Minggu lepas, 23-25 April 2016 (Sabtu - Isnin), kami sekeluarga bersama MIL ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Ini adalah family tiket yang terakhir dari syarikat 'wau bulan' utk en abe. Dah purchase Ogos tahun lepas lagi. Ingat nk gi jauh sikit tp mengenangkan ada baby kecik, kita pilih destinasi dekat2 je, asalkan terbang suda.. Sian anak-anak dah lama tak naik kapal terbang katanya 23/04/16 SABTU Pagi tu betul2 kelam kabut, kunci jam pukul 6 pagi tapi tangan tanpa sedar off alarm, dan tido balik. Maka berlakulah adegan lompat katil kuasa kilat bila aku terjaga jam 6.45 pagi sedangkan dah janji dengan jiran sebelah minta tolong hantar kami ke airport jam 7.15 pagi. Sib baik semua dah ready, tinggal nak mandi dan sarung je. Fuhhh berpeluk keti mak nak. Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan bersarapan di Marrybrown KLIA sebab tak sempat sarapan kat umah. Flight kami MH2610 KUL/BKI jam 9 pagi. Mendarat di BKI jam 12 tgh hari. EnAbe sewa sebuah kereta (Vios) Rm180/per day u...