aku tengok jam ialah 3.30 pagi Dan aku tak sedar pukul berapa aku terlelap Sekarang dah masuk Trimester Ke 2 ( lebih kurang 28 minggu /  7 bulan) sekejap je masa berlalu ( tolak 3 bulan yang tak tahu aku tengah mengandung) Sekarang cepat mengah, selalu rasa tak cukup nafas Susah nak tido malam Aku suka tido telentang tapi sekarang kena tido mengiring Apapun aku sangat menikmati saat2 manis jadi ibu mengandung *bab makan2 boleh request je nak makan apa, hihi* bulan lepas kena tegur dengan misi sebab berat naik mendadak, huhu Anak2 asyik lah mengajak masuk kedai barangan baby terutama sekali si Kakcik tak sabar kot dia nak tunggu kedatangan ahli baru kami Sebenarnya mengandung kali ni aku takde persedian Baju mengandung pun tak beli Pakai je dress cotton yang aku tempah sebelum ni ...

Cuti-Cuti ke Penang Episod 3: Jalan-Jalan Nak Cari Makan Sedap Tapi.....

Salam Jumaat.... Moga hari yang diberkati untuk kita semua, Alhamdulillah hari ni jerebu dah kurang sikit, anak2 pun dah kesekolah, banyak hari dah cuti. Maaf lambat sambung citer Cuti-Cuti Penang, sebabnya Isnin sampai Rabu aku duk ulang alik ke Shah Alam selama 3 hari berturut. Nanti aku citer pasal kursus tu kalau rajin lah, huhu. Okey, sambung citer ye, sambungan dari entri ni . Masih lagi di Hard Rock Hotel, aktiviti pagi ni gi sarapan dulu dengan kakak dan abam di kafe Hard Rock, banyak menu tapi tak tahu nak pilih apa, so ceduk nasi lemak dan bubur nasi. Kakak dan abam selera omputeh, makan roti + cereal dan sosej. Lepas sarapan pusing kejap sekitar hotel pastu balik bilik sambung berendam sementara menunggu check out time jam 12 tengah hari. Bagi ayah tido puas2 sebab nanti kena drive balik. Kali ni aku pun join berendam sekali, rugi oi datang jauh-jauh tak join berendam *sorry gambar takde eh* Jam 12 tengah hari, kami check out. Sebelum tu kita cari makan...

Cuti-Cuti ke Penang Episod 2: Hard Rock Hotel Penang dan Jumpa Sahabat Blogger

Lebih kurang jam 3 petang, kami pun sampai ke  Hard Rock Hotel Penang makin bolat si abam ni riben pink comel ni menarik perhatian aku masa mula2 melangkah masuk ke hotel lama aku perhati, rupa2nya ialah di buat daripada 'coli' terlebih kreatif nih lampu bertulisan 'Hard Rock Hotel' di lobi EnAbe booking online, ambik bilik  Lagoon Deluxe memang pilih bilik ni khas untuk anak-anak yang suka berendam sampai2 je kalau boleh nak terjun ngan baju-baju sekali sebab pool depan mata, umie boleh rilex monitor dari atas katil je berendamlah korang sampai kecut ye acara berendam bermula umie kat mana? layan internet atas katil, haha Antara aktiviti untuk anak-anak ialah Mandi Buih ni aku tak pegi, enAbe yang temankan diorang kesana aku banyak lepak dalam bilik je Dah penat berendam, konfemlah semua kelaparan nak keluar malas, kita order makan hantar ke bilik tapi pizza jelah buat lapik perut kejap lagi nak...

Cuti-Cuti ke Penang Episod 1: Perjalanan Merentasi Jerebu Dari Nilai ke Penang

Ni kisah awal October ( 3 dan 4 October 2015) Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Pinang (Penang) Sebenarnya dah lama teringin nak Jalan Jalan Cari Makan ke Penang Sebelum trip ke oversea lagi aku asik menyanyi kat telinga enAbe Tapi ada je halangan selalunya halangan cuti lah maklumlah waktu tu aku bekerja normal hour dan enAbe keje shift pastu kalau nak cuti kena tunggu anak2 cuti sekolah ada jelah halnya yang menyebabkan plan kensel Kali ni bila EnAbe free, terus kami pack baju takde nak fikir2 dah, semua urusan cam biasa lah, enAbe uruskan aku urus pack baju je reti, huhu Sabtu, seawal 7.30 pagi kami dah gerak dari rumah masa kuar rumah aku nampak jerebu tebal sungguh sampai terfikir, ni jerebu ke kabus? Tapi tak silap mata memandang, lalu KL pun jerebu dan sampai ke Ipoh pun masih sama Tapi anak2 happy je dalam keta sebab nak cuti kan? macam2 gelagat sepanjang  4 jam perjalanan yang paling tak sabar ialah sikenit 'lama lagi ke ayah, nak ...

IKEA Berhantu

JANGAN MARAH YE, SEKALI TAJUK SERAM DAAA.... Gempak je lebih, kena saman ngan Ikea baru tahu. Sebenarnya bukan cerita hantu, tapi memang berhantu kalau sesekali ke Ikea nih. Aku boleh kira baru 3x kali (termasuk kali ini) ke Ikea sejak kewujudannya di Malaysia. Kenapa jarang pegi? Sebab bukan dekat, pastu boleh agak kalau pegi mesti terjebak, jadi aku memang elak untuk kesana. Tapi Mil dan Sil boleh kata tiap minggu kesana, kadang2 jeles gak umah diorang semua barang Ikea, cantik2 pulak tu, huhu. Sebenarnya sekarang tak susah nak beli barang Ikea. Dah ramai yang jadikan kerjaya sebagai Personal Shopper Barangan Ikea sekarang ni, kebanyakkan mereka adalah surirumah yang mencari duit sampingan, aku pun dah beberapa kali beli barang dengan diorang, tak mahal pun diorang charge, dalam rm10-15 je untuk satu barang. Kalau pegi sendiri, aku rasa lebih dari tu. Dengan kos minyak, masa dan terbeli benda yang tiada dalam list, hihi. Ahad lepas balik Cheras, Petang tu SIL yang baru jad...

Salam Maal Hijrah

Kepada Seluruh Umat Islam Seluruh Dunia SALAM MAAL HIJRAH terus berusaha ke arah hijrah yang lebih baik moga tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sudah berlalu hargai apa yang kita ada psttttttttttttt, cuti hari ni kemana kita?

Rutin Harian dan Kisah 'Kak Cik' Yang Bakal Menjadi Kakak

Salam Sayang Setulus Embun Pagi Untuk Semua Embun lah sangat, jerebu je yang ada sekarang nih hihi Baru balik hantar 'kakcik' ke tadika Hari ni, jiran yang selalu aku tumpangkan kenit demam anak dia dicutikan, so aku kenalah hantar kenit si kenit ni kalau boleh nak umie hantar dia hari2 senyum lebar pagi ni bila kejut bangun sambil cakap 'hari ni umie hantar kakcik gi skul ye' sekarang duk ketagih mewarna di Ipad tekun dia kaler satu2 bentuk tu Ini KakCik, bakal jadi kakak lagi sebulan dua Prihatin sangat bila dengar umie ngadu penat 'umie bertahan okey, nanti kita jumpa doktor' so sweet lah kakcik ni tau pastu slow2 dia gosok perut dan bercakap dengan baby 'hai baby, kakcik ni, baby dah makan ke belum?' dia suka melukis dan mewarna selain tengok kartun antara hasilnya, kalau boleh di frame kan mesti cantik ni kan? Sekarang rutin harian aku bermula selepas subuh Kejut anak2 bangun dan solat Subuh pa...

Ulasan E-Book: 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu

Assalamualaikum... Entri lepas aku ada bagitau yang hobi aku sekarang ialah membaca. Membaca bukan setakat buku dan majalah tapi juga e-book, ada beberapa e-book yang aku dah miliki tapi belum habis khatam, hehe. Ada unsur ketamakkan disitu ye, kalau boleh semua nak dibeli. Okey, bersempena tengah 'membuyung' ni dan Insha Allah, January 2016 nanti akan memasuki fasa berpantang, adalah wajib untuk aku memiliki e-book dari Puan Masayu yang bertajuk 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini, tengok muka depan pun dah meleleh air liur, hihi. Irfa, ingat sikit. Pantang betul2, banyak kot kilogram yang nak dikurangkan lepas bersalin nanti, uwaaaa. Cover yang menarik, tak sabar tunggu diterbitkan dalam bentuk buku fizikal lagi best dapat belek-belek masa tunggu mata mengantuk Jom kita tengok apa ada dalam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini Bahagian 1: Menu Nasi 1. Nasi Herba 2. Nasi Goreng Lada Hitam 3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar 4. Bubur Nasi Ulam Bahagia...

Cerita Aidil Adha 2015

Hai semua... Tak tipu, memang aku sangat-sangat malas nak update blog sekarang, aktif hanya di laman muka buku, setiap 5 minit post, hehe. Tipu jelah, tapi memang ada lah post status kat FB paling tidak sekali sehari. Selalunya post gambar makanan je kot Tapi hari ni paksa diri menulis seperenggan dua Cerita AidilAdha 2015 sebagai kenang-kenangan. Bagi yang mengikuti dari awal, mesti akan ingat yang aku diduga dengan 'sakit pinggang' bermula May dan itu membuatkan aku tak dapat balik beraya pada AidilFitri yang lalu, bukan saja tak dapat balik kampung beraya, tapi jugak memang tak kemana2 kerana kudrat sangat terhad (bila di kenang balik bagaimana aku mengharapkan belas ihsan yang tersayang untuk bergerak, memang menitik airmata, huhu) . Alhamdulillah, dengan izin Allah kesihatan bertambah baik. Mengah sikit tu biasa lah bila perut makin membesar, kini dah masuk 6 bulan pun. Okey, meh kita bercerita tentang AidilAdha yang disambut pada 24 September 2015 yang lepas...